MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) PENERBITAN ASET DIGITAL DI ANTARA TRW KELANTAN FC DAN pitchIN
Sepang 27 Januari 2023 Pemilik kelab TRW Kelantan FC, Encik Norizam bin Tukiman
telah melakar satu sejarah baharu hari ini apabila berjaya memeterai perjanjian
persefahaman bersama Pitch Platform Sdn. Bhd (‘pitchIN’) diwakili oleh Ketua Pegawai
Eksekutif, Encik Sam Shafie.
Pitch Platform Sdn. Bhd. telah berdaftar dan dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti
Malaysia (SC). Menerusi perjanjian persefahaman ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk
menerbitkan satu aset digital di bawah “the Initial Exchange Offering platform”.
Perjanjian persefahaman ini juga menjadi salah satu anjakan paradigma kepada industri
bola sepak tempatan menerusi penerokaan dan penerbitan aset digital.
Dalam menelusuri ke dunia penerbitan aset digital, usaha ini dilihat mampu
memperkasakan mutu dan keunggulan bola sepak di Malaysia. Usaha ini juga
seiring dengan perkembangan dan perancangan positif pasukan dibawah kendalian
Ketua Jurulatih TRW Kelantan FC, Choi Moon Sik.
Comments
Post a Comment