Forum Antara Cantik Dengan Bakat Dimana Bidang Lakonan yang Berkualiti Bersama FINAS & "WHAM"

 UKM ,Kajang 14 November 2022 bersama-sama FINAS, WHAM menganjurkan forum berkenaan Antara Cantik dengan Bakat di Dewan Perdana Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru baru ini. Ia adalah julung kali diadakan dengan rata rata ramai pelajar dalam bidang Maskom datang untuk bersama dalam acara tersebut.


Apa yang menarik Forum tersebut telah dihadiri oleh Tokoh Pelakon dan Pengarah Filem terkenal. Antaranya Datuk Yusof Haslam ,  Dato A Aida ,  Hariz Hamdan, dan Sharifah Rose , Serta yang paling utama hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim. Difahamkan, penganjuran forum tersebut juga bertujuan menyemarakkan Festival Filem Malaysia ke-32 yang bakal berlangsung pada 2 Disember 2022 depan di Melaka.


Ternyata sangkaan saya tepat setelah mendengar ucapan alu-aluan Presiden WHAM, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin yang tidak mahu persengketaan, seperti saman-menyaman berlaku antara penggiat seni tanah air atas perkara yang boleh diselesaikan dengan baik.

 

Turut hadir dan menyampaikan ucapan ialah Pengerusi FINAS, Senator Datuk Seri Hajah Zurainah Musa; Ketua Kluster Kajian Komunikasi Media (MENTION), FSSK, UKM, Dr Ammar Redza Ahmad Rizal; dan Dato’ A Aida sendiri.

 

Selain Prof Dr Md Nasir yang bercerita mengenai FINAS, dan tajuk yang tertera, jawapan dan/atau pendapat Datuk Yusof, Noor Kumalasari, serta Hariz dan Sharifah terhadap soalan-soalan Fahrin ‘mengambil jalan tengah’, iaitu tidak menyanggah atau menerima sepenuhnya cetusan Aida.


Kemudian Forum tersebut dimulakan dengan menampilkan , pelakon dan perantara televisyen terkenal tanah air, Fahrin Ahmad, disamping tetamu khas Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim; pengarah, penerbit dan pelakon veteran, Datuk Yusof Haslam; serta pelakon legenda Noor Kumalasari, bersama-sama pelakon baharu Hariz Hamdan, dan Sharifah Rose sebagai ahli panel. Kebanyakkan pelajar teruja dengan forum tersebut kerana mereka dapat bertemu sua serta bertanyakan soalan mengenai industri filem negara. 



Didalam ucapan Dr Md Nasir tidak menafikan fitrah manusia sejak dahulu lagi yang suka/mahu pada kecantikan. Demikian juga, tambahnya apabila menonton filem dan drama televisyen.

 

Walau bagaimanapun, bakat dan kebolehan juga perlu di samping sikap yang baik sebagai pelakon,” tegas Nasir yang menyukai Fasha Sandha dalam aspek ini.



 

Yusof menyentuh filem-filem arahannya yang ‘pecah panggung’, iaitu Sembilu pada 1994 (meraih RM4.2 juta), dan Sembilu II (1995/RM6.10 juta), serta sebelum itu, Bayangan Maut (1991/RM1.1 juta).


Beliau tidak muktamad membuat pilihan atau mengutamakan sama ada cantik/kacak atau bakat/kebolehan. Baginya, kedua-dua aspek tersebut subjektif.

 

“Saya tidak mengabaikan bakat apabila mengambil Noor Kumalasari yang sedang popular sebagai model, dan juga kerana ketinggiannya untuk Bayangan Maut, filem pertama arahan saya. Saya cenderung memilih pelakon yang tinggi, termasuklah Erra Fazira untuk kedua-dua Sembilu,” jelas Yusof yang melihat pelakon dengan ‘mata kamera’ menerusi bantuan isterinya sebagai ‘penasihat khas’.


Datuk Yusof menceritakan , isterinya yang mencadangkan Erra dan seorang lagi penyanyi popular, Ziana Zain untuk mendampingi (Dato’) Awie, antara penyanyi terkenal tanah air ketika itu.

 

“Kawan-kawan saya menggesa saya agar menghasilkan filem yang lari daripada kebiasaan filem Melayu. Tapi, saya tak dapat memenuhi permintaan mereka demi survival sebagai penerbit,” jelasnya lagi yang mendedahkan Sofea Jane pernah menjadi pilihan pertama untuk Sembilu, tetapi pelakon jelita itu menolak kerana mahu terus mencuba watak mencabar selepas Perempuan, Isteri Dan ….? (1993).

 

Datuk Yusof , beliau amat menghargai dan memandang tinggi bakat apabila menyebut Seniman Agung Alahyarham Tan Sri P Ramlee, dan Allahyarham Azean Irdawaty di Malaysia, serta mendiang Charles Bronson di Hollywood yang menjadi idola walaupun kurang tampan/jelita.



Noor Kumalasari menceritakan beliau menjalani uji bakat sebelum berlakon kali pertama, walaupun kenalan baik ibu bapanya, Allahyarham Aimi Jarr mengesyorkan langkahan ke dunia lakonan.

 

“Saya menghadiri sesi itu sambil sedikit-sebanyak meminta tunjuk ajar daripada ibu dan bapa, dan terus berusaha sendiri,” katanya yang tidak mahu naik disebabkan oleh bapa, Allahyarham Dato’ S Roomai Noor, dan ibu, Allahyarham Datin Umi Kalthum.

 

Noor yang juga dikenali sebagai penyanyi menerusi lagu-lagu seperti Usah Tergila Pandang PertamaSelamat Pagi SayangMataHati Seorang KekasihAku Di Sini, dan Lagu Dari Kamar, mengaku berlakon adalah kerja sukar.

 

Mengenai isu yang dibincangkan, Noor berpendapat kecantikan/kekacakan tidak memadai sekadar luaran, tetapi perlu juga dalaman. Kata beliau, jika dalaman cantik, luaran akan kelihatan sedemikian meskipun wajah sebaliknya.


Sharifah Rose yang memang cantik jelita pula tahu dirinya dikatakan sebagai ‘pelakon kayu’ pada awal kemunculan dalam drama televisyen.

 

Namun demikian, kritikan pedas itu tidak mematahkan semangatnya kerana sedar dirinya memang tiada ilmu, dan pengalaman berlakon.

 

“Saya menganggap itu sebagai pembakar semangat untuk berjaya. Saya tak peduli, sebaliknya ‘tebalkan muka’ belajar dengan para pelakon lama dan berpengalaman,” jelas Sharifah yang tidak menyangka ditawarkan berlakon, dan setelah menceburinya menganggap ia kerja sukar.



Hariz juga tidak pernah terfikir akan muncul sebagai pelakon, walaupun mengakui memang meminati filem, dan kerana itu ‘berani’ menyertai pertandingan Hero Remaja.

 

Saya tak peduli orang kata saya kacak atau sebaliknya. Saya lebih percaya pada bakat, kerana dengannya, seseorang pelakon boleh pergi jauh. Rupa paras tak kekal. Pelakon ialah pelakon. Begitu juga kalau penyanyi,” tegas Hariz.



Sementara itu, dalam ucapan beliau, Dr Ammar Redza mengharapkan para pelajarnya dapat memanfaatkan perbincangan dalam forum berkenaan dengan sebaik-baiknya sebagai bekalan setelah tamat pengajian nanti.



Datuk Seri Hajah Zurainah pula yang sentiasa tegas dalam ucapan beliau, menyatakan FINAS sentiasa menyokong usaha untuk memajukan perfileman tanah air.

 

Justeru, beliau memuji usaha penganjuran forum ini walaupun tercetus daripada kontroversi, dan juga mahu para pelajar MENTION mengambil seberapa banyak masukan berguna daripadanya.


Para Pelajar serta tetamu yang hadir turut sama bergambar beramai ramai di dewan forum ini. 



Selepas tamat Forum sesi media diadakan di dalam satu bilik "meting" . Didalam wawancara di sidang media Dr Md Nasir banyak menjawab soalan berkenaan cukai yang dikenakan kepada penggiat hiburan. Dimana sejak kemunculan Filem Mat Kilau ia menjadi penanda aras untuk cukai dikurangkan. Serta ditetapkan dengan kadar yang teratus . Beliau juga berharap Pihak kerajaan negeri mengambil peluang untuk menyokong usaha hiburan dan berfileman ini. Kerana ia dapat memberi pulangan yang baik juga kepada kerajaan negeri. Disamping meningkatkan potensi filem dan hiburan di dalam negara untuk lebih bersaing di pasaran antarabangsa. 

Kesimpulannya Forum antara Cantik dengan Bakat yang diadakan di UKM ini. Telah mencetuskan minat pelajar untuk menceburi bidang lakonan ini. Ia juga memudahkan pihak produksi filem serta pencari bakat baru untuk kerap turun di universiti di malaysia supaya kita dapat mencari pelapis dan bakat baru rata rata banyak di dalam negara kita. Kerjasama dengan pihak universiti juga dapat meningkatkan lagi industri berfileman ini sentiasa hidup dan berterusan . Orang muda juga berpeluang untuk menceburi dalam bidang berfileman ini kerana pada masa ini ia menghasilkan banyak peluang kerjaya seseorang. Selepas Fenomena Mat Kilau. Semoga usaha ini dapat diteruskan supaya dapat mengubah perspektif masyarakat tentang industri ini mampu untuk lebih maju kehadapan. 





 



Comments