Penghormatan kepada Tokoh Sasterawan Negara Datuk Noordin Hassan “Sirih Bertepuk Pinang Menari”
Kuala Lumpur 14 November 2024 Dramatis Noordin Hassan yang lahir di Pulau Mutiara merupakan sasterawan negara ke-7 yang unik, kreatif dan prolifik. Kemunculan Noordin Hassan dalam dunia drama Melayu moden dan teater tanah air telah memberi nafas baru dalam bidang Kesusasteraan Melayu. Keberanian Noordin Hassan dalam mengutarakan konsep pendramaan baru yang bersifat anti-realisme iaitu drama absurd dan eksperimental telah membuka dimensi baru dalam dunia drama di Malaysia. Sepanjang penglibatannya sebagai penulis dan pengarah drama sejak tahun 1953, beliau telah menghasilkan lebih 30 puluh buah drama.
Antara pembaharuan yang dilakukan oleh beliau adalah seperti mengetengahkan konsep teater fitrah serta sering bereksperimen dengan bentuk drama baru berlandaskan tradisi budaya Melayu. Noordin Hassan ialah seorang penulis drama yang menggunakan pemikiran intelektualnya. Karyakarya Noordin sering mencuit minda pembaca dan penonton, dan membiarkan mereka mencari jawapan seterusnya. Antara karya Noordin Hassan yang terkenal ialah Bukan Lalang Ditiup Angin, Peran, Anak Tanjung, Jangan Bunuh Rama-rama, Cindai, Sirih Bertepuk Pinang Menari, Tiang Seri Tegak Berlima, dan Mana Setangginya.
Pada tahun ini, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menganjurkan program penyemakan Karya Agung yang turut membuka peluang kepada pementasan karya-karya Sasterawan Negara. Ketua Pengarah JKKN Encik Mohd Amran bin Mohd Haris menjelaskan bahawa, “Pementasan Karya Agung ini bertujuan memartabatkan seni, budaya, bahasa dan sastera kebangsaan. Ia memberi peluang kepada JKKN dan NGO seni budaya untuk mengetengahkan karya seni negara, mempergiatkan persembahan teater warisan serta memupuk minat membaca karya agung dalam kalangan generasi muda. Program yang turut menjadi daya tarikan pelancong ini juga menjadi platform kepada pengkarya seni budaya untuk mementingkan karya-karya seni budaya berteraskan negeri-negeri seperti tari, muzik adalah sebuah teater yang boleh mengajar kita semua untuk berfikir dengan lebih kritis lagi dan tahu untuk menghargai sesebuah karya. . . . yang tidak mudah ditafsir dengan pemikiran yang biasa.
Senarai Barisan Pelakon yang Berpengalaman
Jay Iswazir : Sebagai Putera Zahiruddin Shah
Dato Ahmad Tamimi : Sebagai Sultan Idris Bistari
Eliza Mustafa : Sebagai Ratu Salbiah
Farhana Fahizam : Sebagai Puteri Kamaliah
Akmal Ahmad : Sebagai Ihsan
Marzuki Noh : Sebagai Wazir Tua/Muda
Azman Hassan : Sebagai Pak Yatim
Shasa Fairuz : Sebagai Mak Inang
Asri Zamri : Sebagai Datuk Arif
Nain : Sebagai Datuk Wira
Ikhwan Hisham : Sebagai Bentara
Aiman Rusli : Sebagai Man
Melati : Sebagai Dayang
Adil Rosli : Sebagai Penari Dabus (Ketua)
dan Penari penari lain.
Bagi mencambah lagi pemikiran masyarakat untuk mendekati alam fikir seorang Noordin Hassan, sebuah forum berjudul "Noordin Hassan: Eksperimental Yang Merentas Masa" akan diadakan pada 30 November 2024 (Sabtu), jam 2.00 petang bertempat di Balai Seminar Aras 6, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Para panelis yang diundang membicarakan tajuk ini ialah Sasterawan Negara Dato' Anwar Rethwan, Tan Sri Johan Jaaffar, Dr Norzizi Zulkifli bersama moderator Kamarulzaman Taib atau Chekem. Forum ini terbuka secara percuma kepada orang ramai.
Pas masuk berharga RM20 untuk Orang Awam dan RM15 untuk pelajar/ warga emas/ OKU boleh didapati dengan membaca kod QR pada poster di dalam media sosial Instagram
@rumpunsenimekarbudaya.
Untuk makluman lanjut, hubungi atau Whatsapp di talian
010-8226091 (Cik Aroha)
018-2494933 (Cik Arissa)
Comments
Post a Comment