MALAYSIA UMUM PEMENANG ANUGERAH FLAGSHIP MEDICAL TOURISM HOSPITAL BUAT JULUNG KALINYA, PACU DAYA SAING EKONOMI DI PERINGKAT GLOBAL
Kuala Lumpur, 9 Disember 2025 – Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) pada hari ini telah mengumumkan pemenang Program Flagship Medical Tourism Hospital (FMTH) 2025, sekali gus melakarkan pencapaian bersejarah bagi sektor pelancongan kesihatan negara.
Inisiatif yang diterajui oleh Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) ini dilihat sebagai usaha memperkukuh status Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan perubatan bertaraf dunia. Majlis Anugerah Flagship Medical Tourism Hospital 2025 telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad, serta turut dihadiri oleh Yang Berusaha En. Surighandi Suppiah, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) dan YBhg. Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Duta Jenama Malaysia Year of Medical Tourism (MYMT) 2026. Dalam ucapan perasmian beliau, Menteri Kesihatan telah menegaskan mengenai peranan penting MHTC dalam memperkasakan industri pelancongan kesihatan sebagai salah satu faktor utama dalam meningkatkan daya saing ekonomi negara.
“Sektor pelancongan perubatan negara kekal bertindak sebagai tonggak penting kepada ketahanan ekonomi jangka panjang Malaysia serta turut menjadi penyumbang utama kepada reputasi global negara dalam aspek kualiti penjagaan kesihatan. Melalui inisiatif FMTH, kita telah memperkukuhkan kedudukan negara sebagai destinasi pilihan bagi rawatan perubatan, kesihatan, dan pemulihan bertaraf dunia. Sektor ini bukan sahaja menarik pelabur antarabangsa malah mewujudkan peluang pekerjaan bertaraf tinggi, serta menyokong pembangunan sektor-sektor berkaitan seperti farmaseutikal, hospitaliti, dan teknologi.”
Majlis turut dihadiri oleh Yang Berusaha En. Surighandi Suppiah, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC). Dalam ucapan alu-aluan beliau, Yang Berusaha En. Suriaghandi juga menekankan keupayaan negara dalam memperkasakan sektor pelancongan perubatan: “Inisiatif Flagship Medical Tourism Hospital merupakan langkah berani MHTC dalam memposisikan Malaysia sebagai destinasi penjagaan kesihatan bertaraf dunia yang diyakini dan berdaya saing Hospital-hospital finalis ini telah menunjukkan komitmen tinggi terhadap penambahbaikan berterusan, pembangunan keupayaan, pengukuhan infrastruktur dan daya saing global dalam menyediakan penjagaan berpusatkan pesakit.Pemenang FMTH akan berperanan sebagai hospital duta di peringkat nasional dan antarabangsa serta memperkasakan identiti Malaysia sebagai destinasi kecemerlangan perubatan dan penjagaan yang holistik. MHTC turut menegaskan peranan strategik Joint Commission International (JCI) sebagai tonggak jaminan kualiti antarabangsa. Sebagai badan akreditasi peringkat global, JCI membentuk standard yang memperkukuh keselamatan pesakit, tadbir urus klinikal, dan keunggulan operasi.
Program FMTH turut menjadi asas persediaan negara untuk pelaksanaan kempen Malaysia Year of Medical Tourism 2026 (MYMT 2026). Ketua Pegawai Eksekutif MHTC, Suriaghandi Suppiah, berkata: “Dengan kekuatan penjenamaan di peringkat global, pemerkasaan program yang berterusan di antara MHTC dan pihak hospital, serta pematuhan penanda aras di peringkat antarabangsa, Malaysia kini berada pada kedudukan yang strategik untuk menarik lebih ramai pelancong dalam mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang bertauliah dan berkualiti tinggi. Teras utama ialah pengenalan pakej penjagaan kesihatan holistik yang bukan sahaja berteraskan rawatan perubatan, tetapi turut merangkumi kesejahteraan sertaPerubatan Tradisional & Komplementari (PT&K), sekali gus menawarkan pengalaman perjalanan perubatan dan kesihatan yang lengkap.”
Beliau menambah: “Usaha ini juga disokong oleh penyampaian pengalaman pesakit yang lancar, termasuk penyelarasan praketibaan, sokongan perkhidmatan tetamu (concierge), hospitaliti mesra pemulihan, dan tawaran pelancongan terpilih, bertujuan memastikan perjalanan rawatan lebih yakin dan selesa”Program FMTH berperanan penting dalam mengukuhkan reputasi Malaysia, lengkap dengan mekanisme pengiktirafannya sebagai penanda aras dari aspek kepercayaan yang membezakan hospital di Malaysia melalui kualiti, keunggulan perkhidmatan dan kekuatan jenama di peringkat antarabangsa.
Hospital yang meraih pengiktirafan ini dijangka meningkatkan imej Malaysia di pasaran utama termasuk ASEAN, Oseania, Timur Tengah, Asia Selatan, Asia Timur, Eropah, Amerika Syarikatand Afrika yang terus menunjukkan permintaan tinggi terhadap rawatan berkualiti dan mampu milik.Industri pelancongan kesihatan negara terus menunjukkan prestasi kukuh. Pada tahun 2024, Malaysia berjaya menerima 1.6 juta pelancong kesihatan dengan jumlah hasil mencecah. RM2.72 bilion. Prestasi ini bukan sahaja menandakan pemulihan pascapandemik yang memberangsangkan tetapi turut menegaskan kedudukan Malaysia sebagai destinasi rawatan perubatan yang dipercayai dan bernilai tinggi di peringkat serantau dan global.
Ketika ini, negara-negara Asia Tenggara kekal sebagai penyumbang terbesar pelancong perubatan ke Malaysia, dipacu oleh jarak geografi yang dekat, keserasian budaya dan keyakinan berterusan terhadap sistem penjagaan kesihatan Malaysia. Keseluruhan usaha ini meletakkan Malaysia pada kedudukan lebih kukuh menjelang 2026, mengukuhkan daya saing dan memacu perkembangan industri ketika negara bersedia menyambut gelombang baharu pesakit antarabangsa.
Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), yang ditubuhkan pada tahun 2009 di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dipertanggungjawabkan untuk membangunkan dan memantapkan jenama “Malaysia Healthcare”.
MHTC memperkukuh, menyelaras dan mempromosikan industri pelancongan kesihatan negara melalui kerjasama erat dengan pihak industri, serta membina perkongsian strategik awam-swasta di peringkat domestik dan antarabangsa. Dengan rangkaian 80 hospital ahli di seluruh negara, MHTC terus mempertingkat ekosistem pelancongan kesihatan melalui penjenamaan kukuh, pengalaman pesakit yang lancar, dan inisiatif pasaran yang strategik. Sejajar dengan usaha ini, MHTC menerajui penganjuran Malaysia Year of Medical Tourism (MYMT) 2026, tahun dedikasi pertama negara bagi meraikan serta memajukan sektor pelancongan kesihatan. MYMT 2026 menjadi pencapaian penting untuk menampilkan perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia di Malaysia, memperkukuh kedudukan negara sebagai destinasi perubatan global terunggul, serta menonjolkan sumbangan besar industri ini kepada ekonomi negara.
Untuk Maklumat lanjut boleh didapati di Web :


Comments
Post a Comment