Kuala Lumpur, 24 Mac 2022 - Dianjurkan oleh Majlis Tindakan
Pengguna Negara
(MTPN) Selangor, Anugerah Pilihan Pengguna (CCA) 2021-2022
telah diadakan di
Hotel Le Meridian Putrajaya. Acara penganugerahan ini turut
dihadiri Tetamu Kehormat
Y.B. Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni, Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal
Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Negeri
Selangor.



Seperti CCA sebelumnya, para pemenang anugerah ini telah
melalui penelitian tiga
peringkat oleh MTPN Selangor bagi memastikan mereka
betul-betul layak. Daripada
213 calon, hanya 66 yang menerima pengiktirafan ini dengan
membawa pulang trofi
CCA sebagai bukti pencapaian cemerlang mereka di dalam
industri yang diceburi. YDP
MTPN Selangor, Dato’ Dr. Gavin Voon, percaya bahawa dengan
mengiktiraf
syarikat-syarikat ini, ianya mampu meningkatkan daya saing
di samping
mengembangkan pertumbuhan ekonomi tempatan, terutama sekali
di dalam
menangani kesan pandemik COVID-19. Selain daripada
peneraju-peneraju industri,
MTPN Selangor turut memberi pengiktirafan kepada beberapa
organisasi yang telah
berbakti kepada masyarakat melalui pelbagai aktiviti CSR sepanjang
tahun sambil
mengambil iktibar bahawa negara telah banyak menghadapi
halangan dan cabaran di
tahun-tahun sebelumnya.



Hubungan positif di antara peniaga dan pengguna merupakan tunjang kepada MTPN.
Ini merupakan sebab utama MTPN menasihati orang awam untuk mengutamakan
kejujuran dan integriti semasa memberi perkhidmatan kepada pengguna. Para
penerima anugerah CCA ditekankan untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan
sah kepada para pengguna yang khuatir tentang kredibiliti sesebuah perkhidmatan.
Justeru, inisiatif oleh MTPN Selangor ini bertujuan untuk menggalakkan para peniaga
untuk beroperasi menggunakan sistem perniagaan yang sah melalui program “Idenfic”
yang diperkenalkan oleh MTPN. Program ini bertujuan untuk mengutamakan kredibiliti,
kepercayaan dan pengiktirafan bagi peniaga dan pengguna.
Turut Hadir adalah Tokoh Tokoh Koporat dan Bintang Violin membuat persembahan memeriahkan lagi suasana di dalam dewan.



(Dato Rosyam Nor antara pemenang anugerah Consumers Choice
Award 2022)
Antara Pemenang Pemenang Anugerah Pilihan Pengguna 2022
Dato’ Gavin berkata, “Bertujuan untuk megiktiraf integriti, kejujuran dan profesionalisma
di dalam memberikan perkhidmatan kepada pengguna, MTPN Selangor telah
menganjurkan CCA bagi mencapai matlamat ini. Pengiktirafan ini diberikan kepada
syarikat-syarikat yang membuktikan usaha cemerlang mereka di dalam hal ehwal
pengguna dan perniagaan”.
Y.B Tuan Mohd Zawawi menjelaskan pandangan beliau dengan berkata, “Perkara yang
menarik perhatian saya adalah visi MTPN yang selari dengan misi Kerajaan Selangor
yakni ‘Melestarikan Pembangunan dan Kemakmuran Simetri, Pintar dan Peduli Rakyat’.
Dengan ini, saya ingin melibatkan diri dengan memberi sokongan kepada MTPN
Selangor dengan harapan perniagaan-perniagaan di Selangor akan terus maju”.
Mengenai MTPN anda boleh layari link di bawah
https://mtpn.org.my/
Comments
Post a Comment