Majlis Persefahaman Menandatangani MOU Bersama University of Wollongong Malaysia dengan rakan industri ternama X-Bots dan Kitchen Arena

 Cheras 9 September 2026, Majlis pemeteraian perjanjian MOU Diantara University of Wollongong Malaysia dengan Rakan Industri ternama X-Bots dan Kitchen Arena telah diadakan di pejabat utama Kitchen arena di Balakong, Cheras. Tetamu yang hadir untuk acara ini adalah 

YB Encik  S. Jai  Shankar  sebagai Timbalan Ketua Esekutif (MATRADE) , 

YB Tuan Boniface Anak Edwin Manung (Setiausaha Bahagian Pemindahan Teknologi & R&D)  Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). 

Encik Choong Wai Hong sebagai (Ketua Pegawai Eksekutif Ping Edge Sdn Bhd) 

Profesor Dr. Hiew Pang Leang (Naib Canselor, University of Wollongong Malaysia) 

Encik Brian Ding (Pengarah, Gene Tech Sdn Bhd) 

Encik Ethan Choong,  

Para tetamu serta rakan rakan Media yang hadir. 

Ringkasan Ucapan acara yang diadakan 

Industri perkhidmatan makanan Malaysia bernilai USD 16.67 bilion pada tahun 2026 dan diunjurkan meningkat hampir dua kali ganda kepada USD 30.74 bilion menjelang tahun 2031. Namun, di sebalik pertumbuhan ini, industri tersebut menghadapi cabaran kritikal: kekurangan tenaga kerja dapur mahir yang kronik, peningkatan kos operasi, dan keperluan mendesak untuk penyelesaian berasaskan teknologi.


Inisiatif "Shaping the Future of Culinary Innovation" (Membentuk Masa Depan Inovasi Kulinari) menghimpunkan tiga pihak utama — merangkumi sektor industri dan pendidikan — untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) tiga pihak bagi merasmikan inisiatif "Battle of the Bots" yang akan diadakan di KLCC. Perkongsian ini menggabungkan teknologi robotik dapur terkini dengan penyelidikan serta pendidikan di peringkat universiti.


Acara Persefahaman ini telah diadakan di Ibu Pejabat Kitchen Arena – World of Oven, Seri Kembangan, mencerminkan semangat kerjasama dan pendekatan praktikal perkongsian ini.


Tiga Pihak yang Terlibat dalam Acara diadakan. 

1. Kitchen Arena — Penyedia peralatan dapur komersial terbesar di Malaysia, yang dikendalikan oleh Ping Edge Sdn Bhd. 

2. UOW Malaysia — Salah sebuah universiti antarabangsa yang paling disegani di Malaysia, dengan Sekolah Hospitaliti, Pelancongan & Seni Kulinari yang khusus. 

3. GeneTech Sdn Bhd — Sebuah syarikat kebanggaan Malaysia dan pengeluar mesin memasak robotik X-Bot. GeneTech tempatan yang meletakkan Malaysia di peta dunia.


*Kerjasama ini membuka jalan kepada transformasi pendidikan hospitaliti melalui integrasi AI & robotik, menjadikan UOW Malaysia peneraju inovasi dalam dunia kulinari dan hospitaliti.


Fokus Utama

1) Graduan masa depan: Lebih bersedia menghadapi dunia digital & automasi.

2) Penyelidikan terobosan: AI & robotik dalam kurikulum, projek capstone & R&D.

3) Manfaat staf akademik: Bekerjasama dengan pemimpin industri & menguasai teknologi baharu.

4) Peluang pelajar: Showcase pendidikan, acara industri, latihan berbayar & laluan terus ke internship.


Visi & Impak

Kerjasama ini bukan sekadar teknologi baharu, tetapi ia juga dapat membina ekosistem inovasi hidup yang menggabungkan pendidikan, penyelidikan & industri.

UOW Malaysia terus membawa legasi sejak era KDU College (1983) dengan komitmen menyediakan pendidikan berkualiti, serta melahirkan graduan bersedia untuk kerjaya di peringkat global.


Teknologi Robotik ke Aplikasi Dunia Sebenar

 Sejak 2018, Gene Tech memberi fokus kepada robotik, automasi dan kecerdasan buatan. Melalui jenama XBOTS, kami bertekad membawa teknologi robotik ke dalam aplikasi perniagaan sebenar.

 Prinsip kami mudah: Robot bukan untuk menggantikan manusia, tetapi untuk memperkasa manusia.


Era Baharu Teknologi F&B Malaysia

Industri makanan & minuman kini berdepan cabaran: kekurangan tenaga kerja, kos meningkat dan permintaan terhadap kualiti serta konsistensi.

 Solusinya? Dapur pintar, automasi makanan dan masakan robotik.

Namun, Malaysia mempunyai budaya makanan yang pelbagai. Teknologi robotik mesti disesuaikan dengan citarasa tempatan, kaedah memasak dan keperluan dapur sebenar.


Pendidikan & Pembangunan Bakat Baru

Kerjasama dengan UOW Malaysia amat penting untuk masa depan kulinari. Ia memerlukan bukan sahaja chef, tetapi juga tenaga kerja yang memahami mengenai penggunaan teknologi, AI, automasi dan sistem dapur pintar.

Matlamat kami: Gabungkan Teknologi, Kemahiran Kulinari, Pendidikan dan Perniagaan.



Malaysia ke Peringkat ASEAN & Dunia

Malaysia mempunyai ekosistem Halal yang kukuh, budaya makanan yang pelbagai dan lokasi strategik di ASEAN. Bersama Kitchen Arena dan UOW Malaysia, kami mahu membina ekosistem inovasi robotik kulinari yang merangkumi pendidikan, penyelidikan, latihan, aplikasi industri dan komersialisasi.


PELANCARAN BATTLE OF THE BOTS (BOTB)

Taste&Trade 360 yang akan diadakan di Dewan KLCC Convention Centre pada bulan 5 - 7 November ini.

November ini di KLCC, acara Battle of the Bots akan menjadi platform penting untuk memperkenalkan teknologi ini kepada orang ramai dan industri.

Chef, pelajar, pengusaha F&B dan pelawat antarabangsa akan berpeluang melihat sendiri bagaimana robotik menyokong operasi dapur sebenar.

Paling utama: mempamerkan potensi teknologi robotik Made-in-Malaysia.


Mencipta untuk Keunggulan Baharu Malaysia

Hari ini hanyalah permulaan. Dengan kerjasama industri, universiti, syarikat teknologi dan agensi kerajaan, Malaysia berpotensi menjadi pusat serantau bagi dapur pintar & robotik kulinari.

Terima kasih kepada rakan strategik atas kepercayaan & komitmen terhadap inovasi. Bersama-sama, kita akan memperkasa penyelidikan, memperkayakan pendidikan & mentakrif semula industri hospitaliti.


Video Ucapan YB Encik S. Jai Shankar tentang penglibatan pihak (MATRADE) dalam menjayakan acara ini. 
















Comments