“NASIB LEBIH KURANG 400 KELUARGA PEKEBUN KECIL DI SRI ISKANDAR, PERAK DIARAHKAN KELUAR DARIPADA TANAH YANG DITEROKA DAN TANAMAN MEREKA TURUT DIMUSNAHKAN”

Kuala Lumpur 19 November 2024 Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) adalah sebuah  organisasi yang diasaskan atas beliau ingin membantu menegakkan hak-hak kemanusiaan. MHO  telah ditubuhkan sejak tahun 2016 dan komited memperjuangkan hak asasi manusia  melalui aktiviti-aktiviti bantuan kemanusiaan bagi membantu semua pihak dalam aspek  program kemanusiaan dan khidmat guaman.

Pihak MHO telah menerima maklumat dan aduan daripada sebuah koperasi Bumiputera  di mana mereka telah diarahkan keluar daripada tanah yang mereka terokai sejak tahun 2006  berlandaskan satu perjanjian yang ditandatangani oleh pihak dalam koperasi dengan pihak  ketiga iaitu sebuah syarikat pemaju. Perjanjian tersebut adalah tidak sah kerana pihak tersebut  bertindak atas kapasiti peribadi tanpa persetujuan Ahli Lembaga Koperasi yang lain dan  melanggar peraturan dalam koperasi tersebut.


Koperasi ini ditubuhkan untuk meneruskan usaha meneroka dan seterusnya usaha untuk  mendapatkan geran ke atas lot tanah tersebut secara berkelompok yang mana permohonan rayuan bagi mendapatkan geran lot tanah tersebut yang telah dibuat. Peneroka atau pekebun kecil di Sri Iskandar, Perak ini telah menggunakan wang poket mereka sendiri sedikit demi sedikit dan telah membelanjakan kos yang agak besar bagi tujuan tersebut. Mereka juga telah melakukan banyak aktiviti pertanian selain daripada aktiviti penanaman pokok kelapa sawit di tanah lot tersebut.



Usaha pekebun kecil tersebut telah menghasilkan hasil setelah tanaman sawit di atas lot  tanah tersebut sangat memberangsangkan dan hasil tanaman sawit adalah subur, secara tibatiba tanpa apa-apa perbincangan pasti ada kemungkinan pihak agensi kerajaan negeri telah menyerahkan lot tanah tersebut kepada sebuah syarikat pemaju iaitu pihak ketiga .


Pihak pekebun kecil telah menghantar notis kepada syarikat pemaju tersebut  menyatakan bahawa perjanjian tersebut adalah tidak sah tetapi syarikat pemaju tersebut tidak mengendahkan bantahan mereka dan tetap terus meratakan, memusnahkan, dan merosakkan tanaman pokok sawit yang telah diusahakan oleh pekebun-pekebun terbabit. Disebabkan oleh tindakan tersebut, kini pihak berkebun terpaksa menanggung kerugian dan kerugiankehilangan punca pendapatan utama keluarga mereka.



Oleh yang demikian, pekebun kecil ini membantah tindakan pihak syarikat  memusnahkan tanaman-tanaman mereka di lot tanah tersebut dan memohon supaya pihak  agensi kerajaan negeri yang berkaitan boleh menghalang tindakan tidak berperikemanusiaan. pihak syarikat terbabit memusnahkan mata pencarian utama mereka. Pihak pekebun juga ingin merayu kepada agensi kerajaan negeri yang berkaitan untuk mengadakan perbincangan bersama pihak koperasi pekebun kecil terkini demi menjaga kebajikan dan kelangsungan hidup pekebun kecil setelah tanaman-tanaman mereka dimusnahkan. Disamping itu, pihak berkebun juga meminta agar satu siasatan yang boleh dilakukan di atas dakwaan di mana ada pihak yang telah menandatangani kebenaran perjanjian tersebut tanpa mengadakan mesyuarat agong dan tanpa resolusi dan/atau rasmi ahli lembaga k adalah tindakan yang menyalahi undang-undang di sini .



Justeru itu, pihak kami akan membantu pihak pekebun-pekebun kecil ini supaya tiada  penindasan yang tidak adil berlaku kepada mereka dan agar mereka mendapat perhatian dan pertimbangan pertimbangan sewajarnya daripada pihak kerajaan negeri serta pihak berkuasa yang lain kerana ianya melibatkan jumlah keluarga bumiputera yang telah terjejas.




Dokumen dan Geran Tanah maklumat berkenaan tanah untuk Pampasan.



Peta Lokasi Tanah di Mukim Bota, Perak Tengah



Comments