SAMBUTAN 100 TAHUN TIKL: MENYINGKAP LEGASI SEABAD, MEMACU TRANSFORMASI TVET DAN ERA AI NEGARA

KUALA LUMPUR 9 September 2026– Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur (TIKL) hari ini melakar sejarah tersendiri apabila genap menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-100. Sepanjang satu abad berdiri teguh, institusi ini telah membuktikan peranannya sebagai wadah utama dalam melahirkan ribuan modal insan kelas pertama yang memacu pembangunan fizikal, industri, dan ekonomi Malaysia.

Sempena penganjuran Majlis Gala Dinner 100 Tahun TIKL: Dari Legasi ke Transformasi, beberapa agenda dan mesej utama negara telah digariskan Iaitu:





Menghargai Legasi Satu Abad: 

SMTKL telah berjaya melahirkan barisan alumni (Alumtekian) yang kini berkhidmat sebagai tokoh korporat, jurutera berwibawa, pemimpin industri, serta pembuat dasar di peringkat domestik dan global. Sumbangan para pendidik terdahulu dan kini diiktiraf sebagai paksi utama pembentukan masa depan negara.


Memacu Transformasi Pendidikan Teknikal (TVET) dan AI:

Memasuki era Revolusi Industri 4.0 dan kecerdasan buatan (AI), bidang TVET serta aliran sains dan teknologi kini menjadi pemacu utama ekonomi masa depan. SMTKL komited untuk tidak sekadar menoleh ke belakang, sebaliknya sedang mengorak langkah melakukan transformasi digital, memperkasakan kurikulum, serta menyesuaikan kaedah pembelajaran agar kekal relevan dengan dinamika industri moden.


Pelancaran dan Pemerkasaan Dana Alumtek: 

Sebagai usaha memastikan kelestarian institusi, kempen pengumpulan 'Dana Alumtek' telah digerakkan berasaskan konsep 'pulang berbakti'. Dana ini akan disalurkan secara khusus untuk membantu alumnialumni yang kurang bernasib baik ditimpa musibah atau kurang sihat serta yang didiagnos mengidap penyakit kritikal.



Juga dana ini akan digunakan sebagai sumbangan kepada waris iaitu balu atau anak-anak arwah jika berlaku kematian ahli-ahli alumni.

 Ianya juga bagi menaiktaraf infrastruktur fizikal sekolah serta menyediakan ekosistem pembelajaran yang lebih kondusif bagi melahirkan generasi inovator terbaharu. Hubungan erat antara pihak sekolah dan rangkaian alumni yang kukuh akan terus menjadi pemangkin utama dalam memastikan SBP-Teknik Kuala Lumpur (Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur) kekal sebagai institusi terkehadapan yang melahirkan modal insan kompetitif demi masa depan Malaysia.


Saya ingin mengambil kesempatan pada hari ini untuk menyeru semua alumni-alumni  TIKL untuk hadir beramai-ramai ke Majlis Gala Dinner yang akan diadakan pada 

Tarikh : 19hb September 2026
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 malam 
Lokasi : UTM Residensi KL

 Bagi menunjukkan sokongan kepada penubuhan TIKL ini di mana semuanya bermula di sini. 




Kepada semua alumni-alumni yang telah berjaya, ayuh kita sama-sama kembali ke sekolah.  Masa inilah kita harus mencurahkan bakti ke sekolah yang telah mendidik kita sehingga berjaya untuk hadir meraikan malam yang penuh indah ini . Sambutan 100 tahun tidak akan ada lagi jika terlepas. Harus menunggu 100 tahun lagi. Jadi jangan lupa untuk hadir. 


Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung dengan saya di talian 

019-2214050.



Comments