CERITA TERBARU METRO CRIME SERIES, “SIAPA LELAKI ITU?” BERSEDIA UNTUK MERENTASI BATASAN DALAM MERUNGKAI MISTERI KES JENAYAH
Petaling Jaya, 11 Julai 2023 - Tonton Original mempersembahkan
siri misteri terbaharu, Metro Crime Series. Berbekalkan kemahiran dan
keberanian, dua wartawan berpengalaman dari Harian Metro, Fatema (Zahirah
MacWilson) dan Rozimi (Aloy Paradoks) akan mengungkap misteri di sebalik
kematian tragis Syerinie.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kelainan plot dan
kejutan yang akan menarik perhatian anda dalam setiap episod. Kisah ini bukan
sahaja merentasi sempadan jenayah, tetapi juga membangkitkan emosi dan
mencetuskan imaginasi anda. Ia adalah pengalaman yang pasti tidak akan
dilupakan. Bagi memastikan anda tidak terlepas sebarang perkembangan dan plot
yang menarik, anda boleh melanggan Tonton dengan bayaran serendah RM 9.90
sahaja!Teruskan menonton Metro Crime Series di Tonton dengan memuat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store, atau layari laman web tonton.com.my. Ikuti perkembangan terkini Tonton di media sosial menggunakan tanda pagar #Tonton, #ZahirahMacWilson, #AloyParadoks, #SiapaLelakiItu, dan #MCS. Untuk mendapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Tiktok, dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy.



Comments
Post a Comment