Kuala Lumpur, 30 Oktober 2022 - Dalam ucapan alu-aluannya,
Presiden Karyawan, Dato’ Freddie Fernandez menegaskan penganjuran FSIKL ini
telah lama menjadi impian Karyawan, dan beliau amat gembira kerana ia menjadi
kenyataan.
Turut menghadiri majlis perasmian FSIKL2022 termasuklah
wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, wakil Persatuan OKU Sentral, dan wakil KL
Gateway, serta beberapa ahli jawatankuasa Karyawan termasuk pelakon terkenal
Radhi Khalid, dan penyanyi veteran Rozita Rohaizad.
Majlis berkenaan juga diserikan dengan persembahan gendang
Deafbeat oleh sekumpulan OKU cacat pendengaran. Sebelum itu, hadirin dihiburkan
oleh nyanyian lagu-lagu popular daripada beberapa kumpulan OKU cacat
penglihatan, dan persembahan silap mata. Terdapat pelbagai aktiviti menarik
dijalankan dan hadiah menanti peserta.
Pada sebelah malam pula akan diadakan konsert istimewa yang
menampilkan bakat-bakat seni suara istimewa terkenal seperti Caliph Buskers,
dan Bad Indigo. Antara artis popular/otai lain yang turut menjayakan FSIKL2022
termasuklah Zaiton Sameon, Azmir Arif dan Moq, Yusni Hamid, selain Radhi, dan
Rozita.
Antaranya termasuklah pertandingan seperti Idola Istimewa,
kugiran istimewa, memasak, melukis dan sukan ringan secara percuma untuk semua
OKU dari semua kategori, iaitu penglihatan, pendengaran, pertuturan, anggota dan
autism, serta puluhan reruai pameran berkaitan dengan komuniti berkenaan.
Kemampuan dan kesungguhan golongan orang kelainan upaya
(saya lebih suka menggunakan istilah ini berbanding orang kurang upaya (OKU),
atau dalam konteks nama program, insan istimewa – boleh diringkaskan menjadi
2I/Dua I), dan bersaing dengan orang normal/lengkap fizikal/mental.
Mereka boleh berniaga – barangan dan memberikan
perkhidmatan, malah menghiburkan di pentas dengan bakat menyanyi, dan bermain
alat muzik moden/tradisional.
FSIKL2022, anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan)
yang berlangsung di Gerbang Kerinchi Lestari, Gateway Mall, Kuala Lumpur
merupakan program kali pertama melibatkan golongan OKU daripada pelbagai
bidang.
Bermula dari jam 10 pagi sehingga 9 malam, perasmian
FSIKL2022 disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara
(JKKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Puan Hidayatul ‘Ein Mohamad Azmi, yang
mewakili Ketua Pengarah JKKN, Tuan Haji Mesran Mohd Yusop.
Meskipun FSIKL2022 yang turut mendapat kerjasama beberapa
agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Yayasan Wilayah Persekutuan, dan
pihak swasta ini adalah kesinambungan bagi program-program yang pernah
dianjurkan oleh Persatuan OKU Sentral selama beberapa tahun lalu, tetapi ia amat
bererti kepada Karyawan. Pengarah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Puan Hidayatul menyempurnakan pelancaran yang diadakan itu.

FSIKL2022 memfokuskan acara seni budaya seperti persembahan
dan pertandingan, serta ruang pameran hasil karya seni yang dihasilkan oleh
OKU.
Tambah Freddie yang juga komposer dan penyanyi lagu popular
Namun Ku Punya Hati bersama-sama kumpulan Revolvers - lagu ikonik bagi OKU -,
inisiatif FSIKL tercetus apabila beberapa ahli Biro OKU Karyawan yang
dianggotai lebih 100 individu menyarankan agar diadakan sebuah acara seni
khusus terhadap mereka.
Tidak dinafikan, seperti yang kita dapat lihat, kebanyakan
OKU, terutamanya yang cacat penglihatan, menjadikan kerjaya sebagai buskers
untuk menyara kehidupan harian mereka.
Kesimpulannya acara ini amat penting diadakan setiap waktu untuk membantu Insan
Istimewa ini serta dapat memupuk semnagat oarang ramai untuk menghargai insan
istimewa ini ada di sekeliling anda. Ia juga dapat mengalakkan masyarakat untuk lebih
cinta dan menyayangi mereka serta mengambil berat kehidupan mereka. Kesedaran ini
amat penting dalam sesbuah negara untuk kita sama sama menikmatinya samarata.
Semoga acara ini dapat memberi manfaat yang berguna untuk semua .
Comments
Post a Comment