OST COAST GUARD MALAYSIA: OPS HELANG


17  Januari 2023 YES Sir, lagu runut bunyi (OST) atau lagu tema filem aksi lasak patriotik Coast Guard Malaysia: Ops Helang (selepas ini Coast Guard) telah dilancarkan pada 17 Januari lalu di Stesen Udara Maritim Subang. Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana (M) Dato’ Mohd Zubil Mat Som.


Begitu pun, dalam kemeriahan, ceria menarik dan agak mendebarkan, tetapi pelancaran Yes Sir turut merasai kesedihan ketika mengenang pemergian pengarah Coast Guard, Allahyarham Pitt Hanif sehari selepas penggambaran selesai.


Dalam ucapan beliau, Dato’ Mohd Zubil menyatakan kesyukuran dan kegembiraan atas kejayaan menerbitkan Coast Guard. Beliau mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat menjayakan penerbitannya.


Seterusnya sudah pasti Mohd Zubil mengharapkan kejayaan Coast Guard mendapat sambutan hangat kerana kutipan RM yang tinggi menandakan jumlah penonton yang juga ramai. Jumlah penonton yang ramai bererti pesanan dan matlamat meluas sampai.


Sebelum itu, Arie Zaharie dari Arie Zaharie Production dalam ucapannya turut lega dan bersyukur Coast Guard akhirnya siap, dan menunggu hari tayangan umum di pawagam di seluruh negara, serta Singapura dan Brunei.


“Filem ini telah tertangguh lama, antaranya kerana penularan wabak pandemik COVID-19. Kini semua halangan dapat diatasi. Silalah beramai-ramai ke pawagam berhampiran anda, bermula pada 2 Februari nanti menonton filem ini,” ujar Arie penuh harapan.


Sementara itu, pelancaran Yes Sir disokong sepenuhnya oleh Union Coffee by Incite Foodtech yang menjadi penaja utama. Beberapa anggota komando Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dari APMM, Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut beraksi menyempurnakan gimik pelancaran.


Yes Sir yang diterbitkan oleh Cof Music, menampilkan penyanyi popular Zamani sebagai penyanyi utama dengan penampilan penyanyi rap Ariff Peter. Ariff sendiri menulis lirik Yes Sir bersama-sama Pown Hasril, Otromen dan Nass.


Berdurasi 3.02 minit, penyusunan muzik Yes Sir disiapkan oleh Pown Hasril dan Jack Jafni. Jack turut mengadun dan membuat master.




Memang menarik dan semestinya, Zamani dengan kondisi fizikal lebih baik selepas pembedahan, tampil mantap bersama-sama Ariff mendendangkan Yes Sir secara langsung.


Lirik Yes Sir diilhamkan khusus untuk Coast Guard yang membawa kisah kehidupan seorang pegawai STAR Team, APMM, iaitu Leftenan Maritim Hafiz (lakonan Saharul Ridzwan yang terpaksa menghadapi sekumpulan penjenayah di perairan negara apabila ahli keluarganya turut menjadi tebusan.


Coast Guard mendapat kerjasama penuh KDN, Kementerian Komunikasi dan Digital, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, serta APMM mengangkat operasi Ops Helang pasukan Maritim Malaysia.


Kerjasama ini semata-mata untuk memastikan penonton dapat melihat sendiri kenyataan bagaimana APMM sebagai sebuah badan pengawal pantai negara yang menjalankan tanggungjawab memelihara keselamatan, dan keamanan Zon Maritim Malaysia.


Lirik lagu "Yes Sir"


jangan dicabar bila dah berbudi,

lautan sunyi pun boleh berbunyi,

(korus)

Yes Sir,

hidup kena steady,

apa-apa jadi, hidup ini kena ready,

Yes Sir,

lawan sampai mati,

dah habis senjata, masih ada tangan kaki,

Yes Sir,

hidup kena steady,

apa-apa jadi, hidup ini kena ready,

Yes Sir,

lawan sampai mati,

dah habis senjata, masih ada tangan kaki,

salut,

panggilan perang aku sahut,

roger dalam radar mana-mana area laut,

hidup berpantang ajal sebelum jumpa

maut,

jadi kau boleh tengok siapa karam, siapa

hanyut,

ini amaran,

kita masih aman asal tak langgar

sempadan,

selagi ku bernyawa tak bagi siapa tawan,

tak peduli berapa kuatnya pihak lawan,

kalau perlu ku lawan,

(pra korus)

ku tak peduli, apa yang menanti,

selagi kaki berpijak di bumi,

jangan dicabar bila dah berbudi,

lautan sunyi pun boleh berbunyi,

(korus)

Yes Sir,

hidup kena steady,

apa-apa jadi, hidup ini kena ready,

Yes Sir,

lawan sampai mati,

dah habis senjata, masih ada tangan kaki,

Yes Sir,

hidup kena steady,

apa-apa jadi, hidup ini kena ready,

Yes Sir,

lawan sampai mati,

dah habis senjata, masih ada tangan kaki,


Trailer Filem Coast Guard 


Semoga Filem Berjaya dan Mendapat Tempat di hati Rakyat



Comments