'THIS IS ERNIE ZAKRI SHOWCASE' MENAKJUBKAN! Penyanyi Bersuara Emas Negara Berjaya Hiburkan 200 Peminat Bertuah Dalam Showcase Yang Santai Dan Penuh Keunikan Tersendiri
KUALA LUMPUR, 12 Januari 2023 – Malam ‘This
Is Ernie Zakri Showcase’ yang baharu sahaja melabuhkan tirainya malam
semalam ternyata berjaya menambat hati 200 peminat bertuah yang berpeluang
menyaksikan penyanyi bersuara emas negara, Ernie
Zakri beraksi di pentas persembahan dalam sebuah showcase istimewa yang
santai dan penuh keunikan tersendiri, dibawakan khas oleh label pengurusan bakat-bakat
hebat tanah air, Rocketfuel
Entertainment.
“Menakjubkan!
Saya berpeluang melihat sisi lain Ernie yang belum pernah saya saksikan sebelum
ini, dia seakan berada dan zonanya tersendiri dan berikan yang terbaik, puas
rasanya,” ujar salah seorang penonton yang hadir.
Walaupun
tempoh showcase hanya berdurasi selama 1 jam, tetap memberikan kepuasan kepada
setiap penonton yang datang menyaksikannya.
“Kredit seharusnya diberikan kepada keseluruhan ‘team’ produksi Rocketfuel yang bertanggungjawab menjadikan sebuah impian kepada realiti yang membuahkan hasil hebat, dan jangan lupa nantikan showcase seterusnya dari Ernie yang lebih besar dan lebih baik.
Dalam
usaha Rocketfuel mewujudkan lebih banyak lagi acara muzik dalam bentuk fizikal,
mereka faham dengan kehendak peminat yang sentiasa dahagakan acara-acara
sebegini, pastinya lebih banyak yang bakal menyusul.
Ernie
mengakhiri: “Saya ingin berterima kasih kepada setiap pengunjung yang hadir
memberikan sokongan tidak berbelah bagi, perasaan terharu dan gembira bercampur
kerana setiap dari anda adalah ‘Hal Hebat’ saya sebagai anak seni dan juga
penghibur, terima kasih.
Comments
Post a Comment