WOMEN ECONOMIC FORUM (WEF) ASEAN 2025 HIMPUNKAN PEMIMPIN WANITA SERANTAU DI KUALA LUMPUR
KUALA LUMPUR, 18 Jun 2025 – Kuala Lumpur sekali lagi menjadi tuan rumah kepada acara serantau berprestij apabila Women Economic Forum (WEF) ASEAN 2025 membuka tirainya bermula 19 hingga 21 Jun 2025, bertempat di Dewan Perdana, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Majlis perasmian forum telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, pada pagi 19 Jun. Sementara itu, majlis penutup forum akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 21 Jun.
Sebanyak 140 penceramah dari pelbagai latar belakang industri, akademia dan masyarakat sivil, mewakili lebih 20 buah negara, telah mengesahkan penyertaan mereka bagi menjayakan forum ini.Antara pengisian menarik forum termasuk:
• Sesi plenari dan perbincangan meja bulat
• Sesi ‘fireside chat’ bersama selebriti ASEAN dan pemimpin industri
• Bengkel interaktif, sesi padanan perniagaan dan pameran
• Majlis Makan Malam Gala & Anugerah WEF ASEAN 2025, yang akan berlangsung pada malam 20 Jun. Acara penuh berprestij ini akan menyaksikan penganugerahan kepada tokoh wanita terkemuka dari serata ASEAN.
Antara Rakan Kerjasama yang berjaya dalam Acara ini . Tandatangan MOU antara Peniagaan dari Wakil Malaysia Wawasanita dengan Rakan Perniagaan dari Negara Filifina adalah salah satu kejayaan Forum Ekonomi Wanita Asean 2025 ini.
Forum ini juga memberi ruang kepada dialog terbuka berkenaan dasar, kesaksamaan gender, ESG, pendidikan, ekonomi digital dan pemerkasaan komuniti melalui pelbagai sesi paralel dan tematik yang menyentuh secara langsung kepada keperluan serta cabaran wanita masa kini.Jadual lengkap program selama tiga hari turut dilampirkan bersama kenyataan ini untuk rujukan pihak media. Untuk maklumat lanjut, sila layari:
dan






Comments
Post a Comment