JEPUN-MALAYSIA SAMBUT ULANGTAHUN KE 40 DASAR PANDANG KE TIMUR : FESTIVAL MALAYSIA JEPUN 2022 AKAN DIADAKAN

 

Bersempena dengan ulang tahun ke 40 Dasar Pandang ke Timur ,satu Festival Malaysia-Jepun 2022 akan diadakan di Kuala Lumpur pada 26-29 Mei 2022 bertempat di MATIC@Malaysia Tourism Centre ,Kuala Lumpur. 

Sidang media untuk memperkenalkan acara ini telah dihadiri sendiri oleh Duta Jepun ke Malaysia,H.E Katsuhiko Takahashi ,Datuk Bandar Kuala Lumpur,Datuk Seri Haji Mahadi bin Che Ngah,President PAMAJA, Dato  Hj Sahariman Hj Hamdan dan wakil Tourism Malaysia ,Manoharan Periasamy.


Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu telah banyak mengeratkan lagi hubungan antara rakyat Malaysia dan rakyat Jepun.Bagi menyambut ulangtahun ke 40 dasar berwawasan jauh ini pihak PAMAJA mengambil inisiatif untuk menganjurkan Festival Malaysia-Jepun 2022 ini dimana pelbagai aktiviti akan diadakan antaranya ialah pameran booth ,jualan makanan ,demonstrasi memasak makanan Malaysia (rendang,laksa,kari,mee)dan Jepun (sushi,sashimi,onigiri,ramen),persembahan muzik traditional Malaysia dan Jepun ,kelas Bahasa Jepun,kaligrafi Jepun,kaligrafi khat,kelas melukis(seni,animasi,kartun),promosi pelancongan,seminar ,persembahan fesyen Malaysia-Jepun dan sebagainya.


Duta Jepun ke Malaysia,H.E Katsuhiko Takahashi mengucapkan ribuan terima kasih kepada inisiatif PAMAJA dan Homestay Malaysia pimpinan  Dato  Hj Sahariman Hj Hamdan yang cukup aktif mengadakan pelbagai acara bagi mengeratkan hubungan antara rakyat Malaysia dan

Menurut beliau sejak Dasar Pandang Ke Timur dilaksanakan di Malaysia ribuan rakyat Malaysia datang ke Jepun samada untuk belajar,berkerja ,melancong dan sebagainya dan ini membantu memperkukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan Jepun .



Melalui festival ini nanti beliau berharap selain daripada menyambut ulangtahun ke 40 dasar ini kedua-dua pihak Malaysia dan Jepun akan merangka kerjasama dan merancang pelbagai program lagi bagi mengeratkan lagi persaudaraan Malaysia dan Jepun

“This Festival will be a great opportunity for Malaysians to learn more about Japan's culture, art, language, and

tourism. I hope Malaysian people will better understand and feel closer to Japan through this festival. I also

hope that this event will bring the peoples of Japan and Malaysia even closer through the power of cultural

 exchanges.”-Duta Jepun ke Malaysia,H.E Katsuhiko Takahashi




Datuk Bandar Kuala Lumpur,Datuk Seri Haji Mahadi bin Che Ngah dalam ucapannya menoleh sejarah hubungan kerjasama antara Kuala Lumpur dan beberapa negeri di Jepun seperti Osaka,Yokohama ,Tokyo dan lain-lain.Tahun 1989 menyaksikan Kuala Lumpur dan Osaka menjalin kerjasama dan Kuala Lumpur juga menyertai organisasi CityNet di Yokohama dan Kuala Lumpur telah berkerjasama  dengan Tokyo berkenaan penggunaan tenaga melalui Institute for Global Environmental Strategies dan Universiti Teknologi Malaysia.

“Kuala Lumpur is looking forward to learn from Japanese agencies on Disaster Management. 

We are also looking forward to use this platform to help build our human resource capacity.”-Datuk Bandar Kuala Lumpur,Datuk Seri Haji Mahadi bin Che Ngah




Turut disampaikan sebuah poster tanda penghargaan kepada vvip yang hadir tanda sokongan mereka untuk program ini berlangsung. 

“In line with the 40th anniversary of Look East Policy (LEP), Tourism Malaysia also plan to embark students educational & cultural exchange visit to Malaysia in the last quarter of this year. Working with selected higher institution/universities we sincerely hope that the program could deeper understanding and encounter the culture and way of life through “homestay” programme.”-Manoharan Periasamy dari Tourism Malaysia



Dato  Hj Sahariman Hj Hamdan selaku Pengerusi Festival Malaysia-Jepun 2022 ini berharap orang ramai akan bersama-sama memeriahkan festival ini nanti dan penganjuran festival ini pastinya akan memperkukuhkan lagi kerjasama dan membina hubungan baru yang lebih erat antara kedua-dua negara Malaysia dan Jepun .









 

 




Comments