Mek Yun Gadis Cino-Kelate Ini Wajar Jadi Contoh kepada yang lain Ikon Perpaduan Malaysia
13 November 2022 Kelantan Mek Yun atau dikenali dengan nama sebenar Wee Yun Nee, 25 tahun merupakan graduan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik. Beliau adalah anak jati kelantan walaupun merupakan bangsa cina yang tinggal di kelantan . Beliau Petah bercakap dalam longat kelantan. Tidak lupakan asal kenegeriannya . Ia adalah contoh perpaduan yang ada di dalam Malaysia dapat bergaul dengan pelbagai bangsa di Malaysia .
Beliau juga antara influncer yang famous di instagram dan tik tok dimana kebanyakkan video yang beliau buat diminati oleh pelbagai kaum di malaysia. Kebanyakkan video beliau di media sosial lebih mengutamakan bercakap dalam bahasa Melayu longat kelantan . Dengan cara beliau itu telah menarik ramai peminat untuk mengenali beliau. Keunikkan beliau menyebabkan ramai ingin mengenali Mek Yun. Ini juga adalah sebagai pembakar semnagat untuk beliau lebih maju kehadapan dan gembira dengan apa yang beliau perolehi dapat mendekati ramai orang melalui paltform Media Sosia. Beliau berharap masyarakat di malaysia dapat bersama menerima kepelbagaian bangsa dan budaya yang ada di malaysia ini untuk lebih menghargai dan berkawan dengan semua .
Gadis cantik yang lahir dari kaum cina ini tidak melupakan budaya kepelbagaian kaum di Malysia . Beliau juga lebih senang memakai baju kurung melayu dimana beliau melihat ia satu pakaian yang unik dan sopan.
Beliau adalah seorang pelajar merupakan graduan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Dimana pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berbesar hati memaparkan wajahnya di papan iklan gergasi di pintu masuk Universiti itu, Ia adalah sebagai penghormatran pihak universiti di mana beliau merupakan graduan Cemerlang kelas pertama dan juga penerima Anugerah
Naib Canselor di peringkat pengajian diploma dan ijazah sarjana muda, selain
penerima Anugerah Projek Sarjana Muda Terbaik pada peringkat ijazah sarjana
muda. Beliau juga sebagai ikon perpaduan di universiti beliau .
Antara Video You Tube Beliau Mek Yun yang megambarkan perpaduan kaum di Malaysia
Kredit terima kasih kepada Sumber Berita
Comments
Post a Comment