Puan Sri Nisa Bakri Sertai Malaysia Culinari Peringkat Dunia 2023 . Produk Malaysia akan ke Pasaran Antarabangsa

Kuala Lumpur 21 Februari 2023 Puan Sri Nisa Bakri telah menyertai acara Malaysia Culinary World Cup 2023 yang berlangsung selama 3 hari di World Trade Centre Kuala Lumpur . Acara ini menyaksikan seramai 500 chef dari 20 buah negara akan bersaing dalam acara yang cukup berprestij ini.


Puan Sri Nisa Bakri juga menjadi tetamu istimewa pada acara Malaysia Culinary World Cup 2023 ini sebagai hakim bagi mengadili pertandingan yang bakal memasuki Guinness World Records ini .

Puan Sri Nisa Bakri melalui jenama “nisabakri Gourmet” juga membuka booth jualan bernombor 4126 sepanjang acara ini dengan menampilkan pelbagai produk keluaran “nisabakri Gourmet” termasuk yang terbaru produk tenaga  “Belisimo” .


Bagi Puan Seri Nisa Bakri beliau berasa amat bersyukur kerana dapat terlibat sama dalam acara Malaysia Culinary World Cup 2023 yang cukup berprestij dan diiktiraf dengan kehadiran para chef dari seluruh dunia .Kata beliau “This is so exciting special bagi Ibu yang dijemput as special guest as judge in this prestige Chefs competition and i am so very bersyukur ,a priceless hadiah anugerah dari Allah”


Melalui penyertaan dalam acara ini juga bagi Puan Sri Nisa Bakri beliau mahu menaikkan nama negara Malaysia ke persada antarabangsa dengan memperkenalkan menu masakan tempatan disamping membina jaringan antarabangsa dengan rakan-rakan  dalam dunia masakan dari seluruh dunia .Beliau juga ingin mengajak lebih ramai lagi kaum ibu untuk bersama-sama meneruskan tradisi masakan tempatan yang sebenarnya mampu mendapat tempat di peringkat antarabangsa .

 


Pada pertandingan ini sebanyak 9 kategori utama dipertandingkan dengan   62 sub-kategori termasuk 40 yang menampilkan menu masakan tempatan .Kategori ini termasuklah  Patisserie, Malaysian Gastronomy(21 masakan Malaysia termasuk  Nasi Lemak, Chicken Rice, Laksa, Burger Malaysia, Ulam, Ikan Sungai Malaysia), Indian Cuisine, Chinese Cuisine, Modern Hot Cooking, Plant-Based or Vegetarian Cuisine, Showmanship (seperti Teh Tarik dan Roti Canai), Japanese cuisine, artistic cooking dan Malaysia Heritage Food Black Box Challenge.



Comments