Bakat Muda dan Warisan Kulinari Bakal Bersaing Dalam "Malaysian Young Heritage Chef Tahun 2027
KUALA LUMPUR, 17 September 2026 –SAMA Premier International Sdn. Bhd., dengan kerjasama Professional Culinaire Association (PCA), melancarkan Malaysian Young Heritage Chef 2027 (MYHC 2027), sebuah pertandingan kulinari yang menjadi platform untuk mencungkil bakat chef muda, memperkasa kemahiran serta menyemai penghargaan terhadap warisan kulinari Malaysia.
Majlis pelancaran yang berlangsung di Malaysia Tourism Centre (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah dirasmikan oleh YB Tuan Mohamad Muda bin Bahadin, Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara.
MYHC 2027 akan berlangsung pada 15 hingga 17 Januari 2027 di Lanai, MaTiC, Kuala Lumpur, dengan mempertandingkan dua kategori utama iaitu Malaysian Heritage dan Asian.Di dalam kategori Malaysian Heritage. Ia telah memberi ruang kepada peserta untuk mengetengahkan masakan warisan Malaysia dengan mengekalkan identiti, cita rasa dan nilai tradisi yang menjadi sebahagian daripada khazanah kulinari negara.
Kategori Asian pula. Ia memberi peluang kepada peserta untuk menampilkan kemahiran dan kreativiti melalui kepelbagaian masakan seluruh Asia.
“SAMA Premier International Sdn. Bhd. memberi tumpuan kepada pengurusan hospitaliti, Latihan dan pembangunan bakat kulinari, pengeluaran makanan serta khidmat konsultansi. Kami percaya kejayaan sesebuah organisasi bukan sahaja diukur melalui pertumbuhan perniagaan, tetapi juga melalui nilai dan manfaat yang mampu disumbangkan kepada masyarakat.“Malaysian Young Heritage Chef 2027 lahir daripada aspirasi tersebut. Kami mahu menyediakan platform yang memberi peluang kepada generasi muda untuk menampilkan bakat, mengasah kemahiran, membina keyakinan serta memperoleh pendedahan daripada chef dan penggiat industri yang berpengalaman.
“Lebih penting, kami mahu generasi muda memahami bahawa masakan warisan bukan Sekadar hidangan yang diwarisi turun-temurun. Di sebalik setiap hidangan terdapat sejarah, budaya, identiti dan cerita masyarakat kita yang perlu terus dipelihara dan diperkenalkan kepada generasi seterusnya.
“Kami berharap MYHC 2027 dapat melahirkan lebih ramai chef muda yang bukan sahaja kreatif dan berkemahiran, tetapi turut mempunyai rasa bangga terhadap warisan kulinari Malaysia serta berani membawa identiti tersebut ke tahap yang lebih tinggi,” katanya Cheff Bob
Penganjuran MYHC 2027 turut diperkukuhkan melalui kerjasama dengan Professional Culinaire Association (PCA) yang diterajui oleh Presidennya, Chef Kamaruddin Adnin, yang lebih dikenali sebagai Chef Bob.
Sebagai rakan kerjasama profesional, PCA menyumbang kepakaran dalam aspek teknikal kulinari,standard pertandingan, penilaian serta penjurian. Penglibatan PCA bersama barisan chef profesional turut memberi peluang kepada peserta untuk memahami tahap disiplin, kemahiran dan professionalism yang diperlukan dalam industri kulinari.Kerjasama antara SAMA dan PCA sekali gus menjadikan MYHC 2027 bukan sekadar sebuah pertandingan, tetapi turut berfungsi sebagai platform pembelajaran, perkongsian ilmu, pembangunan bakat dan jaringan industri untuk generasi chef muda.
Penganjuran MYHC 2027 juga membawa aspirasi untuk mengetengahkan gastronomi Malaysia sebagai sebahagian daripada daya tarikan pelancongan negara menjelang Visit Malaysia 2027. Kepelbagaian budaya serta kekayaan warisan makanan Malaysia merupakan aset yang berpotensi untuk diperkenalkan dengan lebih meluas kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.Melalui program ini, jaringan antara bakat muda, chef profesional, institusi pendidikan, pemain industri,agensi berkaitan dan rakan strategik diharapkan dapat diperkukuhkan, sekali gus membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada generasi muda dalam bidang kulinari.
SAMA Premier International Sdn. Bhd. turut mengalu-alukan sokongan daripada agensi kerajaan,institusi pendidikan, pemain industri, penaja, rakan strategik serta pihak media dalam menjayakan Malaysian Young Heritage Chef 2027.Dengan gabungan usaha SAMA Premier International Sdn. Bhd. sebagai penganjur dan Professional Culinaire Association (PCA) sebagai rakan kerjasama profesional, MYHC 2027 diharapkan dapat menjadi platform yang melahirkan generasi chef muda yang berkemahiran, kreatif dan berkeyakinan, serta mempunyai penghargaan tinggi terhadap warisan dan identiti kulinari Malaysia.
Selepas Tamat Acara Gimik Pelancaran. Satu Tandatangan bersama telah diadakan dengan itu akan bermulanya satu misi penting Pertandingan ini sudah sah dimana :MAKLUMAT ACARA
Nama Acara
Malaysian Young Heritage Chef 2027
Tarikh :
15 – 17 Januari 2027
Tempat :
Lanai, Malaysia Tourism Centre (MaTiC), Kuala Lumpur.
Kategori :
Malaysian Heritage & AsianPenganjur SAMA Premier International Sdn. Bhd.
Dengan Kerjasama
Professional Culinaire Association (PCA)


Comments
Post a Comment