RM1.5 JUTA NILAI GERAN TELAH DILULUSKAN KEPADA 20 SYARIKAT PERUSAHAAN KECIL KAUM INDIA
KUALA LUMPUR, 27 November 2024 – Sehingga 25 November 2024, kumpulan pertama penerima sebanyak 20 syarikat telah diluluskan geran bernilai hampir RM1.5 juta manakala 61 permohonan lagi sedang dinilai bagi memastikan mereka memenuhi semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan dan penerima kumpulan seterusnya akan menyusul kemudian

Program I-BAP yang telah diumumkan oleh YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 27 September lalu menawarkan Geran Padanan sehingga RM100,000 bagi membantu syarikat kecil milik usahawan India meningkatkan kapasiti dan keupayaan serta prestasi perniagaan.

YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan dalam kenyataannya kepada media menghantar, “Peruntukan khusus untuk usahawan India melalui I-BAP membuktikan komitmen dan kesungguhan Kerajaan dalam meningkatkan pembangunan komuniti India bersejajar dengan saksama dan inklusif. Dengan bantuan yang diterima, saya berharap agar usahawan India dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti bagi menambah hasil jualan dan keuntungan perniagaan mereka dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.”
Sementara itu, Encik Rizal bin Dato' Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia menyatakan, “Dengan komitmen berjumlah RM6 juta ini, permohonan I-BAP telah ditutup secara rasmi pada 31 Oktober 2024. Selain peruntukan tambahan di bawah I-BAP, sebanyak RM4.75 juta bantuan kewangan dalam bentuk geran turut diluluskan oleh SME Corp. Malaysia kepada 74 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) milik usahawan India melalui program Business Accelerator Program (BAP) 3.0 dan Geran Perniagaan Mikro (GPM)”.
Dianggarkan lebih 26 juta permohonan diperolehi sepanjang ianya dibuka. Ini membuktikan lebih ramai usahawan yang memerlukan. Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata beliau akan menambah lagi 6 juta peruntukkan pada tahun hadapan 2025 bagi memastikan ia sampai kepada pemohonan usahawan kecil. Supaya mereka akan lebih berjaya.
Untuk mengetahui maklumat terkini mengenai bantuan-bantuan yang disediakan oleh SME Corp. Malaysia, PMKS boleh melayari laman sesawang di pautan :
dan saluran media sosial rasmi
SME Corp. Malaysia
Comments
Post a Comment