Malam Anugerah Aitex Gilang Gemilang dengan jayanya menghargai Tokoh terkenal, penggiat Seni Muzik dan badan Korporat.

Subang Jaya 26 Ogos 2024  Malam Anugerah untuk kali ke-2 diadakan dengan penuh gemilang di Hotel Sunway & Spa Resort. ia dihadiri oleh lebih 1000 orang. Ia adalah antara yang teramai pernah dijemput menghadiri makan malam dan peanugerahan. 


Antara Anugerah Khas pada malam tersebut , Nama Almarhum Datuk Paduka Prof Dr Haji Abdul Manan Embong mendapat Anugerah Peringkat Antarabangsa tertinggi. 


Alhamdulillah Almarhum adalah Seorang Yang berjasa kepada Ummat Islam Khasnya di Malaysia dan AM nya  di peringkat antarabangsa dengan jasa beliau mengkaji dan mengumpul barang artifak & peningalan Baginda Nabi Muhammad SAW. Anugerah ini disampaikan kepada Anak sedara beliau sebagai wakil bagi menghargai jasa Al Almarhum Datuk Paduka Prof Dr Haji Abdul Manan Embong. 


Al Almarhum Datuk Paduka Prof Dr Haji Abdul Manan Embong Seorang rakyat Malaysia kini terserlah rupanya seorang Negarawan Islam yang telah mengharumkan Nagara Malaysia dengan di iktiraf sebagai Rakyat Malaysia yang telah berjaya dalam kajian nya dan membawa Artifak Baginda Nabi Muhammad SAW ke bumi bertuah Malaysia

 

Majlis penganuggerahan yang di adakan di Hotel Sunway Resot pada 26 ogos 2024 lalu di hadiri oleh tokoh tokoh agama dan negarawan antara Dato Mufti kerajaan negeri Selangor , Ustaz Wadi Anuar , timbalan ketua Polis Negara dan lain tokoh dalam dan luar negara dan lain2 deligasi dari pelbagai Negara antarabangsa 


Majlis di rasmikan oleh YB Shamsul Iskandar Setiusaha kepada Perdana menteri Malaysia ( sebagai wakil PM ) dan bersama Ucapan  Datuk Khalid sebagai pengerusi Aitex pada malam penuh bersejarah ini 


Majlis pada malam itu juga telah mengintiraf beberapa penggiat seni yang berjasa dengan mendapat Anugerah Tours & Trade pada malam itu


Antaranya Penggiat seni Lagu Tradisional terkenal serta Penggiat Irama muzik Malaysia Noraniza Idris , Serta Penyanyi lagu dan Pencipta muzik terkenal Cik Najwa Latif dengan lagunya Muka Buku yang begitu popular pada seketika dulu. 


Di malam Anugerah tersebut, diberi penghormatan kepada Paduka Prof Dr Haji Abdul Manan Embong. semoga Jasa Tokoh Al Marhum Dato Paduka Ayahda Prof Dr Haji Abdul Manan Embong di kenang jasa nya oleh rakyat Malaysia dan Urusan mertabat kan lagi Agama Islam di peringkat tertinggi sekaligus Baginda Nabi Muhammad SAW di banggakan lagi oleh Ummat di seluruh dunia

*

AL Fatihah buat Al Marhum Prof Dr Haji Abdul Embong*

Comments