Penganjuran AllPack Indonesia 2024 Bakal membuka peluang lebih 1000 syarikat yang Akan menyertainya


 

Kuala Lumpur  5 Ogos 2024 Perkembangan pesat industri makanan dan minuman (F&B) di Indonesia turut menggalakkan inovasi dalam percetakan, dan pembungkusan di negara tersebut. Pada angka 2024 pada tahun ini penganjur pameran berskala antarabangsa, Krista Exhibitions (Krista) Akan kembali mengadakan acara AllPack terbesar di Indonesia ini.

 

Krista bakal menganjurkan ALLPack Indonesia 2024 (API2024) bersempena dengan AllPrint Indonesia Expo 2024 (APIE2024) di Ekspo Antarabangsa Jakarta (JIExpo), di Kemayoran, Jakarta pada 9 hingga 12 Oktober depan. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menghadiri acara ini. 

 

AllPack Indonesia singkatan (API2024) akan mempamerkan teknologi pemprosesan dan pembungkusan makanan, pelbagai minuman, biskut, kuih-muih, produk/ubat-ubatan farmasiutikal, minuman herba tradisional, kosmetik, penjagaan diri, kecantikan, pertanian, elektronik, alat penyejuk, dan industri-industri lain yang berkaitan pada tanggal tersebut.


Satu  langkah bagi mempromosi API2024, yang merupakan acara kali ke-23 untuk penganjuran tersebut, ke negara-negara yang menyertainya, Krista telah mengadakan program Bertemu dengan Pihak Media di Kuala Lumpur pada 6 Ogos lalu. Dengan dihadiri ramai wartawan Dari negara Malaysia.

 Selain Indonesia Yang menjadi tuan rumah, API2024 turut disertai oleh negara Vietnam, Thailand, Singapura, China, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, India, United Kingdom, Jerman, Perancis, Itali, Austria, Kanada, Amerika Syarikat, dan Malaysia untuk bersama Dalam pameran dan penganjuran tersebut.




Di Dalam ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Krista, Encik Daud D Salim memberitahu, API2024  dan APIE2024 menjangkakan penambahan sebanyak 30 peratus dalam jumlah penyertaan, berbanding API/APIE 2023.

Dimana “Lebih 1,000 syarikat dengan 200 daripadanya merupakan industri kecil dan sederhana atau MSMEs dijangka mengambil bahagian. API pernah menarik minat lebih 70,000 pengunjung tempatan dan antarabangsa, dan kami menjangkakan akan lebih ramai lagi pada tahun ini,” ujar Encik Daud dalam program yang berlangsung di Blackbixon Café & Restaurant, Kuala Lumpur baru baru ini dalam wawancara bersama beliau.

Menerusi API/APIE2024 , Krista akan menghimpunkan ratusan ahli profesional dalam bidang pemprosesan, pembungkusan, percetakan, automasi, serta sektor F&B, farmasi, dan kosmetik. Ia Bakal menjadi Salah satu tarikan utama dengan adanya Pemain Pemain Utama Dalam kepelbagaian Industri ini. 

“Pihak Krista akan menyediakan bilik hotel untuk penginapan selama Tiga hari dua malam untuk para pembeli terpilih bagi F&B, farmasi, kosmetik dan pengilangan,” kata encik Daud.


Sementara itu, Pengerusi Persatuan Industri Makanan dan Minuman Indonesia (GAPMMI), Encik Adhi Lukman menegaskan, ekoran permintaan bagi pemprosesan makanan meningkat di kalangan masyarakat, dengan itu sektor F&B akan berkembang positif dengan sendirinya justeru pelaburan juga bertambah.

“Justeru, teknologi dan inovasi dalam sektor makanan memang memerlukan sokongan. Sehubungan itu, acara seperti API2024 memang penting bagi industri makanan bagi melihat bagaimana teknologi dapat mengembangkan, dan bekerjasama dengan pakar-pakar demi kemajuan industri.

Dengan usaha gigih pihak penganjur amat penting dalam penganjuran API dan APIE. Walau bagaimanapun, dengan dorongan ia mampu bersaing dan lebih baik.

Dalam memastikan kejayaan API2024, Krista beruntung kerana mendapat kerjasama dan sokongan kuat beberapa menteri Kerajaan Indonesia, serta persatuan, dan agensi dalam industri yang berkaitan antaranya Dari kementerian Industri Indonesia, Kementerian Perdagangan Indonesia, Menteri Penyelarasan Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, serta Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia.

Beberapa badan Yang menyertai adalah dari Persekutuan Pembungkusan Indonesia (IPF), Persatuan Syarikat Grafik Indonesia (PPGI), Persatuan Kadbod Beralun Indonesia (AKKGI), Persatuan Kepelbagaian Pembuatan Plastik Indonesia (GIATPI), Persatuan Logistik Indonesia (ALI), Persatuan Rantaian Alat Penyejuk Indonesia (ARPI), Persatuan Farmasi Indonesia (GP Pharmacy), Persatuan Syarikat Pemprosesan dan Pemasaran Produk Perikanan Indonesia (AP5I), Persatuan Kitar Semula Plastik Indonesia (ADUPI), Persatuan Pengeluar Kosmetik Indonesia (PPAK), Persatuan Syarikat Pameran Indonesia (ASPERAPI), dan GAPMMI pula adalah antara persatuan yang memberikan sokongan padu. Selain itu, Kelab Pengurusan Material Farma (PMMC) turut memberikan kerjasama dalam penganjuran ini.

 


Dengan itu , Krista berharap API2024 dapat mencapai matlamat dengan pengumpulan para pemain industri yang dialu-alukan dalam industri pembungkusan, dan percetakan dapat bersama manfaatkan penganjuran pada Kali ini. 

Seumpama itu ‘kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan’, Krista turut mengalu-alukan jika persatuan dan institusi di Malaysia dapat mengundang ahli masing-masing menyertai API2024, sama ada sebagai pempamer mahupun pengunjung dapat bersama .

API2024 dan APIE2024 akan turut melancarkan Program Pemadanan Perniagaan. Sehubungan itu, Krista mengalu-alukan pembeli/pengunjung berpotensi agar mengambil bahagian, dan mengadakan pertemuan prasusun secara eksklusif dalam khidmat pemadanan secara bersemuka. 

Krista turut menjelaskan bahawa kegiatan pemadanan perniagaannya dibentuk secara spesifik untuk membantu pemain industri berhubung dengan syarikat yang sah dan ternama, dalam industri pembungkusan dan percetakan, serta menggalakkan hubungan akrab, serta mampu melahirkan rakan perniagaan unggul.

 

Turut menghadiri program Krista Bertemu dengan Pihak Media itu adalah Pengerusi Persatuan Media Cetak Indonesia (PPGI), Encik Ahmad Mughira Nurhani. Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran Krista, Puan Christina Sudjie bertindak sebagai pengendali program.


Kesimpulan, mereka yang berminat menyertai API2024, boleh mendaftar secara atas talian di website Di bawah 

 https://forms.gle/gLoVNAUPVEjhbXEdA.

 

Para pelawat juga dijemput dan boleh mendaftar terus di lokasi pameran, atau secara atas talian di pautan 

https://register.kristaonline.com/visitor/allpackindonesia

dan

 https://register.kristaonline.com/visitor/allprintindonesia.

 

Selain itu anda juga boleh melayari Di website : www.kristamedia.com

 Untuk mengetahui lebih lanjut acara Berkenaan. 

Comments