Konsert 25 Tahun Gabungan Kumpulan Nasyid Saujana akan berlansung di Zepp Kuala Lumpur
Kuala Lumpur 26 Januari 2023 sidang media ‘Konsert Saujana 25 Tahun’ di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Kumpulan Nasyid Saujana berminat beraksi di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) untuk konsert bersempena dengan 25 tahun penubuhannya.
Walau bagaimanapun, takdir menentukan tempat persembahan
mereka pada 5 Mac 2023 nanti ialah Zepp Kuala Lumpur. Mereka hanya berlatih dan
membuat persembahan di IB.Telah berdiri sejak suku abad lalu, tetapi mengapa Saujana
turut menampilkan ‘pendamping’ atau tetamu undangan?
Menurut Dr Faizul Hizal, mereka dijemput sebagai tanda
menghargai, dan mengenang jasa rakan-rakan, dan ‘abang’ yang banyak membantu,
serta mendorong.
Sehingga kini (dalam masa 16 tahun), Saujana berjaya
menghasilkan tujuh album studio, iaitu Saujana (1997), Saujana II(1999),
Kembara Cinta (2000), Rahsia (2002), Lima Bintang (2004), Jalan Sehala (2005),
Nota Cinta (2010), dan Aku Cinta Allah (2013).Walau bagaimanapun, Idzu, Hakimi, Dr. Faizul, dan Wan Najran
terpaksa meninggalkan Saujana pada 2007 atas tuntutan kerjaya profesional
mereka. Pyan, Azalinor dan Zuhaidi meneruskan perjuangan serta menubuhkan
kumpulan Awla, iaitu gabungan Saujana dengan NowSeeHeart.
OTM, pimpinan Yazid Zakaria, dilibatkan untuk penampilan
konsep persembahan yang unik menerusi gabungan lagu ketuhanan dengan irama
tradisional.
Lagu-lagu Saujana seperti Keluarga Bahagia, Suci Sekeping
Hati, Sepohon Kayu, Sendiri, Usia Antara Masa, Bulan Bintang, Rahmat Kasihmu,
dan Lakaran Minda berjaya memikat hati para peminat muzik arus perdana bersaing
dengan irama nasyid yang berunsur pop, R&B mahupun tradisional. Insya-Allah
lagu-lagu ini akan didendangkan dalam konsert nanti.
Konsert anjuran Scriptology Sdn Bhd, dan Mac Training Centre
Sdn. Bhd. sebagai produksi rasmi ini menggunakan Dana Kandungan Digital (DKD)
Industri Muzik. Ia turut mendapat sokongan penuh My Creative Ventures, serta
Kementerian Komunikasi dan Digital.Idea mengadakan ‘Konsert Saujana 25 Tahun’ ini dicetuskan
oleh Pyan, Azalinor dan Zuhaidi serta Samirah Hambali yang mewakili Mac Training
Centre sejak lima tahun lalu. Samirah berpengalaman luas menerbitkan konsert,
dan acara besar. Menariknya juga, Scriptology Sdn Bhd adalah milik Azalinor dan
Zuhaidi.
“Kami rasa terpanggil apabila melihat ramai rakan dalam
arena muzik nasyid menganjurkan konsert menerusi DKD. Saujana pula tidak pernah
menganjurkan konsert, berbanding kumpulan nasyid lain yang telah lebih daripada
sekali,” jelas Zuhaidi yang bersyukur dapat menggabungkan semula Saujana.Untuk makluman para peminat Saujana, tiket menyaksikan ‘Konsert Saujana 25 Tahun’ telah mula dijual pada harga
RM265 (tingkat atas - platinum dan platinum bawah),
RM213 (tingkat atas – emas dan emas bawah),
RM161 (tingkat atas – perak dan perak bawah),
serta RM109 gangsa bawah), yang boleh dibeli di





Comments
Post a Comment