NILAI TAMBAH BAHARU DI KOC KELAS PERNIAGAAN: SALURAN TV, RADIO, HIBURAN INTERAKTIF & AIR MINERAL BEROKSIGEN SEMULAJADI BUBBLESO2

 

KUALA LUMPUR, 12 NOVEMBER 2024 – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)  hari ini bersama-sama MYTV Broadcasting Sdn Bhd dan Syarikat Bubbles O2  menjalin kerjasama strategik dengan menawarkan pengalaman baharu dalam  perkhidmatan tren elektrik (ETS) di koc Kelas Perniagaan. 


Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Mohd Zain Mat Taha, Ketua Pegawai  Operasi KTMB; Encik Mohamad Helmi Harith, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif  MYTV Broadcasting Sdn Bhd; dan Encik Arifin Marzuki, Pengerusi Bubbles O2 Sdn  Bhd, di Stesen KL Sentral.




Melalui kerjasama ini, syarikat penyedia infrastruktur penyiaran TV digital percuma  negara, MYTV melalui aplikasi MYTV Mana-Mana menyediakan saluran TV dan  radio serta hiburan interaktif dan eksklusif dalam sistem Visual On Demand  manakala Bubbles O2, syarikat tempatan yang semakin berkembang di  peringkat antarabangsa, membekalkan udara mineral beroksigen semulajadi.



Pelayan perkhidmatan tren ETS Kelas Perniagaan kini boleh melayari saluran TV  atau radio yang terdapat di rangkaian MYTV Mana-Mana secara percuma sambil  menikmati kesegaran air mineral beroksigen tinggi bersama sajian makanan  sepanjang tempoh kerjasama ini.



Ketua Pegawai Operasi KTMB berkata “Pengguna ETS koc kelas perniagaan telah  merekodkan sejumlah 625,113 penumpang sejak ianya diperkenalkan pada Oktober  2019. Dengan kerjasama strategik sebegini ianya dapat memberi nilai tambah bagi  meningkatkan keselesaan dan kepuasan kepada penumpang seterusnya memberi  pengalaman perjalanan yang lebih berkualiti. Secara tidak langsung, ia jugameningkatkan penjenamaan ETS untuk lebih dikenali di persada nasional dan antarabangsa”.



Sejajar dengan hasrat Kerajaan menyediakan akses meluas kepada saluran TV digital 
tempatan dan antarabangsa secara percuma, MYTV kini mengorak langkah dengan mengintegrasikan perkhidmatan siaran aplikasi MYTV Mana-mana di dalam perkhidmatan KTMB. Semenjak dilancarkan pada Julai 2023, aplikasi MYTV Mana-Mana kini telah mencapai lebih 480,000 kali dimuat turun dan ditonton oleh lebih ramai penonton boleh mengakses semula saluran TV atau kandungan kegemaran mereka selama tempoh sehingga seminggu yang lalu.



Pengarah Urusan Bubbles O2, Cik Ain Azizah berkata, “Kerjasama dengan KTMB  adalah peluang yang berharga untuk kami memperkenalkan Bubbles O2 kepada  rakyat Malaysia, khususnya mereka yang menghargai kesejahteraan dan manfaat  kesihatan yang ditawarkan oleh air mineral beroksigen tinggi kami. Inisiatif ini selaras  dengan komitmen kami untuk menyediakan produk berkualiti yang menyokong gaya  hidup aktif dan sihat.”



KTMB yakin menerusi inisiatif ini akan meningkatkan keselesaan serta nilai  perkhidmatan kepada penumpang, sekali gus menunjukkan komitmen KTMB dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat Malaysia.


Comments