Menangani beban kewangan rakyat : Presiden KLCAH gesa tindakan kerajaan Sempena Perasmian Pejabat baru KLCAH dan Sambutan Tahun Baru Cina

Kuala Lumpur 5 Februari 2023 – Kerajaan harus melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat yang terjejas dengan tekanan kos sara hidup dalam kehidupan seharian, gesa Presiden KLCAH, Datuk Seri Dr KK Chai.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), lebih 10,507 Individu berumur 25 hingga 34 tahun telah diisytiharkan muflis dan angka terbaru menunjukkan kebanyakan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun yang mempunyai simpanan yang “sangat rendah” kurang daripada RM 10,000 dalam akaun mereka.  


“kerajaan harus melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat dalam bajet 2023 kerana tekanan kos sara hidup kini amat menjejaskan kehidupan seharian rakyat”. Datuk Seri Dr KK chai berkata dalam ucapannya sempena majlis pelancaran pejabat baru KLCAH & sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina 2023 yang dirasmikan oleh YB  Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital.



Malaysia adalah sebuah negara di mana pelbagai etnik hidup bersama dan berkembang maju bersama. Apa yang menjadikan negara kita unik bukan sahaja masakan tradisional pelbagai kaum tetapi juga semangat perayaan setiap kaum antara satu sama lain.  


“Aspek yang paling mengagumkan di Malaysia ialah semangat kunjung mengunjung antara satu sama lain semasa perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali dan lain-lain. Ini menunjukkan perpaduan dan keterangkuman masyarakat kita”.


Beliau berkata, rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran kaum cina adalah contoh utama perkongsian antara etnik yang harus digalakkan untuk mewujudkan perpaduan dan persefahaman antara kaum yang berbeza. 





“KLCAH kini meraikan ulang tahun yang ke-20 pada tahun ini. Tahun lepas, kami meraikan majlis ulang tahun yang ke -19 dengan meriah sekali. Bagi tahun ini, KLCAH berpindah ke pejabat miliknya – rumah kekal, bagi menyenangkan lagi untuk menganjurkan program-program yang telah kami aturkan.



Pejabat baru KLCAH terletak di Maju Link, Bandar Tasik Selatan, dimana lokasinya amat strategik. Kami ingin menyediakan ruang pejabat yang selesa di mana ahli serta orang ramai dapat menganjurkan majlis sosial, mesyuarat, seminar, aktiviti pelancaran dan lain-lain lagi. Pejabat baru ini boleh berfungsi sebagai pusat operasi untuk ahli KLCAH menyalurkan bantuan kewangan, menganjurkan program kebajikan untuk membantu golongan kurang berkemampuan dan banyak lagi.Pejabat ini dibeli dengan harga RM 1.09 Juta. Jumlah kos termasuk pengubahsuaian ialah  RM 1.5 Juta. 


Sempena Perasmian tersebut juga mereka meraikan hari jadi buat YB Fahmi di dalam acara yang berlansung . Rata rata tetamu yang hadir berpuas hati dengan apa yang diberikan .Ada pelbagai juadah makanan disediakan dan dijamin halal untuk pelbagai kaum dan agama dapat merasai bersama di dalam kerajaan perpaduan pada hari ini.

Kesimpulannya Kita harus bersama bersatu hidup dalam pelbagai masyarakat berbilang kaum dan agama sambil menghormati antara satu sama lain. Krisis ekonomi pun kita harus bersatu dan berjuang bersama supaya jurang antara yang atas dan dibawah dapat didekatkan dan bersama. Semoga Malaysia sentiasa aman dan harmoni.

Comments