Festival Filem Pendek Antarabangsa Asia Pasifik Ke-4 2025 di Malaysia Bakal Melahirkan ramai bakat Baru Bidang Perfileman.
Kuala Lumpur 7 Disember 2025 telah diadakan Festival Filem Pendek bertempat di Pavvilion Kuala Lumpur. Ia dihadiri oleh ramai oenggiat seni terdiri daripada Para Pelakon, Pengarah Filem, Pengurusan Filem, Penaja, tetamu kehormat dan para pengamal media. Sejak ditubuhkan, Festival Filem Pendek Antarabangsa Asia Pasifik komited untuk memupuk pertukaran budaya dan kepelbagaian kreativiti melalui medium filem pendek yang ini. Festival ini menghimpunkan karya-karya yang cemerlang dari seluruh dunia dan telah berkembang menjadi platform penting bagi peminat filem, para pencipta dan profesional industri untuk berhubung dan berkongsi kepakaran mereka.
Festival Filem Pendek Antarabangsa Asia Pasifik Kali ke-4 (2025) meneruskan misi ini. Ia telah menyediakan pentas bertaraf global untuk para pembikin filem mempamerkan bakat mereka serta mencetuskan potensi masa depan seni perfileman.
Dianjurkan di Kuala Lumpur, festival tahun ini menjanjikan pengalaman seni filem dari pelbagai sudut dan ia memberi tarikan kepada para peserta serta penonton. Antara acara utama yang diadakan dalam festival filem pendek ini termasuk:1) Majlis Karpet Merah
2) Sesi Autograf dan Bergambar
3) Temu Bual Bersama Media
4) Sesi Aspirasi dan perkongsian perfilemen
Sesi Tayangan Filem Pendek dan Majlis Penyampaian Anugerah akan menjadi platform istimewa bagi pencipta dan penonton untuk mengetengahkan karya, bertukar pandangan, serta membina rangkaian hubungan di peringkat antarabangsa.
Festival ini diterajui oleh perancang terkenal dan pengasas Asia Pacific International Arts Festival, Puan SwearLyC (詹雪莉).





Comments
Post a Comment