HAFIZ HAMIDUN PERSEMBAH ALBUM “HARAMAIN” Penyanyi Nasyid Popular Tanah Air Kembali Dengan Album Studio Terbaharu Inspirasi Perjalanan Spiritual Di Tanah Suci

Kuala Lumpur, 26 November 2024 - Ikon nasyid popular tanah air, komposer dan penyanyi,  Hafiz Hamidun sekali lagi tampil dengan album studio terbaharunya berjudul “Haramain”  yang diinspirasikan daripada perjalanan spiritual ke dua kota terpenting bagi umat Islam iaitu  Mekah dan Madinah, hasil kolaboratif kreatif bersama barisan penulis lirik berpengalaman,  ITO Lara, Fedtri Yahya dan Hafiz sendiri, dan diterbitkan oleh label rakaman tidak asing lagi,  Sony Music Malaysia.

“Kunjungan ke Tanah Suci banyak memberi inspirasi dalam penghasilan album studio ini. Saya  rasakan, ini merupakan detik yang terbaik untuk saya menghasilkan lagu-lagu yang  sesuai bagi membangkitkan rasa kerinduan dan keinginan untuk menunaikan ibadah  Haji dan Umrah,” kongsi Hafiz yang kini merupakan Presiden dan Pengasas Haje Care, sebuah  Kali terakhir Hafiz muncul dengan mana-mana. . . . . . . . . album adalah pada tahun 2021 melalui album  “Zikir Terapi (Acapella)” yang merupakan kesinambungan daripada album studio paling hitnya  “Zikir Terapi Diri” pada tahun 2011.


“Sejurus album terakhir dihasilkan, saya berada di persimpangan, sama ada mahu meneruskan  penghasilan album studio atau terus menghasilkan single sahaja kerana album tersebut  dirakamkan sewaktu musim PKP di mana saya melalui pelbagai cabaran dan kesukaran.  Selepas itu, saya hanya fokus kepada penghasilan single sahaja,” kata Hafiz.


Sebagai penggiat seni, Hafiz akur kepuasan sebenar dalam berkarya datang melalui  penghasilan album penuh. “Pada penghujung tahun 2023, saya menanam hasrat untuk tampil  dengan konsep album. Dan lagu 'Zamzam' (trek ke-2) yang turut menunjukkan  kumpulan vokal hip hop dan R&B soul terkenal Ruffedge menjadi penanda aras album ini,”  jelas Hafiz mengenai album Haramain yang mengandungi 10 buah lagu kesemuanya seperti:  “Batu Hitam”, “Zamzam ”, “Raudah”, “Kota Cinta”, “Jabal Qubais”, “Arafah”, “Baqi'”,  “Raudah (Versi Perlahan)”, “Srikandi Solehah” dan “Kiswah”. “Lagu-lagu yang terkandung dalam album ini membawa mesej kecintaan dan kerinduan  terhadap Tanah Suci.


 Keindahan pengalaman mengerjakan ibadah Haji dan Umrah,  keagungan sejarah dan warisan Islam di Mekah dan Madinah yang diceritakan dalam setiap masa  lagu membawa pendengar melalui perjalanan rohani ke tempat-tempat istimewa ini. “Album ini lebih fokus kepada pengalaman spiritual dan bukan sekadar muzik semata-mata,  tetapi sebuah perjalanan hati yang membawa pendengar lebih dekat dengan Allah SWT,” kata  Hafiz.


“Saya bersyukur kerana pihak Sony Music Malaysia positif dan berhasrat menerbitkan  album ini. Selepas beberapa sesi perbincangan, kami akhirnya bersetuju memulakan proses pembikinan album studio ini yang bermula sekitar bulan Jun tahun ini,” jelas Hafiz mengenai tempoh yang diambil untuk menghasilkan album Haramain yang memakan masa selama 6 bulan.


Selain Malaysia, Hafiz menerangkan proses rakaman turut dilakukan di luar negara bagi  mendapatkan sentuhan asli muzik Tengah seperti Turki yang sering dikunjunginya. “Seperti biasa, saya akan terbang ke Istanbul untuk merakamkan beberapa elemen muzik di sana khususnya untuk instrumen muzik seperti 'strings', klarinet, Baglama (gambus Turki), perkusi (genderang) dan lain-lain,” kata Hafiz.


Secara keseluruhannya, album Haramain adalah berkonsepkan pop nasyid yang pelbagai dengan  sentuhan muzik Timur Tengah dari, Arab Saudi dan Mesir yang disulam dengan unsur melodi akustik moden yang terancang untuk menonjolkan keaslian dan keindahan liriknya.

Selain album, video muzik (MV) lagu-lagu dalam album Haramain banyak memaparkan  paparan Mekah dan Madinah dengan unsur spiritual secara sinematik yang memberi pengalaman visual mendalam buat penonton.


Hafiz berharap agar album Haramain ini dapat menjadi teman spiritual buat pendengar,  katanya: “Semoga lagu-lagu dalam album ini membawa kita lebih dekat dengan Allah SWT lantas mencetuskan rasa syukur atas nikmat iman. Insya-Allah, saya juga merancang untuk menghasilkan album kesinambungannya yang akan dipasarkan di peringkat antarabangsa. 

Kini, saya sedang dalam proses menyiapkan terjemahan bagi lagu-lagu album Haramain, yang  dirakamkan semula ke dalam Bahasa Inggeris, Arab, Urdu dan berkemungkinan Mandarin. Doakan yang baik-baik agar usaha dakwah melalui muzik ini dapat berkembang.


Album “Haramain” boleh dimuat turun melalui semua aplikasi penstriman atas talian utama  seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, dan juga YouTube Music.  Manakala MV single Album Haramain boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube  HafizHamidun.


Kredit

Lagu : Batu Hitam

Artis : Hafiz Hamidun [feat Ruffedge]

Komposer : Hafiz Hamidun

Penulis lirik : ITO Lara, Hafiz Hamidun & Cat Farish

Produser : Hafiz Hamidun

Penerbit : [Komposer : Arteffects Production] / [Liricist : Wahyu Suci

 Productions, Arteffects Production, Luncai Emas Sdn. Bhd]


Lagu : Zamzam

Artis : Hafiz Hamidun

Komposer : Hafiz Hamidun

Penulis lirik : ITO Lara

Produser : Hafiz Hamidun

Penerbit : [Komposer : Arteffects Production] / [Liricist : Wahyu Suci

 Pengeluaran]


Lagu : Raudah

Artis : Hafiz Hamidun

Komposer : Hafiz Hamidun

Penulis lirik : Hafiz Hamidun

Produser : Hafiz Hamidun

Penerbit : Arteffects Production


Lagu : Kota Cinta

Artis : Hafiz Hamidun

Komposer : Hafiz Hamidun

Penulis lirik : Hafiz Hamidun

Produser : Hafiz Hamidun

Penerbit : Arteffects Production


Lagu : Jabal Qubais

Artis : Hafiz Hamidun [feat Rabithah]

Komposer : Hafiz Hamidun, Wan Saleh

Penulis lirik : ITO Lara

Produser : Hafiz Hamidun

Penerbit : [Komposer : Arteffects Production] / [Liricist : Wahyu Suci 

 Pengeluaran]


Lagu : Arafah

Artis : Hafiz Hamidun

Komposer : Hafiz Hamidun

Penulis lirik : ITO Lara

Produser : Hafiz Hamidun

Penerbit : [Komposer : Arteffects Production] / [Liricist : Wahyu Suci 

 Pengeluaran]


Lagu : Baqi'

Artis : Hafiz Hamidun

Komposer : Hafiz Hamidun

Penulis lirik : Hafiz hamidun

Produser : Hafiz Hamidun

Penerbit : Arteffects Production


Lagu : Raudah (Slow Version)

Artis : Hafiz Hamidun

Komposer : Hafiz Hamidun

Penulis lirik : Hafiz Hamidun

Produser : Hafiz Hamidun

Penerbit : Arteffects Production


Lagu : Srikandi Solehah

Artis : Hafiz Hamidun [feat Adi Priyo]

Komposer : Hafiz Hamidun

Penulis lirik : Fedtri Yahya

Produser : Hafiz Hamidun

Penerbit : Arteffects Production


Lagu : Kiswah

Artis : Hafiz Hamidun

Komposer : Hafiz Hamidun

Penulis lirik : ITO Lara

Produser : Hafiz Hamidun

Penerbit : [Komposer : Arteffects Production] / [Liricist : Wahyu Suci 

 Pengeluaran]


TENTANG SONY MUZIK HIBURAN 

Di Sony Music Entertainment, kami menghormati perjalanan seni. Untuk pencipta kami  mewujudkan perubahan, budaya, komuniti dan sejarah.  Kami telah memainkan peranan  penting dalam sejarah muzik. Perjalanan kami bermula daripada penubuhan syarikat rakaman  muzik pertama sehingga mencipta rakaman cakera padat.


Kami telah membimbing ramai artis  ikonik dalam dunia seni muzik dan menerbit beberapa buah rakaman yang berpengaruh  sepanjang zaman. Sony Music Entertainment kini mempunyai lebih daripada 100 cawangan  syarikat di seluruh dunia untuk menyokong pelbagai pencipta yang berbakat pada setiap  peringkat serta di setiap pentas persembahan. Di samping muzik, hiburan dan teknologi, kami  juga membawa imaginasi, kepakaran kepada platform dan model perniagaan yang baharu  serta peluang untuk menembusi pasaran luar.


 Semua usaha ini adalah untuk menyokong  eksperimen, pengambilan risiko dan kemajuan komuniti kreatif.  Hiburan Muzik Sony  telah menerapkan prinsip perkongsian yang mendalam, kepercayaan, punca yang bertujuan  untuk meningkatkan dan membina masyarakat di seluruh dunia. Muzik Sony  Hiburan adalah sebahagian daripada keluarga global Sony.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sony Music boleh terus klik di pautan ini

https://www.sonymusic.com





Comments