SUNGAI BULOH, 29 JULAI 2023 : Rekod cemerlang ditunjukkan Pakatan
Harapan (HARAPAN) sepanjang memerintah Selangor memberi keyakinan buat calon
Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras untuk mempertahankan kerusi kawasan itu.
Mohd Khairudin Othman yang juga penyandang DUN tersebut
berkata, pelbagai inisiatif merangkumi seluruh aspek termasuk pendidikan, sukan
dan kesihatan telah dilaksanakan untuk rakyat Selangor.

“Daripada segi persiapan, kita sudah bergerak sebulan lalu
dengan mendekati masyarakat. Saya yakin Selangor dapat dikekalkan dengan
pemerintahan kerajaan sedia ada termasuk di Paya Jaras.

“Diharap penyokong dapat terus memberikan sokongan supaya
dapat kekalkan pembangunan yang dibawa HARAPAN di Selangor,” katanya ditemui
selepas penamaan calon di Dewan Kenanga Pejabat Daerah dan Tanah Petaling,
Sungai Buloh, Shah Alam di sini hari ini.

Kerusi DUN Paya Jaras menyaksikan pertembungan tiga penjuru
bagi pilihan raya negeri 12 Ogos ini antara Mohd Khairudin, Datuk Dr Halim
Tamuri(Perikatan Nasional) dan Nurhaslinda Basri( Bebas).
Comments
Post a Comment