Aksi Don Dukun Penuh Lawak ,sampai Kecut Perut Penonton yang menyaksikan
29 Oktober 2024, Kuala Lumpur – Filem Hantu Kak Limah menggegarkan industri perfileman tanah air pada tahun 2018 dengan mencipta kejayaan luar biasa dan terus kukuh memegang takhta sebagai filem komedi seram nombor 1 kutipan tertinggi di Malaysia sehingga kini. Menyusuli legasi komedi seram Hantu Kak Limah, Astro Shaw bersedia merancakkan lagi industri perfileman tempatan dengan Don Dukun yang akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 31 Oktober ini.

Menariknya, Don Dukun menyaksikan pelakon filem box office Sheriff, iaitu Zul Ariffin mempertaruhkan sisi humor menerusi watak Don Arif, bergandingan bersama pelakon komedi popular Ropie. Selain mereka berdua, bintang yang turut membarisi filem ini adalah Douglas Lim, Sangeeta Krishnasamy, Marsha Milan, Datuk Yusof Haslam, Putri Qaseh serta penampilan istimewa Sharifah Aryana, Serra Kamal, Sharifah Husna, Rashidi Ishak, Aloy Paradok, Zarina Anjolie, Elly Arifin dan Lousia Chong.
Don Dokun memperlihatkan kemampuan bakat luar biasa Zul Ariffin, yang diberi tanggungjawab membawa watak komedi utama, di samping gandingan mantap barisan pelakon lain. Jalan ceritanya digarap kemas dengan mengetengahkan kisah yang begitu dekat dengan masyarakat kita seperti peranan dukun dalam kehidupan. Bukan sekadar memaparkan watak dukun stereotaip, tetapi menghimpunkan dukun daripada berbeza kepercayaan, sekali gus mencerminkan kepelbagaian budaya yang wujud di negara kita, menjadikan filem ini bersifat Malaysia. Filem ini amat sesuai untuk ‘healing’ bersama seisi keluarga dan hasrat kami Don Dukun bukan sahaja akan menggeletek emosi penonton sehingga kecut perut dan pecah perut, malah mampu memberikan dimensi baharu kepada filem komedi seram tanah air.”
Filem ini mengisahkan Don Arif, seorang 'dukun Instafamous' yang bercita-cita menjadi sehebat keturunannya, walaupun terpaksa menggunakan pelbagai gimik dan tipu daya untuk memikat pengikutnya di media sosial. Namun, impiannya dihalang oleh bapanya sendiri, seorang dukun terhormat, yang enggan mengajarnya ilmu keramat warisan keluarga. Keadaan berubah apabila seorang janda kaya muncul dengan tawaran lumayan untuk memulihkan anak tirinya yang diselubungi gangguan kuasa gelap. Don Arif mendapati dirinya terjebak dalam persaingan sengit dengan bomoh-bomoh lain yang juga memburu habuan tersebut.
Ikuti siri jelajah filem Don Dukun di sekitar Lembah Klang dan bahagian Utara bermula 1, 2 dan 3 November ini, dan maklumat lanjut boleh dapati dari platform media sosial Astro Shaw. Buat peminat yang tidak sabar untuk bergelak ketawa bersama Don Dukun, boleh dapatkan tiket bagi tayangan awal bermula 30 Oktober di seluruh pawagam.
Saksikan filem Don Dukun terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Infinitus Productions dan GSC di pawagam berdekatan anda bermula 31 Oktober 2024.
Gunakan
#DonDukun #KecutPerutPecahPerut
di media sosial untuk berkongsi pendapat dan respon tentang filem ini.
Comments
Post a Comment