Majlis Pameran Perkahwinan oleh Sidah Catering Begitu Meriah di Matrade Pelbagai Tawaran Diskaun Sehingga rm 10,000

 Kuala Lumpur 7 Disember 2025 S Creative Solutions Event & Entertainment bersama Sidah Catering mengadakan Pameran  Perkahwinan 2025 yang telah berlangsung di Matrade Hall, Kuala Lumpur. Dengan bertemakan "Fairy Tales" ia begitu meriah dengan kehadiran ramai pengunjung, tetamu kehormat, Para Artis dan juga Pengamal Media. Ia juga diserikan lagi dengan pertunjukan Perarakan Pengantin ke atas pelamin serta persembahan yang begitu menterujakan. 

Acara ini Juga dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti eksklusif seperti 360° camera, peragaan fesyen pengantin, touch up make up percuma, persembahan tarian, pertunjukan lampu, ”tutorial make up”, serta ”food testing”.  Para tetamu turut berpeluang menikmati popcorn, aiskrim dan apam balik percuma, sambil menyaksikan "live cooking session",serta mendapatkan sesi konsultasi percuma bagi majlis impian masing-masing. 





Antaranya Persembahan dan Peragaan Pengantin dalam Majlis Pameran Perkahwinan yang ditawarkan oleh Sidah Cartering dengan alunan Muzik romantik menggamit Keterujaan Pengunjung yang hadir. 



Untuk makanan tetamu telah dihidangkan dengan pelbagai masakan makanan seperti di dalam video diatas. 






Pelbagai Dekorasi menarik anda boleh ”Custom-made” mengikut pilihan citarasa anda disediakan. Both Vendor Juga disediakan untuk pengunjung dan tetamu yang hadir. 



Antara rakan kolaborasi yang bersama menjayakan pameran ini adalah Hidayah Maju, Syed Bistro, Ryns Avenue Group, Pro Media Broadcast, Faridism Production, Ayum Primadona, Kazoku Gift & Event, Fiz Classic Bridal, Zamirazfar, OJKustik Entertainment, KUHOT, Senada Tari, Zamir Azfar dan DCB Party & Event.


Pihak Sidah Catering juga turut menawarkan diskaun sehingga RM10,000, perkhidmatan “Booking  Now, dan Pay Later” (deposit serendah RM1,000), Tuan rumah juga turut membuat cabutan bertuah percutian bulan madu 3H2M ke Bali, serta Lucky Spin untuk memenangi barangan elektrik Russell Taylors dan pelbagai hadiah menarik yang lain untuk pengunjung yang membeli pakej yang disediakan. Pelbagai kelebihan diperolehi oleh pengunjung yang hadir pada pameran perkahwinan ini. 


Jadi untuk sesiapa yang berminat dapatkan Pakej Perkahwinan yang menarik ini untuk pertanyaan. Anda boleh hubungi Sidah Catering bahagian marketing :

No tel & what app :

 019-2509018




Comments