Memorandum Menandatangani Persefahaman (MOU) antara Amverton Group dan Malaysia My Second Home (MM2HCA) bagi projek “The Mangrove @ Carey Circles”

Pulau Carey 20 September 2026 Telah diadakan Majlis MOU  , di The Mangrove @ Carey Circles, Pulau Carey, Selangor. Majlis hari ini diserikan dengan kehadiran: YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha MOTAC Tuan Mohd Nazaril Issyam bin Ismail Penolong Pengarah Kanan OSC MM2H 1 - Cawangan Dasar, Kaunter dan Hasil,MOTAC . Ia salah satu Menandatangani Persefahaman MOU penting dalam meningkatkan ekonomi negara. 


Antara Tetamu yang hadir dalam Majlis hari ini adalah : 

1) YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha MOTAC

2) Tuan Mohd Nazaril Issyam bin Ismail, Penolong Pengarah Kanan OSC MM2H 1 - Cawangan Dasar, Kaunter dan Hasil,MOTAC 

3) Wakil Puan Yusliana binti Ismail Director, One Stop Centre Malaysia My Second Home (OSC MM2H)

4) Dato’ Milton Ng, Pengarah Urusan Amverton Group

5) Mr. Anthony Liew Yong Huat, Presiden MM2HCA

6) Datin Maya Kumutha, CEO MAHSA Health


Terlebih dahulu Ucapan perasmian dari YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot Ketua Setiausaha MOTAC. Di dalam ucapan beliau adalah Topik : 

Kerjasama Strategik MM2H – The Mangrove @ Carey Circles


Jelas beliau amat berbesar hati hadir ke Pulau Carey pada hari ini, mewakili Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), untuk menyaksikan satu kerjasama strategik yang berpotensi menyumbang kepada pembangunan ekosistem Malaysia My Second Home (MM2H).

Beliau mengucapkan Terima kasih kepada Amverton Group dan MM2HCA atas usaha serta komitmen mereka. Inisiatif ini memperkukuh daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelawat antarabangsa dan mereka yang ingin menetap jangka panjang.

Majlis ini bukan sekadar pembangunan hartanah atau projek penginapan. Lebih penting, ia menyentuh persoalan: Bagaimana kita mengintegrasikan pelancongan, seni & budaya, kesejahteraan, alam sekitar, hartanah dan gaya hidup berkualiti tinggi.

Menyediakan lebih banyak pilihan “rumah kedua” untuk pelancong antarabangsa, pesara, golongan profesional dan mereka yang ingin tinggal di Malaysia.

Pesara, individu berpendapatan tinggi & profesional antarabangsa kini kebanyakkan mencari persekitaran kehidupan menyeluruh Seperti :

1) Keselamatan

2) Kesihatan & kesejahteraan

3) Persekitaran semula jadi

4) Kemudahan perubatan

5) Aktiviti rekreasi & budaya


Konsep Wellness Living semakin menjadi trend global dalam pelancongan, hospitaliti & hartanah.

Forbes 2026: Malaysia disenaraikan sebagai destinasi persaraan menarik (Kuala Lumpur, George Town, Ipoh, Melaka).

Ia telah menyumbangkan kepada ekonomi: RM3.875 bilion (tahun sebelumnya).


Apa yang menarik mengenai tempat Pulau Carey & The Mangrove adalah 

1) Ekosistem hutan paya bakau unik

2) Warisan budaya Mah Meri

3) Potensi rekreasi, hospitaliti & pelancongan alam semula jadi

4) Pembangunan infrastruktur & logistik pelabuhan → menjadikan Pulau Carey destinasi baharu kehidupan berkualiti.


Ucapan Pembukaan oleh Dato’ Milton Ng Pengarah Urusan Amverton Group


Jelas beliau Inilah sebab utama Amverton Group meneroka kolaborasi strategik bersama MOTAC dan MM2HCA. Melalui kerjasama ini, beliau berharap Pulau Carey dan The Mangrove @ Carey Circles dapat menjadi lebih daripada sekadar projek pembangunan.

Kami melihatnya sebagai platform untuk mempamerkan tawaran Wellness Living, ekopelancongan dan gaya hidup berkualiti kepada Malaysia pada pasaran antarabangsa, khususnya peserta MM2H.

Dengan sokongan dan kerjasama OSC MM2H MOTAC, Majlis MM2HCA dan ahlinya, kami yakin dapat memperkenalkan cadangan gaya hidup baharu ini dengan lebih berkesan kepada individu dan keluarga yang mempertimbangkan Malaysia sebagai rumah kedua mereka.


 Manfaat Lebih Luas

Jika kolaborasi ini dapat dilaksanakan secara progresif, manfaatnya akan melangkaui Amverton Group.

Ia berpotensi menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial Malaysia, Selangor dan Pulau Carey, dengan menyokong sektor pelancongan, hospitaliti, hartanah, makanan dan minuman, rekreasi, aktiviti budaya serta peluang ekonomi berasaskan komuniti tempatan.


 Komitmen Amverton Group

Bagi Amverton Group, kami komited untuk terus memanfaatkan pengalaman dalam hartanah, hospitaliti, pelancongan, rekreasi dan kesejahteraan hidup, sambil bekerjasama rapat dengan Kerajaan dan rakan industri untuk menyokong agenda pembangunan pelancongan Malaysia.

Sekali lagi, bagi pihak Amverton Group, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tulus kepada semua tetamu kehormat, wakil Kerajaan dan rasmi, ahli Majlis MM2HCA, rakan industri serta wakil media kerana hadir pada hari ini dan atas minat serta sokongan berterusan anda. Kami menantikan kerjasama untuk merealisasikan visi ini.


Ucapan Mr. Anthony Liew Yong Huat 

President of the Malaysia My Second Home Consultants Association(MM2HCA)


Kolaborasi Strategik Pulau Carey 


Hari ini saya berbesar hati mewakili Malaysia My Second Home Consultants Association (MM2HCA) dalam menyaksikan kolaborasi strategik penting bersama MOTAC dan Amverton Group.


🌍 Malaysia di Mata Dunia

Malaysia diiktiraf oleh Forbes sebagai salah satu destinasi persaraan terbaik Asia (bersama Thailand & Vietnam). Menurut penilaian Forbes mengenai destinasi persaraan terbaik dunia, hanya Malaysia, Thailand dan Vietnam yang dipilih dalam kalangan negara Asia. Di Malaysia, bandar seperti Kuala Lumpur, George Town, Ipoh dan Melaka telah diketengahkan.


Faktor penilaian: keselamatan, kos sara hidup, penjagaan kesihatan, akses bahasa & residensi jangka panjang.


🏡 Ekosistem Gaya Hidup MM2H

Bukan sekadar pas residensi, tetapi Lifestyle Ecosystem & Industry Chain.


Matlamat: pastikan penduduk antarabangsa hidup selesa, berkualiti & benar-benar menjadikan Malaysia rumah kedua.


🌳 The Mangrove @ Carey Circles

56 vila mewah peribadi di Pulau Carey.


Persekitaran semula jadi berinspirasikan hutan bakau.


Resort, rekreasi, golf & kesejahteraan hidup.


Kemudahan lengkap: pasar mini, klinik, hospital, sekolah antarabangsa, berhampiran lapangan terbang.


🎯 Aspirasi Masa Depan

Perkukuh kerjasama MOTAC, Kerajaan Negeri Selangor, Amverton Group & MM2HCA.


Promosi lebih efektif kepada pesara antarabangsa, profesional asing & individu berpendapatan tinggi.


Sumbangan kepada pertumbuhan pelancongan, budaya, hospitaliti, hartanah & kesejahteraan.


 Penutup

Menurut beliau Malaysia, Pulau Carey & The Mangrove @ Carey Circles berpotensi menjadi destinasi ideal:


1) Berbaloi untuk didiami

2) Berbaloi untuk bersara

3) Berbaloi untuk dilaburkan

4) Berbaloi untuk dipanggil rumah jangka panjang


Marilah kita berganding tangan memperkukuh ekosistem MM2H Malaysia dan meningkatkan daya saing antarabangsa.



Comments