PETALING JAYA, 26 NOVEMBER 2022 - Chef Selebriti
Malaysia, Datuk Dr. Chef Wan dinamakan sebagai Duta Jenama Jongga dan Nongshim
Farmer’s Heart di Festival Kimchi Malaysia yang pertama, dianjurkan oleh K PLUS
Food Market, bertempat di The Curve, Mutiara Damansara. Chef terkenal tersebut
berasa bangga kerana diiktiraf oleh Seoul Kimchi Academy sebagai pakar kimchi
setelah menjalani Latihan intensif di Korea Selatan.
Acara ini telah selesai dan berjaya dirasmikan . Dengan Kehadiran pengamal Media dan individu yang terpilih dalam anjuran yang diadakan baru baru ini. Suasana begitu meriah dengan ucapan oleh Datuk Dr Chef Wan menghiburkan semua yang berada disini .
Jongga dan Nongshim Farmer’s Heart merupakan dua
jenama terkenal dari Korea Selatan dandiperkenalkan di Malaysia oleh KMT Jaya
Sdn. Bhd., pengedar ekslusif jenama-jenama Korea. Datuk Dr. Chef Wan dilantik
sebagai Duta Jenama selama 1 tahun bagi mempromosi jenama-jenama ini untuk meningkatkan
kesedaran rakyat Malaysia sambil mengukuhkan peranan Kimchi sebagai makanan sampingan,
baik untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam. Jenama ini ada dijual di 1KPlus The Curve, Damansara dengan harga yang murah sempena festival ni .

Datuk Dr. Chef Wan juga dianugerahkan sijil dari Seoul
Kimchi Academy setelah menjalani Kursus Pakar Pembuat Kimchi di Seoul, Korea
Selatan. Sejak menjadi pakar Kimchi, beliau pulang ke tanah air dan memperkenalkan
hidangan ‘fusion’ seperti Mee Goreng Kimchi kepada rakyat Malaysia. Tugas
pertama beliau sebagai Duta untuk Jongga dan Nongshim Farmer’s Heart adalah
dengan mempersembahkan demonstrasi kemahiran pembuatan Kimchi beliau dengan
menyediakan Kimchi tradisi, penkek Kimchi dan Mee Goreng Kimchi.



Datuk Dr. Chef Wan berkata, “Saya berasa gembira kerana
diberi peluang untuk mewakili Jongga danNongshim Farmer’s Heart sebagai Duta
Jenama. Ramai orang tidak tahu, Kimchi boleh diintegrasi dengan pelbagai
juadah-juadah tempatan dan antarabangsa. Selepas belajar cara pembuatan Kimchi
secara profesional, ianya mula mengubah persepsi saya dan saya mula menghargai
makanan tradisi Korea secara mendalam. Saya turut bereksperimen dan menggabungkan
Kimchi dengan pelbagai juadah. Dengan itu, saya ingin berkongsi minat saya
terhadap Kimchi dengan rakyat Malaysia, supaya mereka boleh mengalami Kimchi
seperti saya.”



Festival Kimchi ini dilangsungkan di bahagian luar premis K
PLUS Food Market dan dibuka kepada orang ramai dengan menampilkan pelbagai
jenis Kimchi, termasuk bahan-bahan untuk membuatnya yang diimport dari Korea.
Pelbagai aktiviti dijalankan seperti permainan tradisional Korea, pertandingan makan
makanan Korea dan sebagainya bagi menyambut semangat tradisi pembuatan Kimchi.
Turut dianjurkan kelas-kelas masakan oleh chef dari Korea untuk mendidik orang
ramai tentang penyediaan Kimchi yang terhad kepada 40 orang peserta,
berlangsung pada hari pertama dan terakhir Festival Kimchi.


Pengerusi dan Pengasas KMT Jaya Sdn. Bhd., Datuk Matthew Lee
berkata, “Ini merupakan waktu yang tepat kepada rakyat Malaysia untuk
memanfaatkan Kimchi dalam diet seharian. Kimchi merupakan makanan yang kaya
dengan khasiat, mengandungi probiotik dan mampu menguatkan sistem imunisasi seseorang.
Jadi, saya syorkan semua orang untuk mencubanya. Tiada yang lebih sesuai dari
Datuk Dr. Chef Wan untuk menjadi Duta kepada jenama Jongga dan Nongshim
Farmer’s Heart, yang memiliki ilmu pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam
industri makanan. Kami percaya seluruh rakyat Malaysia boleh menghargai dan
menikmati kimchi dengan juadah tempatan melalui duta jenama kami.”
Festival Kimchi berlangsung dari 20 hingga 27 November 2022
dan semua pengunjung dapat menemui tradisi Korea melalui pengalaman budaya
secara dekat.
Untuk maklumat lanjut, sila layari :
https:// kplus.my/ atau
https://www.facebook.com/kplusfoodmarket/
Mengenai Kumpulan KMT
Dimulakan oleh pengasas Korea dan Pengerusi Kumpulan, Datuk
Matthew Lee pada tahun 1994, KMT Group ialah sebuah pengedar produk pengguna
Korea, yang telah mempelbagaikan perniagaannya kepada makanan dan minuman,
kecantikan, kediaman, runcit, hospitaliti dan penjagaan kesihatan.
untuk maklumat lanjut anda boleh layari
http://kmt.com.my/
Comments
Post a Comment