Nurflix Melancarkan Inisiatif Penerbitan Animasi Kisah 25 Rasul Edisi Bahasa Melayu Rangkuman Inisiatif Nurflix Hingga Kini.

Hulu Kelang 26 Januari 2023  Sejak pelancaran Inisiatif Nurflix pada Julai 2020, 

Nurflix kekal komited sehingga hari ini untuk mencapai visi penubuhannya iaitu menjadi 

pusat kepada kandungan ilmu Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hiburan sopan yang 

boleh dicapai dari  seluruh dunia. Selain daripada katalog filem, drama dan hiburan 

seperti mana kebiasaan streaming platform lain, Nurflix turut mewujudkan katalog-katalog 

penting untuk tontonan masyarakat  muslim di Malaysia khususnya seperti pembelajaran 

kitab-kitab tradisional Turath, Tausiyah  dari guru-guru, pengajian Al-Quran, hadith dan 

banyak lagi. Selepas berakhirnya PKP Covid 19  Sebelum ini. Akhirnya 26 januari 2023. 

Nurflix akhirnya melancarakan aplikasinya untuk umum  dengan insiatif utama filem 

animasi 25 Rasul "The Journey of Humankind", Bermula dengan Nabi  Musa A.S 

bakal menemui penonton di aplikasi Nurflix. 


Nurflix telah membuat lawatan bagi mewujudkan jalinan kerjasama pembangunan katalog 
dan kandungan dengan syarikat-syarikat penerbitan dari negara-negara Islam yang lain 
seperti Mesir, Turkey, Arab Saudi, Palestin dan Indonesia. Lebih 100 tajuk dan lebih 3000 
episod sedang dan akan ditayangkan di platform Nurflix sepanjang tahun 2023 ini, 
gabungan dari Nurflix originals dan kandungan syndications.


Nurflix juga telah mengadakan kerjasama dengan Universiti tempatan seperti 
Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Institut Teknologi Mara dan 
Universiti Putra Malaysia membolehkan penerbitan koleksi penyelidikan ilmiah 
seperti Al Quran dan Sains (USIM), Penyelidikan Produk Halal (UPM) dan banyak lagi.


The Journey Of Humankind

Nurflix Productions Sdn Bhd kini memulakan pembangunan katalog penerbitan filem 
dan siri animasi 3D menggunakan teknologi Unreal Engine dan Virtual Actor.
 The Journey of Humankind yang akan memaparkan secara menyeluruh kisah 
ketamadunan manusia sejak bermula penciptaan Nabi Adam a.s berdasarkan rujukan 
daripada Al Quran, Hadith dan sumber-sumber Islam yang sahih.


“kisah-kisah ini disampaikan daripada Allah swt kepada Rasulullah saw, telah ditafsir oleh
ulama sejak ribuan tahun dahulu, jadi kami fokuskan penyampaian kepada generasi hari ini
dengan pendekatan terkini. Sasaran kami adalah untuk menyampaikan seluruh penceritaan 
ini di dalam dalam animasi 3D menggunakan teknologi Unreal Engine dan Virtual Actor. 
Insya Allah” jelas CEO Nurflix, Syah Mohamed.


Penerbitan animasi ini adalah satu langkah besar untuk menguasai teknologi penerbitan 
virtual (virtual production). Membuka ruang penerokaan teknologi dan kepakaran baru 
kepada bakat tempatan untuk menghasilkan karya bertaraf dunia.



Siri Animasi Nabi Musa A.S Kalimullah Edisi Bahasa Melayu

Inisiatif pertama adalah penerbitan Kisah-kisah 25 Rasul yang berdasarkan rujukan utama 
Kitab Qisas Al Anbiya’ karya Ibnu Katsir. Siri pertama yang akan ditayangkan adalah Kisah 
Nabi Musa a.s Kalimullah yang akan berada di platform Nurflix bermula esok, 
27 Januari 2023. Sebagai langkah awal, Nurflix bekerjasama dengan ATA Animation, 
sebuah penerbit animasi dari Mesir dengan melakukan suntingan untuk menambah baik 
dan melakukan proses alih bahasa.




Sebanyak 13 episod untuk musim pertama diterbitkan menggunakan Bahasa Melayu agar
dapat memenuhi kehendak pasaran di Malaysia. Ini akan dapat memberikan kefahaman 
jalan cerita yang jelas serta sesuai untuk ditonton oleh semua peringkat umur. 
Istimewanya siri ini menampilkan Rawi Al Hakim, watak pelakon maya (virtual actor) 
selaku penyampai cerita dan pengembara (lakon suara oleh Alwi Mustafa) yang 
dicipta untuk menyampaikan kisah-kisah dari dalam kitab Qisas Al Anbiya. 
Pembinaan dan penciptaan watak pelakon maya Rawi Al Hakim ini diusahakan 
sepenuhnya oleh pasukan animasi Nurflix sendiri.

Antara yang hadir dalam majlis pelancaran, barisan pelakon suara Irma Hasmie, Hazwani Helmi, Heliza Helmi, Dai' Syed Iqmal, Hana Ismail , Ustazah Asni Mansor dan 
juga Habib Ali Zaenal Abidin memberi ucapan tazkirah untuk semua yang hadir. 


Quiz Dan Tadabbur

Untuk memeriahkan kempen ini pihak Nurflix telah mendapat kerjasama dari 
syarikat Simply Umrah untuk menaja peraduan quiz sepanjang 13 minggu tayangan 
Siri Animasi Nabi Musa a.s Kaimullah. Sejumlah 3 orang pelanggan yang berjaya 
menjawab quiz mudah yang disediakan di setiap episod secara terkumpul sepanjang 
13 episod akan menerima hadiah utama pakej umrah. Manakala pemenang quiz mingguan 
pula akan menerima hadiah seperti mini goldbar tajaan KABGold Sdn Bhd dan 
Al Quran edisi Al Ghufran tajaan Telaga Biru Sdn Bhd serta set buku Kembara Mahsyar
 tajaan Mahsyar Group.


Dengan penyertaan quiz ini penonton akan dapat mengukuhkan lagi kefahaman terhadap 
kisah dan melalui proses tadabbur Al Quran. Menurut Pengarah Kandungan Nurflix, 
Ustaz Raja Ahmad Mukhlis: “sekurang-kurangnya terdapat 5 surah yang terdapat di dalam 
siri ini dan ianya dapat membantu proses tadabbur kepada penonton”. Ini kerana dalam 
setiap  babak bacaan dan terjemahan Al Quran akan dipaparkan sebagai rujukan dan amat
 bermanfaat  untuk tontonan sekeluarga. Langganan Nurflix ini mempunyai nilai 
penerapan ilmu , dakwah dan akhlak yang diperlukan oleh masyarakat. 


Sertai kami

Menyingkap tirai tahun 2023 Nurflix juga akan memupuk sebuah komuniti yang dapat
menyokong dan memperkuatkan pencapaian misi ini. Nurflix membuka seluas-luasnya 
pintu untuk menjemput dan mengalu-alukan pakar-pakar dari bidang penerbitan, sejarah, 
IT, animasi serta para dermawan untuk sama-sama menyumbang kejayaan projek ini. 
Setiap individu yang melangganan Nurflix Tv juga membantu kejayaan projek 
The Journey of Humankind serta penghasilan lebih banyak kandungan 
sopanstream untuk generasi masa depan.

Untuk Laganan dan Info anda boleh layari : 


Laganan untuk Nuxflix ini amat berpatutan hanya RM 19.90 Sebulan anda boleh melihat 
pelbagai siaran  yang menarik dan disamping anda boleh belajar melalui siaran 
ilmu agama yang disediakan . Dengan satu akaun ini juga anda boleh
 berkongsi dengan keluarga untuk melihatnya kepelbagai peranti .


Rangkuman Video animasi yang akan disiarkan Nurflix











Comments