Jalan Kaki Riang Ria Batik 2025 Penuh Meriah dengan kehadiran lebih 500 Peserta berpakaian Kepelbagaian busana
KUALA LUMPUR 7 Disember 2025 Jalan Kaki Riang Ria Batik atau Batik Fun Walk Edisi Ke-20 telah dianjurkan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada hari Ahad 7 Disember 2025. Acara ini telah dianjurkan oleh Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG) dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Acara ini telah dirasmikan oleh YBrs Encik Khairy Jamaluddin.
Sebelum mula berjalan, peserta berpeluang mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti yang menarik iaitu kuiz, permainan dan cabaran kecergasan. Ramai yang hadir ada membawa kawan kawan & Keluarga.
Acara bermula di Astaka dan peserta mengelilingi Taman Tasik Titiwangsa dengan jarak perjalanan 3.8 kilometer. Pelbagai karenah ,Pakaian Batik dipakai oleh peserta ketika berjalan dan berjaya menghabiskan kegarisan penamat . Peserta kemudian dihiburkan dengan persembahan daripada artis jemputan iaitu Zahid dan Datin Ezlynn dengan begitu meriah.
Kutipan daripada yuran penyertaan Batik Fun Walk akan disumbangkan kepada Penyayang Pesakit Kanser (PPK). PPK merupakan sebuah kumpulan sokongan yang memberikan khidmat dan bantuan kepada pesakit kanser melalui ”Positive Image” di Hospital Putrajaya, Institut Kanser Negara, Seri Kembangan dan di Hospital Rehabilitasi Cheras. PPK turut bertanggungjawab menjalankan program sukarelawan dan sokongan untuk para pesakit kanser dan keluarga mereka. Hadiah-hadiah telah disampaikan untuk kategori-kategori berikut :
1. Peserta Paling Muda
2. Cabutan Bertuah dan Hadiah Utama
3. Kumpulan Paling Ramai
4. Keluarga Berpakaian Batik Paling Kreatif
5. Individu Berpakaian Batik Paling Kreatif
6. Peserta Paling Tua
7. Kumpulan Berpakaian Batik Paling Kreatif
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Penghargaan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
PENYAYANG merakamkan ucapan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas sokongan mereka.
Media
PENYAYANG mengucapkan penghargaan kepada media yang memberi sokongan dan liputan.
PENYAYANG mengucapkan terima kasih kepada penaja :
1. Beiersdorf (Malaysia) Sdn Bhd
2. Breezway (Malaysia) Sdn Bhd
3. Dewina Holdings Sdn Bhd
4. DSX Technology Malaysia Sdn Bhd
5. Eau Claire Sdn Bhd
6. Enrich Fitness (M) Sdn Bhd
7. Expomal International Sdn Bhd
8. Fraser & Neave Holdings Berhad
9. Leong Hup Agrobusiness Sdn Bhd
10. Moda Dinamik Sdn Bhd
11. Nestle (Malaysia) Bhd
12. Nasi Lemak Saleha Sdn Bhd
13. Perniagaan Eden Sdn Bhd
14. RHR Hospitality Sdn Bhd
15. Seri Pacific Corporation Sdn Bhd
16. The Orange Tree Consultancy Sdn Bhd
17. The Store Corporation Sdn Bhd
18. Tradneo
19. Victoria Station Sdn Bhd













Comments
Post a Comment