Karnival Usahawan & Kecantikkan diraikan dengan Penuh Meriah
Ampang 24 Ogos 2024 Karnival Usahawan & Kencantikkan diraikan dengan penub meriah sewaktu perasmian yang diadakan di dewan Komuniti PPR Ampang Hiliran.
UTV Media Malaysia dengan kerjasama Persatuan Media Digital Kreatif (PDMK), Yayasan Wilayah Persekutuan, Persatuan Penduduk B & C PPR Hiliran Ampang dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah julung kalinya mengadakan Karnival Keusahawanan Kecantikan, Kesihatan Dan Produk Halal 2024. Karnival ini telah diadakan pada 24 Ogos 2024 bermula dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang lagi.
Pada Permulaan acara ia bermula dengan persembahan Kebudayaan tarian piring yang penuh aksi dan menghiburkan tetamu yang hadir
Majlis kemudian berjaya dirasmikan oleh Yang Mulia Datuk Raja Putra Shah selaku penasihat PDMK. Karnival ini pertama kali diadakan oleh PDMK khursus untuk membantu golongan B40.
Ucapan alu-aluan Pembukaan telah disampaikan oleh Pengarah "Halal Beauty Carnival (HBC 24)" Puan Nurzulaikha Binti Raduian dan juga pengasasnya Encik Alias bin Abu Bakar. • Pelancaran Karnival Usahawan
• Pelancaran Majalah UTV
• Pelancaran Website Usahawan
• Pelancaran Miss Hijabi Malaysia
Hadiah Cenderahati dan peenghargaan diberikan kepada Tetamu terhormat selepas selesainya Pelancaran Karnival.
Pada sesi Petang, acara diteruskan lagi dengan Acara Pencarian Duta Miss Hijabi Malaysia 2024 dimana 8 orang peserta menyertainya. Miss Hijabi pertama kali diadakan di karnival ini dipilih oleh 3 panel berpengalaman.
Acara terakhir bagi karnival Usahawan dan Kecantikan adalah Peragaan Tema Baju Merdeka bagi kategori Kanak-Kanak berumur 8 hingga 10 tahun telah berjaya diadakan ia disertai lebih 16 peserta kanak kanak dari PPR Hiliran Ampang dan dari luar.
Harapan Puan Zulaikha, Melalui karnival seumpama ini ia akan menyediakan platform rasmi dan rangkaian terutama bagi golongan yang berkecimpung dalam bidang kecantikan, kesihatan dan produk halal untuk berhubung dan menerokai potensi kerjasama dalam sektor produk dan perniagaan Halal yang semakin berkembang maju.1)Melonjakkan dan memberi peluang kepada usahawan-usahawan dalam melebarkan serta menaikkan jenama mereka ke peringkat lebih tinggi.
2)Meningkatkan kesedaran kepada usahawan kecantikan mengenai kepentingan halal supaya produk mereka lebih diyakini, bersih dan suci.
3)Pendedahan dan ruang kepada para usahawan dalam menggiatkan lagi promosi kepada orang ramai.
4)Meningkatkan lagi pendapatan usahawan PPR, asnaf, B40 dan miskin bandar di Kawasan Wilayah Persekutuan.
5)Bantuan dari segi pemasaran melalui interview, review, dalam portal media secara percuma.
Puan Zulaikha berpendapat dengan meningkatnya permintaan terhadap produk halal yang meluas, usahawan yang terlibat berpeluang mempamerkan barangan dan produk yang menggunakan bahan dan proses halal yang dibenarkan dalam Islam secara meluas. Kerana pasaran halal pada hari ini mendapat permintaan yang tinggi di dalam negara dan luar negara. ia dapat membuka jalan usahawan yang ada ini dapat pergi lebih jauh lagi pada masa akan datang.
Kemudian perkongsian dari pasangannya, Jelas Alias berkata, “Ini adalah langkah awal PDMK dalam membantu usahawan meningkatkan tahap produk mereka, sejajar dengan perkembangan teknologi canggih masa kini, di mana media sosial memainkan peranan penting dalam mempromosikan dan memasarkan sesebuah produk.”
"Walau pun PDMK terpaksa menampung kos penganjuran dengan sendiri dan tidak mendapat dana dari mana-mana pihak khususnya daripada peringkat Parlimen Titiwangsa walaupun sudah dimohon, tetapi diharap sokongan setiap Parlimen dalam membantu acara yang sebegini akan datang dapat diperoleh supaya ia mampu diteruskan demi memartabatkan usahawan kecil," Jelas encik Alias.
Kesimpulannya diharap Karnival seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Dimana boleh dilihat Karnival yang dianjurkan ini telah berjaya menarik banyak usahawan beeminat untuk bersama meneruskan usaha untuk meningkatkan dalam diri sebagai usahawan yang berkualiti, bagi mengetengahkan pelbagai produk dan perkhidmatan Halal diseluruh dunia serta berdaya saing. Semoga usahawan yang mengikuti acara ini akan terus berjaya bersama. 



















Comments
Post a Comment