KEDAI KONSEP CHAGEE EXPRESS YANG SERBA BAHARU MENAMPILKAN TEKNOLOGI INOVATIF A.I. & JENTERA BAGI MEMAKSIMUMKAN KECEKAPAN DALAM PERSEKITARAN SERBA PANTAS
KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2022 - Jenama minuman teh premium Malaysia, CHAGEE
melancarkan kedai konsep terbarunya, CHAGEE Express di The Sphere, Bangsar South.
Pelancaran CHAGEE Express ini memberikan pengalaman meminum teh yang baru
kepada pelanggannya dalam persekitaran serba pantas yang selari dengan slogannya
“Premium Tea On The Go”.
Demi memperkenalkan kemudahan dan kecekapan pada tahap yang baru untuk
memenuhi keperluan pelanggan, kedai konsep serba baharu ini menyediakan minuman teh
eksklusifnya kepada para pelanggan yang sibuk dengan kerja dan mengamalkan gaya hidup
serba pantas. Lantas, kedai konsep CHAGEE Express direka khusus untuk memberi
perkhidmatan dalam waktu yang singkat.
Para pelanggan di CHAGEE Express dapat membeli dan mendapatkan minuman kegemaran
mereka dengan lebih pantas tanpa menjejaskan kualiti dan standard. Kemampuan ini
dicapai melalui usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam teknologi termasuk
jentera moden dan kecerdasan buatan (A.I.). Di antara teknologi terbaru yang diperoleh
CHAGEE ialah Mesin Penghasilan Separa Automatik yang membantu mempercepatkan
proses pembuatan minuman oleh para pekerja.
Teknologi baru di CHAGEE Express turut membantu meminimumkan ralat dan
memaksimumkan kecekapan semasa proses penyediaan di mana tempoh menyediakan
minuman disingkatkan. Demi memastikan perkhidmatan yang pantas, CHAGEE Express
hanya menawarkan tiga kategori minuman utamanya iaitu teh susu segar, teh tulen
premium dan siri minuman sejuk. Siri-siri minuman lain yang memerlukan masa yang
lama untuk disediakan tidak disajikan. Kedai konsep ini turut memfokuskan untuk
beroperasi di lokasi-lokasi yang sibuk seperti pusat perniagaan, stesen transit
pengangkutan awam dan sesetengah pusat membeli-belah, di mana ianya memberi
manfaat kepada para pelanggannya di kawasan terbabit. Objektif utama CHAGEE
Express adalah untuk memudahkan mereka yang sibuk untuk mendapatkan minuman teh
kegemaran mereka pada bila-bila masa.
Ketua Pegawai Eksekutif CHAGEE Malaysia, En. Jack Chong berkata, “Kami sentiasa
menjalankan inisiatif R&D untuk mengadaptasi teknologi baru ke dalam proses semasa
dalam meningkatkan inovasi terbaru seperti kedai CHAGEE Express. Kami memberi
penumpuan tambahan kepada asas pembuatan minuman teh, dari proses penyediaan
sehinggalah pembancuhan, termasuk langkah-langkah penting yang lain demi memastikan
kemampuan kami memberi perkhidmatan yang pantas dalam menyediakan minuman
berkualiti tinggi. Di CHAGEE, kami sentiasa berkembang maju untuk mengekalkan
pengalaman meminum teh yang disukai para pelanggan, dan saya akan terus mengamalkan
lebih banyak inisiatif inovasi pada masa akan datang untuk meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan kepada para peminat kami.”. Para peminat CHAGEE boleh mengunjungi
lebih banyak cawangan CHAGEE Express pada tahun ini termasuk:
Intermark Mall, Kuala Lumpur
The Curve, Petaling Jaya
Main Place Mall, Subang Jaya
MyTOWN, Kuala Lumpur
Paradigm Mall, Petaling Jaya
JB City Square, Johor Bahru
Comments
Post a Comment