DUA SAHABAT PENYANYI SINGAPURA MELAKARKAN LAGU SEJUTA KATA BERJAYA MENEMBUSI & TEROKAI PASARAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 4 JULAI 2023 – Pasangan sahabat dari Singapura – 

penyanyi Hazrul Nizam dan Diana Nazyra – telah acap kali merancang untuk 

merakamkan lagu duet bersama, namun dek kesibukan masing-masing, keinginan 

mereka ini sentiasa tertangguh.


Maka tidak hairanlah apabila Hazrul Nizam yang mula menerima pelawaan untuk 

merakamkan lagu setelah dikenali semula melalui rancangan realiti Gegar Vaganza 

musim ke-9, bertindak untuk menghubungi Diana Nazyra bagi menzahirkan 

hasrat mereka yang telah lama tertunda ini.


Bagi menembusi pasaran Malaysia dengan lancar, dua sahabat ini memilih 

untuk bekerjasama dengan penggubah lagu tempatan, dan ini menemukan mereka 

dengan Hazama dan Omar K, dua nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik Malaysia.





Lagu duet terbaru dari Hazrul Nizam dan Diana Nazyra ini menceritakan kisah cinta 

yang amat indah dan sukar digambarkan walau dengan sejuta kata. Meski ada 

halangan sepanjang hubungan, mereka berjanji akan kekal setia menanti hari 

bahagia yang bakal tiba. 

Namun sebetulnya mereka telah lama berkawan lebih 15 tahun namun tetap tiada

 hubungan kerana Diana Nazyra sendiri pun dah dirikan rumahtangga 

dengan orang yang dicintai , Walau bagaimanapun hubungan sebagai kawan 

tetap diteruskan seperti biasa seingga mereka digandingkan untuk Lagu Duet

Sejuta Kata .



Menurut pengarah HMA Entertainment Cik Hilwah Brown.  Dengan pelancaran 

Syarikat HMA Entertainment dalam pengurusan artis dan "Konsert" Ia dapat 

memberi peluang pemulaan bagi Projek antara Malaysia dan Singapura 

Bagi beliau sudah lama ingin untuk megandingkan Hazrul Nizam dan Diana Nazyra

untuk Lagu Duet terbaru ini. Ia pastinya sesuatu yang akan diterima oleh ramai orang 

dari peminat Malaysia ataupun Singapura . Ini kerana Hazrul Nizam telah membuktikan 

beliau berjaya dalam Gegar Vaganza sebelum ini termasuklah Diana Nazyra sendiri 

telah banyak pengalaman terlibat dalam industri Muzik. Kali ini juga Cik Hilwah akan 

adakan "konsert" mereka berdua di singapura nanti. 



Lagu ini telah ditulis oleh komposer terkenal Malaysia Komposer Omar K dimana 

beliau telah banyak pengalaman mencipta lagu lagu untuk penyanyi muda terkenal 

dari malaysia seperti Naim Daniel, Ismail Izani, Dayang Nurfaizah dan yang lain.

Kali ini beliau mengeluarkan Lagu Terbaru buat Hazrul Nizam dan Diana Nazyra 

berjudul Sejuta kata .



SEJUTA KATA telah dilancarkan pada 23 Mei yang lalu di semua pelantar 

penstriman digital dan video muzik rasminya boleh ditonton di saluran 

YouTube Alternate Records & Talents.



Video You Tube Lagu Sejuta Kata Hazrul Nizam & Diana Nazyra 


Comments