QewComm menganjurkan konsert amal “Qew Communications Sdn Bhd 10 Years Anniversary Gala Night X Charity Concert”

Kuala Lumpur, 20 Februari 2023- Qew Communications Sdn. Bhd (QewComm) bakal menganjurkan satu konsert amal yang diberi nama “Qew Communications Sdn Bhd 10 Years Anniversary Gala Night X Charity Concert”. Bersempanan dengan genap 10 tahun penubuhan QewComm, konsert amal ini diadakan bersempana untuk mengumpulkan dana dan diserahkan kepada badan kebajikan yang telah dipilih. Konsert gilang gemilang ini bakal diadakan di The Westin Hotel pada 17 Mac 2023 bermula pada jam 8 malam sehingga 11 malam.


Konsert ini bertujuan untuk mengumpulkan dana yang bakal disalurkan kepada badan kebajikan yang telah dipilih. Antara badan kebajikan tersebut seperti Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Pertubuhan Kebajikan Niq Ehsan Malaysia (PKNEM), dan Persatuan Karyawan Malaysia (Solidariti for Iskandar Spring) atau lebih dikenali sebagai Karyawan. Setiap badan kebajikan yang dipilih ini mempunyai satu agenda yang sama iaitu membantu golongan yang memerlukan, kata Datin Nor Rahizahwati.




Selain itu, QewComm juga menjanjikan gandingan artis yang mantap pada malam konsert tersebut. Antara artis undangan yang dijemput adalah Dato Khadijah Ibrahim, Datuk Ramli Sarip, Dato Awie, Dayang Nurfaizah,dan Ella.Datin Nor Rahizahwati berkata, pasti ramai yang merindui gandingan Dato Khadijah dan Datuk Ramli untuk disatukan semula di atas satu pentas berprestij ini. Di samping itu, terdapat juga pemuzik yang mewakili 'Solidariti for Iskandar Spring' iaitu Syafiq Farhain, Ameng Spring, Umarul Iklim, dan Belle Fatah. Mereka Semua akan diiringi oleh pemuzik professional tanahair iaitu Ritz Metalasia, Helmi, Ude Wahid, Ujang Exist, Robot dan lain-lain.






Di samping itu, pada malam tersebut juga beberapa VVIP, menteri dan timbalan menteri turut dijemput untuk menghadiri majlis ini,diantaranya ialah Dato Sri Hajjah Nancy Binti Haji Shukri (Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat), YB Tuan Ahmad Fahmi Bin Mohamed Fadzil (Menteri Komunikasi dan Digital),YB Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad (Menteri Sumber Asli,Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) dan YB Tuan Steven Sim Chee Keong ( Timbalan Menteri Kewangan II). Sebahagian dari jemputan tersebut telahpun mengesahkan kehadiran mereka.


Akhir kata, QewComm berharap konsert ini bakal mendapat sambutan yang hangat. Hal ini dikatakan demikian kerana konsert yang dianjurkan ini merupakan satu konsert amal yang setiap pembeliannya akan disalurkan ke badan kebajikan yang telah dipilih.



Mengenai Qew Communications Sdn. Bhd

Qew Communications Sdn. Bhd merupakan syarikat SME di bawah anak syarikat Qew Group Berhad yang merupakan milik Bumiputera sepenuhnya dan telah beroperasi hampir 10 tahun. Syarikat Qew Communications Sdn. Bhd. mula ditubuhkan pada 6 Februari 2013. Penubuhan QewComm ini adalah berfokuskan kepada Pengurusan Majlis dan Multimedia Kreatif. Di samping itu, QewComm juga bergiat aktif dalam bidang Penyiaran dan telah menerbitkan beberapa rancangan televisyen terutamanya dalam saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM). Selari dengan perkembangan dunia di hujung jari, kami telah meluaskan perkhidmatan di dalam bidang Telekomunikasi yang mana kami telah mendapat lesen penuh daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) iaitu ASP,NSP dan NFP.

Selain itu, QewComm juga menghasilakan kualiti kerja yang inovatif dan sentiasa menjalinkan hubungan yang baik sama ada dengan pelanggan tetap mahupun pelanggan baharu. Syarikat ini juga menyasarkan untuk sentiasa berdaya saing dan sentiasa mengekalkan posisi sebagai peneraju agensi komunikasi dan meluaskan lagi pasarannya ke peringkat antarabangsa.

Misi utama syarikat adalah untuk menjadi pusat sehenti kepada pelanggan untuk mendapatkan segala yang diinginkan seperti perancangan, konsep dalam sesuatu perkara, arah tuju, aspek teknikal dan pembangunan kreatif.

 

Untuk maklumat lanjut sila layari 

qewcomm.com 

https://www.facebook.com/qewcomm


Comments