Anugerah Telenovela 2022 bakal diadakan kembali (Dengan Anugerah Tahun 2019/2020/2021)
Turut Hadir memberi sokongan adalah dari Penggiat Media dan juga para pelakon dan Penulis Buku Novel.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk
Zahidi Zainul Abidin telah merasmikan acara sidang media untuk Anugerah
Telenovela 2022 bertempat di Hotel Seri Pacific,Kuala Lumpur .
Turut hadir memberi ucapan pada acara ini ialah Pengerusi Anugerah
Telenovela 2022, Dr Hasan Hamzah ,Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia,
Dr Ahmad Ibrahim atau Mat London; penganjur Datuk Rosmarayu Mokhtar dan
penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam.
Ini adalah Model Penaja Jenama kosmetik “Yuela Gold” telah menjadi penaja utama
untuk Anugerah bersejarah Telenovela 2022 ini .
"Kategori asas seperti sebelumnya termasuk kategori
utama telenovela, skrip, pelakon dan stesen terbaik atau popular masih ada.
Terdapat juga kategori sampingan untuk pelakon kanak-kanak dan pasangan hebat.
"Panel juri profesional akan mengadili untuk kategori
terbaik manakala kelab peminat mengundi kategori popular. Pemenang Top 3
misalnya akan dibawa pula bertanding di anugerah antarabangsa," -
Pengerusi Anugerah Telenovela 2022, Dr Hasan Hamzah
Anugerah Telenovela 2022 ini bakal diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada tarikh yang akan ditetapkan nanti.
Sebanyak 106 calon telenovela itu akan berentap untuk merebut trofi dalam 30 kategori dimana ia merupakan adaptasi novel ke drama bagi tahun 2020 hingga tahun ini.
Orang ramai boleh mula mengundi melalui laman web www.anugerahtelenovela.com selepas
Aidilfitri nanti dan link dibawah ini.
Comments
Post a Comment