MERAIKAN KASIH ADINA ALKHAIR BERSAMA DAN MENYANTUNI KANAK KANAK KANSER 2025 JOM KITA SEBARKAN HARAPAN SALING MEMBANTU
Shah Alam 14 Disember 2025 Adina Charity Circle bersinergi bersama Persatuan Peniaga-Peniaga Kompleks PKNS Shah Alam dan AlKhair Malaysia, serta sokongan padu rakan-rakan kerjasama dan komuniti setempat, telah berjaya menganjurkan program Raikan Kasih Adina Alkhair 2025. Program ini merupakan sebuah inisiatif kemanusiaan yang bertujuan menyokong pesakit kanser kanak-kanak melalui sumbangan keperluan asas serta sokongan emosi.
Program yang berlangsung pada Ahad, 14 Disember 2025, dari 11.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Pentas Utama, Kompleks PKNS Shah Alam ini merupakan kemuncak kepada Projek Pengumpulan ‘Diapers’ untuk Kanak-Kanak Kanser (Diapers Donation Drive) yang telah dilaksanakan selama 14 hari. Jumlah keseluruhan sebanyak 407 pek lampin pakai buang berjaya dikumpulkan dan diumumkan kepada orang ramai sebagai simbol solidariti serta keprihatinan masyarakat terhadap perjuangan kanak-kanak kanser
Antara pengisian utama program termasuk aktiviti kanak-kanak seawal jam 10.30 pagi, diikuti majlis penyampaian sumbangan lampin pakai buang dan susu bernutrisi kepada kanak-kanak kanser, serta sesi penghargaan khas kepada rakan-rakan kerjasama yang telah bersama-sama menjayakan inisiatif ini. Program turut diserikan dengan pengisian rohani oleh Ustaz Don Daniyal, serta persembahan istimewa oleh Azan Addin Ruffedge , Pot Amir Innuendo dan Radhi Khalid, yang hadir menyumbang masa, bakat dan sokongan moral secara sukarela.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua rakan kerjasama, iaitu Cinta Gaza Malaysia, Ajwa Bakery, Biofitrah, Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT), Pertubuhan KAB, Yayasan EZ Prihatin, Pertubuhan Kebajikan Sedulur, Rumah Ngaji Mekah, HUMAM Relief, Merryah Kitchen, The Charms Team, Grads, Mydin Mart Seksyen 13 serta Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Kanak-kanak Kanser (Kids), selain para sukarelawan dan penyumbang individu yang telah menyumbang tenaga, kepakaran dan kepercayaan. Sokongan kolektif inilah yang menjadi tulang belakang kejayaan program ini. Para artis yang diketuai oleh Abang Radhi Khalid, Ustaz Don Danial, Azzan Ruffedge danPot Amir Innuendo turut sama membantu dan menghulurkan Bantuan Sumbangan.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan Adina Charity Circle dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara NGO, sektor perniagaan dan komuniti setempat demi kebajikan kanak-kanak yang berdepan cabaran kesihatan yang serius.
Kehadiran orang ramai bersama keluarga telah memeriahkan program ini dan menyemarakkan lagi mesej harapan serta kasih sayang. Setiap sumbangan, kehadiran dan doa yang diberikan membawa makna besar dalam usaha mengembalikan keceriaan dan kebahagiaan kepada kanak-kanak kanser. Persembahan Artis Azzan Ruffedge dan
Pot Amir Innuendo Menghiburkan suasana penonton dengan kehadiran Kanak-Kanak Kanser bersama Keluarga Mereka.
Pot Amir Innuendo Menghiburkan suasana penonton dengan kehadiran Kanak-Kanak Kanser bersama Keluarga Mereka.
Suasana Meriah Bersama Kanak Kanak Mengidap Penyakit Kanser dalam Acara Adina Charity Circle di PKNS Shah Alam
Senyuman Mereka Memberi Makna Berharga
Yang Berminat untuk Bersedekah bolehlah Scan QR atau No Akaun tertera di gambar atas.
Untuk maklumat lanjut atau peluang kolaborasi bersama, sila hubungi pihak Adina Charity Circle di:
Email: adina.charitycircle@gmail.com
Media sosial: @adinacharitycircle
#KembalikanKebahagiaan
















Comments
Post a Comment