LKE HYDROPONIC FARM PENERAJU CONTOH AGRIKULTUR MODEN & AMALAN INOVASI HIJAU MENINGKATKAN POTENSI PERTANIAN NEGARA
KUALA LUMPUR, 23 Mac 2022 – LKE Group Sdn. Bhd. melancarkan perasmian LKE Hydroponic Farmsebagai kebun pelancongan eko yang pertama di Bentong yang memanfaatkan sistem hidroponik secara efektif untuk penghasilan tanaman segar demi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara serta menetapkan penanda aras kepada pemain-pemain industri seluruh negara dalam Amalan Inovasi Hijau.
Perasmian ini turut disaksikan oleh Timbalan Pengarah Kanan Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Pn. Rosnah Mustafah.
Ditubuhkan sebagai sebuah fasiliti persendirian sejak 3
tahun lalu, LKE Hydroponic Farm yang seluas 1.5 ekar merupakan sebahagian
daripada 200 ekar yang dimiliki oleh LKE Group Sdn. Bhd. termasuk LKE Musang
Queen, LKE Hydroponic Farm, LKE Bio Ginger Farm, LKE Swiflet Farming, LKE Palm
Oil Plantation dan LKE Natural Rubber.
Kebun hidroponik ini menggunakan teknik penanaman tanpa
tanah untuk menghasilkan tanaman dengan kaedah yang lebih mesra alam. Sistem
hidroponik menggunakan air sebagai asas untuk bercucuk tanam, namun ianya
menggunakan kurang dari 80 – 90 peratus air berbanding dengan kaedah penanaman
tradisional. Ia menghasilkan tanaman yang lebih sihat dan berkhasiat dengan
penggunaan racun serangga yang minimum. Ini dapat dicapai dengan membekalkan
nutrien yang secukupnya melalui kawalan suplemen di dalam air yang digunakan.
Bercucuk tanam di dalam persekitaran yang terkawal di mana
suhu dan kelembapan dipantau secara berkala, penuaian tidak lagi bergantung
kepada musim menuai, membolehkan tanaman-tanaman bermusim ditanam sepanjang
tahun. Teknik penanaman hidroponik juga membolehkan kepadatan tanaman yang
lebih tinggi disebabkan ruang akar yang lebih luas, tidak dihadkan oleh tanah
dan tanaman tidak perlu bersaing untuk air. Selain itu, tanaman yang ditanam
dengan kaedah ini juga mampu mencapai kadar pertumbuhan yang lebih tinggi,
iaitu dua kali ganda berbanding dengan kaedah tradisional. Maka, potensi hasil
dapat ditingkatkan, membolehkan para pengusaha tanaman menghasilkan tanaman
dalam kuantiti yang lebih besar sepanjang tahun, sambil menjaga integriti
ekologi tanah.
Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan LKE Group Sdn. Bhd.,
En. Jeremy Chin berkata, “Walaupun kami mengalami kesukaran semasa peringkat
awal akibat pandemik, kini kami bersedia untuk menjemput para pengunjung dari
seluruh dunia apabila Malaysia membuka pintu sempadan nanti. Kerja-kerja yang
kami jalankan di sini adalah penting untuk pertumbuhan industri pertanian di
Malaysia, juga untuk ekosistem bumi. Jadi, kami berharap dapat memberi
inspirasi kepada pemain-pemain industri untuk menggunakan amalan-amalan
inovatif yang mampu meningkatkan kecekapan dan produktiviti untuk hasil yang
lebih baik, berdasarkan pendekatan saintifik. Dengan itu, ekonomi Malaysia akan
berkembang secara signifikan dan kita lebih dekat untuk memenuhi Matlamat
Pembangunan Mampan menjelang 2030.”.
LKE Hydroponic Farm juga menjadi tarikan ekopelancongan yang
sesuai kepada pelancong tempatan dan antarabangsa untuk menikmati pengalaman
pertanian masa depan dan mendidik kanak-kanak tentang amalan-amalan kelestarian
untuk menjaga Bumi. Para pengunjung akan membuat lawatan di seluruh fasiliti
sambil dibawa oleh atendan yang terlatih, supaya maklumat-maklumat tentang
sistem hidroponik dapat disampaikan secara menyeluruh. Selain itu, para
pengunjung juga dapat menikmati pelbagai hidangan istimewa yang disediakan
daripada hasil tanaman kebun tersebut.
Timbalan Pengarah Kanan Lembaga Penggalakkan Pelancongan
Malaysia (Tourism Malaysia), Pn. Rosnah Mustafah berkata, “Saya amat bangga
melihat rakyat Malaysia mengambil inisiatif untuk menjaga Bumi kita dan
memastikan kehidupan yang lestari untuk generasi akan datang. LKE Hydroponic
Farm ini sudah pasti menetapkan penanda aras dalam industri pertanian di
Malaysia dan ianya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti pendidikan yang
menghiburkan (edutainment), sesuai untuk golongan kanak-kanak dan dewasa.
Selain itu, LKE Group Sdn. Bhd. juga menawarkan pelbagai kemudahan di tanah
yang seluas 200 ekar ini, di mana ianya dapat menarik perhatian para pelancong
dari dalam dan luar negara serta meningkatkan sektor ekopelancongan di
Malaysia.”.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari https://www.lkegroup.com.my/lke-hydroponic-farms/.
###
About LKE Group Sdn Bhd
LKE Group Sdn Bhd ialah pemaju pertanian terkemuka yang berdedikasi untuk mempromosikan pertanian, meningkatkan ekonomi tempatan, dan memelihara warisannya. Segmen operasi teras kami terdiri daripada
LKE Musang Queen,
LKE Hydroponic Farm
LKE Bio Ginger Farm.
Comments
Post a Comment