Sambutan Hari Wanita 2022 anjuran Yayasan Ihsan Rakyat dan My Infaqihsan

 

Datuk Hajah Rozzana Dato Haji Rahmat, pengasas Yayasan Ihsan Rakyat dan My#infaqihsan  telah menganjurkan Sambutan Hari Wanita 2022 bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Acara ini diadakan dengan kerjasama TV Alhijrah dan bertemakan “Mencari Keberkatan Ilmu Wanita Dambaan Syurga”.

Pelbagai pengisian menarik diadakan pada sambutan Hari Wanita ini antaranya ialah tazkirah oleh Ustazah Muzayyanah Abdullah, penyampaian Anugerah Tokoh Wanita kepada para penceramah terkenal, sesi motivasi bersama Ustaz Fazrul Fahmee Ismail serta bacaan Al-Quran oleh Ustaz Tarmidzi Abd Rahman dan Ustaz Husaini Mahmur.








Juga diadakan sesi tazkirah busking bersama Ustaz Izmir Fareez dan terapi penyucian jiwa bersama Ustazah Huda Edayu Hamdah.


Antara penerima Anugerah Tokoh Wanita ialah :-

 

KATEGORI 1 : TOKOH WANITA DAIE MUKMINAT UMMAH 2022

 

  1. Ustazah Hjh Muzayyanah binti Abdullah
  2. Ustazah Datuk Dr. Norhafizah binti Musa
  3. YBHG Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati binti Syed Ismail
  4. Ustazah Prof. Dr. Nik Salida Suhaila binti Nik Saleh
  5. Ustazah Asma binti Harun
  6. Ustazah Isfadiah binti Mohd Dasuki
  7. Ustazan Hjh Sharifah Khasif Fadzillah binti Syed Mohd Badiuzzaman Al-Yahya
  8. Ustazah Prof. Dr. Muhaya binti Mohamad

 

KATEGORI 2 :  TOKOH WANITA DAIE INFLUENCER UMMAH 2022

 

  1. Ustazah Siti Aisyah binti Baa’in
  2. Puan Nurdiyana binti Amir Hashim (Diana Amir)
  3. Ustazah Nur Nadhrah Mohamed Yunos
  4. Puan Farrah Adeeba binti Mohamed Ashraff
  5. Ustazah Huda Edayu (Rumah Mengaji Selangor)
  6. Y. BHG Datin Seri Heliza binti Helmi





Ucapan Datuk Rozanna Rahmat

Comments