KOPSTAR Mengadakan Program berjudul "SINONIM SUDIRMAN" Di Summit USJ bagi mengangkat bakat baru.

Subang Jaya 14 Ogos 2024 KOPSTAR amat berbesar hati dengan kerjasama daripada SUMMIT USJ dan disokong oleh "SUDIRMAN ASSET MANAGEMENT" untuk mengumumkan    pelancaran Program "SINONIM SUDIRMAN," yang bertujuan untuk meraikan legasi Artis penghibur ikonik Sudirman Haji Arshad , sambil memupuk bakat muzik generasi seterusnya.


Program ini akan berlangsung selama tiga hari iaitu 30hb, 31hb Ogos dan 1hb September 2024 Sempena menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang Ke-67. Di Dalam Program Yang akan berlangsung selama 3 Hari itu, Terdapat Pelbagai acara telah disusun antaranya  Pertandingan: Baby Catwalk, Pertandingan Mewarna Karikatur GAYOR, Pertandingan Deko Kek PWIP, Pertandingan Nyanyian Patriotik, Deklamasi Puisi, Klinik Gitar M.Noor Hendrix, Klinik Vokal Cikgu Siti Hajar Ismail dan yang paling di nanti-nantikan adalah Pertandingan SINONIM SUDIRMAN dimana terdapat banyak hadiah menarik dan cabutan bertuah Bakal menanti kehadiran pengunjung yang ke SUMMIT USJ Subang Jaya. 



Pada Malam ampang kemerdekaan 31 Ogos 2024. Pengunjung juga akan di hiburkan oleh Artis artis lama dan baru seperti Royce Sa'ayan,Zack Kazamata, Farra Ahmad, Nami Harez, Zack Kool, Wafi The Voltage dan Kumpulan Aktivis. Disamping itu juga KOPSTAR akan membawakan JURI KHAS bagi mengadili Pertandingan Nyanyian Yang diadakan seperti Datuk Hajjah Habsah Hassan, Cikqu Siti Hajar Ismail dan Salman Shariff (Komposer).



KOPERASI INDUSTRI MUZIK MALAYSIA BERHAD juga menggalakkan mana mana Artis & Selebriti Malaysia untuk turut sertai KIOSK perniagaan yang di sediakan oleh SUMMIT USJ dengan cara mengimbas QR Code untuk pendaftaran dan mengalu-alukan para penggiat seni untuk mendaftar keahlian.



Kenapa SUDIRMAN?Itulah Persoalannya 


Sudirman kekal sebagai tokoh yang disegani dalam dunia muzik, terkenal dengan kehebatan vokal yang luar biasa dan kehadiran pentas yang memukau. Sebagai Pengerusi KOPSTAR, Rohayati Sa'ayan Jelas beliau menekankan misi program ini adalah untuk menghargai sumbangan Sudirman kepada muzik dan budaya, memberi inspirasi kepada penyanyi yang bercita-cita tinggi untuk mempamerkan bakat mereka di platform yang berprestij.


Jelas Rohayati lagi ,Setelah mendapat keizinan dari SUDIRMAN ASSET MANAGEMENT "Kami sangat teruja untuk memperkenalkan 'SINONIM SUDIRMAN, satu penghormatan kepada legenda muzik yang impaknya merentas generasi," Saya selaku Pengerusi KOPSTAR dengan Kerjasama SUMMIT USJ. "Menerusi pertandingan ini, kamí berhasrat untuk bukan sahaja meraikan legasi Sudirman yang luar biasa tetapi juga menggalakkan individu berbakat untuk meneruskan minat mereka dalam bidang nyanyían."



Pertandingan ini akan mengalu-alukan peserta dari pelbagai latar belakang, Kami juga  menjemput mereka untuk menunjukkan kebolehan vokal dan karisma pentas Serta Mengikut kretiviti masing-masing.  Peserta juga akan berpeluang bersaing bagi merebut PIALA PUSINGAN SUDIRMAN, Piala Iringan, Wang Tunai,Cenderahati dan Sijil Penyertaan.


Kesimpulannya "SINONIM SUDIRMAN" mewakili komitmen KOPSTAR dan SUMMIT USJ untuk memupuk kecemerlangan seni dan memelihara pengaruh Sudirman dalam landskap muzik moden. Pertandingan ini ditetapkan untuk memikat penonton dan menetapkan penanda aras baharu dalam bidang pertandingan nyanyian untuk mengenal pasti bakat Yang terpendam dikalangan Rakyat Malaysia serta luar bagi memperlihatkan kebolehan mereka . Sudah lama Kita tidak menemui penyanyi Yang setanding SUDIRMAN, Dengan adanya pertandingan ini ia mampu untuk mencari penyanyi Yang berkebolehan " SINONIM SUDIRMAN. 


Untuk maklumat lanjut tentang cara menyertai, sila lMBAS QR CODE Atau boleh juga melayari website pautan dibawah. 


https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeSmMhPQh8yvqBqSXHUDJJF2LRW-4OSHBBz4mnGr8J98bPedQ/viewform

Comments