Pelancaran trak Imersif 360" ‘Bagaimanakah MILO® dihasilkan?’ - MILO® Jawab Soalan Cepumas dengan Trak Imersif 360° MILO® Goodness yang Pertama Di Dunia
CHEMBONG, Julai 25, 2023 - MILO®, telah melancarkan Trak Imersif 360° MILO® Goodness yang pertama di dunia, bertujuan untuk mendidik rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat mengenai kebaikan bahan-bahan semula jadi yang terdapat di dalam setiap cawan harian MILO® kita.
Acara Pelancaran Trak Imersif 360° MILO® Goodness yang Pertama Di Dunia dimulakan dengan Gimik Pembukaan Tin Milo . Ia megambarkan rutin kebiasaan ramai orang akan membuka tin Milo sejak dulu sampai sekarang untuk menikmati minuman MILO yang sedap ini.
Pengunjung berpeluang mempelajari tentang resipi asal MILO® dan merasakan teknik penyediaan yang menyumbang kepada rasa malt coklat yang tersendiri. Trak MILO® Goodness ini adalah lain dari yang lain kerana ia memberikan pengalaman 360° sepenuhnya. Penggunaan unjuran digital, cahaya atmosfera, dan efek bunyi-bunyian merenjat setiap deria yang ada lantas membawa pengunjung ke dalam dunia MILO®. Pengunjung dapat mengejutkan setiap deria dengan mengalami bauan aromatik, sentuhan, dan rupa MILO® secara langsung.
Berucap ketika pelancaran Trak MILO® Goodness hari ini, Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, "Sebagai sebuah jenama yang amat dihargai oleh rakyat Malaysia sejak 70 tahun dahulu, saya begitu teruja untuk membawa misi ini ke jalanan melalui jelajah Trak MILO® Goodness yang akan menjawab soalan paling utama - Bagaimanakah MILO® dihasilkan? Melalui inisiatif ikonik ini, kami membawa khasiat, kegembiraan, dan tenaga kepada setiap komuniti dengan seteguk MILO® pada satu masa.
Turut hadir memeriahkan suasana adalah beberapa selebriti Baby Shima , Liyana Jasmay, Nanasheme serta yang lain lain.
Acara diakhiri dengan meriahnya dalam sesi bergambar bersama ia adalah salah satu pelancaran yang terbaik dilakukan di luar perkarangan Kilang MILO di Chembong, Rembau, Negeri Sembilan.












Comments
Post a Comment