SUNGAI BULOH, 10 November 2022 – Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) komited
meneruskan inisiatif membantu pelajar terdiri daripada golongan asnaf dan keluarga yang
kurang berkemampuan (B40), dengan pemeriksaan mata serta pemberian cermin mata
percuma menerusi kerjasama bersama Bolton Optical Group Sdn. Bhd sempena Jelajah
Pendidikan Keluarga Malaysia yang memanfaatkan kira-kira 869 pelajar. Turut diadakan
sesi perkongsian ilmu oleh Puan Nori Tun Abdullah (Pengerusi Yayasan Budi Penyayang
Malaysia) bersama ibu bapa dan pelajar Pendidikan khas Sekolah Kebangsaan Sungai
Buloh dan penyerahan sumbangan bantuan wang tunai kepada ibu bapa pelajar serta
penyerahan bantuan kelengkapan pembelajaran kepada seramai 110 pelajar Pendidikan
khas yang terdiri daripada kategori seperti masalah pembelajaran, autism, sindrom down
dan disleksia. Program Kami PRIHATIN ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd
Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN di Sekolah Kebangsaan Sungai
Buloh.
Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) 2022 ini juga merupakan inisiatif & projek
khas YAB Perdana Menteri dalam membuka peluang kepada akses pendidikan tinggi
negara kepada seluruh masyarakat terutama penduduk di kawasan pedalaman ataupun
luar bandar. Sekretariat JPKM akan menjelajah ke seluruh negara bagi Mencari,
Mengenal dan Membantu pelajar yang merupakan anak-anak Keluarga Malaysia yang
kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan dari segi kewangan di seluruh negara.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali, “Saya amat
berbesar hati dan bangga melihat usaha sekolah ini dalam membantu anak-anak
istimewa atau lebih dikenali sebagai pendidikan khas mendapatkan pendidikan yang
sewajarnya dengan semangat jitu para guru. Saya dimaklumkan bahawa SK Sungai
Buloh ini merupakan sekolah yang mempunyai pelajar Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI) yang teramai di Selangor. Namun begitu, bantuan serta sumbangan
yang diterima bagi melestarikan pembangunan PPKI di SK Sungai Buloh masih kurang
dan ini amat mendukacitakan hati nurani saya. Selaku NGO yang bergiat aktif dalam
memperjuangkan pendidikan di Malaysia, saya berasa terpanggil untuk menyeru syarikat
korporat, agensi-agensi kerajaan dan NGO-NGO di seluruh pelusuk tanah air untuk turut
serta menyumbang dalam pembangunan PPKI.”, ujar beliau.
Turut Memberi ucapan adalah Pengetua SK Sungai Buloh, Beliau berpuashati dengan sumbangan yang diberikan untuk pelajar mampu memberi motivasi untuk pelajar yang susah dan memerlukan .Disamping memberi kecemerlangan bagi pelajar tersebut .
Puan Nori juga menceritakan beberapa perkara mengenai anak Autism ini , Beliau juga menjaga anak autism beliau amat memahami tentang perkara ini. Beliau menyarankan kita supaya memberi kasih sayang sepenuhnya dan membantu mengurangkan beban mereka, Anak autism ini amat memerlukan perhatian dan bantuan dari kita semua. Supaya mereka dapat bersama dengan kita menjalani hidup yang lebih baik dan bahagia.




Datuk Aizudin juga turut memberi sumbangan berupa Beg Sekolah dan Peralatan sekolah kepada kesemua pelajar pelajar di PPKI SK Sungai Buloh ini yang amat diperlukan.
PRIHATIN melihat program kali ini mampu membantu dan mengurangkan beban anak-
anak Sungai Buloh sekaligus mengurangkan beban ibubapa untuk membuat kaca mata
dalam memudahkan proses pembelajaran dalam kalangan pelajar-pelajar dan
memperkasakan pendidikan dengan pemberian bantuan kelengkapan pembelajaran bagi
pelajar pendidikan khas serta bantuan wang tunai menerusi JPKM yang diilhamkan oleh
YAB Perdana Menteri.
Comments
Post a Comment