Perasmian Pembukaan Pejabat Baru NH Mall Worldwide dan Perkongsian Produk Bersama
Putrajaya 21 Disember 2025, Perasmian Pejabat NHmall Worldwide telah diadakan di Shaftsbury Mall, Putrajaya. Ia telah dirasmikan dengan jayanya. Perasmian ini dihadiri oleh, Pengerusi Seketeriat Kesatuan Ekonomi Asia Worldwide dan NH Mall Worldwide Al Fadhil Ustaz Zawawi bin Ramli .Timbalan Pengerusi Yang DPPUM Putrajaya Tuan Wan Ahmad Fadhlan, Bersama beberapa jemputan utama Ustaz Haji Idrus, Puan Asma, Timbalan Pengerusi DPPUM pusat Ariff Fadli bin Abd Wahab, Para Usahawan, serta tetamu yang hadir dan pengamal media.
NH Mall Worldwide diwujudkan adalah untuk menyediakan info promosi Syarikat dari Malaysia bagi mempromosikan produk masing-masing dalam dan luar negara dengan mematuhi syarat dan undang-undang sesebuah negara.
Individu dan syarikat yang berminat boleh mengisi borang yang telah di sediakan. Dimana akan diadakan majlis Pra Pelancaran kesatuan Ekonomi Asia worldwide dan NHmall bersama Rakan Strategik lain nya akan diadakan pada 27 Jan 2026Pelancaran penuh NH Mall Worldwide akan di adakan pada bulan Mac/April2026 di tempat yang akan di maklumkan nanti.
NHmall juga sedang bekerjasa dengan semua badan kerajaan dan swasta bagi mempromosikan Pakej Pelancongan dalam & luar negara sekaligus membawa Syarikat dan produk dalam Malaysia. Dimana akan diadakan MOU dengan syarikat antarabangsa yang terpilih di segenap bidang Industri kecil, sederhana mahupun Industri berat.NH Mall WorldWide juga akan Memberi info yang tepat supaya peniaga selamat dari ditipu oleh pihak tertentu di mana aktiviti scamer ini banyak berlaku diluar sana dengan pelbagai kaedah operandi mereka. Supaya usahawan dan perniagaan selamat dari penipuan ini.
Semua komuniti dibawah bumbung NH Mall bersama dapat memberi komitmen dan kerjasama bagi menjayakan Ekonomi muafakat mampan dan kesatuan perpaduan Rakyat bersama.
Harapan kami juga supaya kerjasama yang jitu dengan kesatuan Ekonomi Asia Worldwide dapat berkembang pesat bagi memacu kerancakkan Ekomoni dan projek yang dipilih untuk maju ke hadapan serta berdaya saing ke Peringkat antarabangsa dalam pelbagai sektor. NH mall juga berhasrat untuk melantik wakil korporat dari keseluruhan yang bersama bagi mengadakan seminar ekonomi serantau.
NHmall akan melantik Pakar runding profesional dalam semua Bidang dan sektor bagi memastikan tidak berlakunya permasalahan dalam perancangan hala tuju pendekatan strategik dalam pelbagai hal utama, Iaitu Pengurusan, Pentadbiran, Pelaburan, Pembinaan dan sebagainya. Untuk memberi cadangan yang bernas berasas dalam setiap aspek serta bidang yang akan di terokai.
Menurut Ustaz Zawawi, Bukan Sekadar sementara Kesatuan bersama ini. tetapi ukhwah silaturrahim sesama dalam komuniti akan terus berpanjangan. memutus hubungan Permuafakatan sama sekali di larang walaupun ada perbezaan pendapat. Ini adalah usaha kami untuk memupuk Perpaduan kesatuan Nusantara bersama dan Kesatuan ekonomi Ummah keseluruhanya.
Dengan Doa berpanjangan bersama Semoga Allah melindungi membantu memberkati segala niat niat hasrat kita semua. Jalinan Kasih sayang Sejagat dan mengelakan perbalahan dan berusaha Mencari titik perdamaian. Info mengenai NH Mall Worldwide
NH Mall Worldwide :
adalah singkatan dari Nur Haramain Mall WorldWide
NH Mall Worldwide diwujudkan sebagai “platform“ wadah perkhimatan untuk promosikan para peniaga dan usahawan di Malaysia khas nya dan Dunia amnya. Dengan adanya pejabat baru ini. Ia memudahkan untuk kerja kerja Promosi dan jaringan perniagaan. Dimana para Peniaga dan pelanggan dapat bersua kenal dan berjumpa untuk melihat sendiri produk yang dinginkan.
Bagi sama sama membantu peniaga mengembangkan sayap perniagaan dalam & luar negara dalam bentuk online dan offline.
Aktiviti NH Mall Worldwide
Selain itu NH Mall ( Nur Haramain Mall) juga berperanan menguruskan dan mengadakan expo,karnival, majlis himpunan selawat, Motivasi, kursus Usahawan bertujuan agar memberi faedah kebaikan kepada peniaga Muslim dan Masyarakat Am nya.
Sebelum ini NH Mall Worldwide telah mengadakan Majlis Gema Selawat di 2 puncak Menara serentak iaitu Menara Alor Setar dan Menara Kuala Lumpur. Ia adalah pertama kali di adakan bagi tujuan ukhwah Permuafakatan makan bersama keluarga dan sahabat handai di atas Puncak Menara yang Indah di malam penuh gemilang 1 rejab bersama 31 Disember di ambang tahun baru 2025 Masihi yang menjadi sejarah yang berlaku.
Majlis ini sangat bermakna menjadi satu kenangan yang manis bersama keluarga suami isteri tersayang juga sahabat handai rakan taulan.. bagi yang bersama menikmati pemandangan Indah kilau cahaya pada detik 12 malam tahun baru
Ia sekaligus mengajak semua Ummah khasnya dengan berzikir membesarkan Allah SWT dan melantunkan Gema Selawat qasidah bersama di puncak sambil beramah mesra mengeratkan silaturrahim dan merapatkan Ukhwah bersama.
Untuk maklumat lanjut mengenai info Syarikat dan berkenaan platform perniagaan bersama boleh hubungi no dibawah serta datang di alamat pejabat.
No Tel Pejabat NH Mall :
Al Fadhil Ustaz Zawawi
012 5795418
Emeil :
nhmallwordlwide@gmail.com
seketeriatkeaw@gmail.com
Alamat :
Pejabat NH Mall Worldwide,
Lot 1-26, Tingkat Satu,
Menara Shaftsbury,
Putrajaya


Comments
Post a Comment