RESTORAN MAKANAN THAI ASLI TERKEMUKA DUNIA, TUMMOUR, DI BUKA DI MALAYSIA & DIRANCANG UNTUK BERKEMBANG SEHINGGA 50 BUAH CAWANGAN

 Kuala Lumpur, 9 Januari 2023 - Penduduk di Lembah Klang bakal menikmati juadah dari salah satu jenama terkemuka Thailand, TUMMOUR, yang baru tiba di Malaysia. Dengan lebih 150 buah cawangan di seluruh dunia, TUMMOUR bercadang untuk berkembang sehingga 50 buah cawangan di Malaysia dalam masa 3 tahun, bermula dengan pembukaan besar-besaran restoran pertamanya di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya, di mana menu mesra Muslim akan diperkenalkan buat kali pertama.


Sebagai sebuah jenama di bawah syarikat rangkaian restoran, Zen Corporation Group Public Company Limited, TUMMOUR menghidangkan juadah asli dari Timur Laut Thai (Isaan) di lebih 150 buah cawangan di seluruh dunia termasuk Thailand, Myanmar, Kemboja, Laos dan sebagainya. Ditubuhkan pada tahun 1989, jenama restoran terkemuka Thailand tersebut telah menambat hati para pelanggannya di seluruh dunia dengan juadah-juadah asli Thai yang lazat.


Beroperasi sejak 34 tahun yang lalu, restoran tersebut akan membawa para pelanggannya menjelajah dunia gastronomi di mana mereka akan disaji dengan perhiasan bertemakan alam semulajadi yang menggambarkan sawah padi di Thailand sambil disambut dengan kemesraan. Terkenal dengan masakan Thai yang tulen, para pelanggan boleh menikmati pelbagai juadah dengan rasa klasik dan beberapa hidangan luar dari kebiasaan yang pasti merangsang deria rasa. 







TUMMOUR menghidangkan menu-menu Thai kegemaran rakyat Malaysia seperti Salad Betik (Som Tum), Sup Udang Pedas (Tom Yum Koong) dan sebagainya. Para pelanggan bakal dihidangkan dengan pelbagai juadah daging, makanan laut, sup, salad, pencuci mulut dan banyak lagi dalam menu mesra Muslim TUMMOUR. 


Sebagai langkah pertama dalam pasaran Malaysia, Zen Corporation Group Public Company Limited bekerjasama dengan ThaiFeng Holdings SDN BHD untuk membuka 50 buah cawangan di seluruh Malaysia dalam 3 tahun akan datang yang bakal menjana ratusan peluang pekerjaan.


Tambahan lagi, kedua-dua syarikat tersebut bakal memupuk para usahawan tempatan untuk berkembang di seluruh negara dan meningkatkan kepakaran Malaysia dalam operasi runcit dan francais. Selain itu, ThaiFeng Holdings SDN BHD akan menerapkan juadah Thai bermusim yang mempunyai pengaruh Melayu dalam menunya bagi memenuhi citarasa rakyat Malaysia yang berbilang kaum.



Ketua Pegawai Eksekutif ThaiFeng Holdings SDN BHD, En. Liven Chong berkata, “Seperti yang kita maklum, Thailand merupakan syurga makanan yang digemari rakyat Malaysia.



Dengan pembukaan TUMMOUR di Empire Shopping Gallery, kami mampu membawanya lebih dekat lagi sambil menyediakan pengalaman budaya Thai kepada mereka yang ingin melancong ke sana. Dengan ini, kami berhasrat untuk memperhebatkan usaha dengan rancangan untuk membuka 50 buah cawangan baru dalam masa 3 tahun bagi memberi pengalaman tersebut kepada orang ramai di seluruh negara.”


Siruwat Chatchawan, Ketua Pegawai Komersil Zen Corporation Group Public Company Limited

berkata, “Saya amat teruja untuk menghubungkan Thailand dan Malaysia melalui TUMMOUR.

Membuka cawangan di Malaysia merupakan objektif utama kami dan kami amat berbangga dengan

pencapaian ini. Sambil kami berkembang ke Malaysia, saya ingin mengambil peluang ini untuk

menjemput penduduk  tempatan memanfaatkan pengalaman kami di dalam industri francais

antarabangsa bagi memperhebatkan industri makanan dan minuman di Malaysia. 





Mengenai TUMMOUR

Sejarah TUMMOUR adalah sejarah Makanan Thai Tulen yang telah sampai ke hati orang Thai dan orang asing selama lebih 34 tahun. Kerana minat dan pengalaman kami dalam penyediaan Makanan Thai, kami mempunyai cawangan yang tersebar di seluruh Thailand dan Antarabangsa sehingga hari ini dengan jumlah lebih daripada 150 unit. Rasa asli makanan Thai akan disajikan dalam setiap hidangan supaya semua orang tahu dan menghargainya.



Untuk maklumat lanjut, sila layari

https://www.facebook.com/tummourMY










Comments