Galeri Raudhah Pusat Kebajikan Nurul Hasanah Ampang Meraikan Majlis Sempena 10 Muharram menyantuni Anak Yatim dan Ibu Tunggal

 Ampang 28 Julai 2023 ,  bersamaan 10 Muharam yang amat istimewa kerana hari Jumaat, Rumah Kasih Nurul Hasanah di Ampang, Selangor antara pihak yang tidak ketinggalan meraikan Majlis Hari Asyura bersama dengan 

Sebahagian daripada ibu tunggal dan anak yatim dari Galeri Nur Raudhah yang menerima sumbangan daripada Rumah Kasih Nurul Hasanah, bersama-sama Puan Haslina Othman (berdiri paling kiri). 

Rasa gembira dan terujanya terbukti apabila dari awal pagi lagi alunan selawat dan zikir munajat digemakan. Bukan sahaja untuk 10 Muharam, Rumah Kasih Nurul Hasanah komited mengimarahkan sebulan penuh dengan menganjurkan program mendorong amalan-amalan sunat.

10 Muharam dikaitkan dengan beberapa peristiwa penting dalam sejarah dan peradaban Islam.








bermula seawal jam  9 pagi dengan program gotong-royong memasak bubur asyura, sebelum diagihkan kepada anak-anak yatim oleh kelab anak yatim Malaysia. Masakan bubur Asyura sungguh meriah dengan ia dibantu oleh Anak anak yatim dan Ibu Tunggal turut sama mengacau bubur Asyura hampir 3 jam untuk disiapkan. Ia megambarkan pengorbanan sempena peristiwa 10 Muharram dapat dirasakan serta pembahagian makanan untuk dinikmati bersama kepada semua yang hadir. Memberi makan dan pembahagian makanan ini amat diterapkan dalam amalan yang mulia disukai oleh Allah. Semoga ia mendapat manfaat dan keberkatan untuk kita amalkan bersama aamiin.




Sebelum acara Konvoi 10 Muharram dimulakan Ustaz zawawi terlebih dahulu memberi penerangan kepada peserta yang hadir. 


Ramai juga ibu ibu dan anak yatim hadir bersama bagi memeriahkan majlis konvoi berseleawat sempena 10 Muharram 



Dianggarkan Peserta yang hadir adalah lebih 50 orang terdiri daripada Anak-anak yatim , Ibu Tunggal, Para tetamu dan Pengamal media.

Pada tarikh ini, Nabi Allah Adam AS ditiupkan roh. Diciptakan syurga dan neraka. Pada tarikh ini juga hari di mana Nabi Musa AS diselamatkan manakala Firaun dan pengikutnya ditenggelamkan.

 Sehubungan itu, sempena mengimarahkan bulan Muharam, pihak Rumah Kasih Nurul hasanah, menganjurkan program bagi menyemarakkan amalan sunat dengan berselawat dan Alunan Qashidah

"Begitu banyak manfaat dan keistimewaan yang ada pada tarikh 10 Muharam ini, apa sahaja amalan baik akan dilipatgandakan pahalanya  oleh Allah," kata Ustaz Zawawi. 

Mengikut ucapan dari Anita sendiri beliau merasakan majlis ini diadakan dengan penuh penghayatan dan kesedaran tentang penting baginya meraikan anak yatim dan ibu tunggal disini . Supaya semuanya  mendapat penuh keberkatan yang menghadiri majlis 10 muharram yang mulia ini. 



Pada Pukul 3.00 Petang para tetamu dan peserta berkumpul untuk mengikuti acara Perjalanan Kembara Kasih Selawat Bersama-sama melibatkan perarakan motosikal berkuasa tinggi dengan kerjasama Anita Bikers Group bersama kelab kereta Black & White dan juga biker pengiring (KAY).

 Perjalanan diiringi motosikal berkuasa tinggi dari Anita Bikers yang bermula bersama anak yatim dan ibu tunggal.  Semoga majlis ini diberkati Allah SWT," kata Ustaz Zawawi.

 Turut diadakan konvoi kereta warna hitam dan putih memulakan perjalanan dari Galeri Nur Raudhah, membawa bersama kira-kira bersama 50 orang anak yatim, Ibu Tunggal dan Pengamal Media . Menelusuri perjalanan dari Galeri Nur Raudhah untuk melalui Zoo Negara dan berpatah balik ke Galeri Raudhah untuk jamuan makanan dan Alunan Qashidah oleh Bonda Pusat jagaan Nurul Hasanah telah menyemarakkan lagi sambutan majlis 10 Muharram yang mulia ini. 














Comments