Program Pertubuhan ASIQS dan CODTIS UKM Menyerlahkan Kesedaran kepada Masyarakat tentang Ilmu dan Ihsan serta Kasih Sayang Kepada Golongan Memerlukan

Bukit Jelutong  21 Jun 2025 (Sabtu), majlis charity dan kemanusian telah diadakan diruang ASIQS (Ash Shura Institute of Quranic Sciences) di Space U8, Bukit Jelutong menjadi saksi kepada sebuah acara penuh makna yang menyatukan komuniti, pendidikan dan kebajikan. Program Ilmu dan Ihsan ini dilangsungkan secara serentak. iaitu  ”Parents–Teachers Day” dan Program CODTIS: Dari CODTIS ke ASIQS – Membina Jejak Keilmuan, bersama anjuran Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menyaksikan ramai pengunjung yang hadir.



Program 'Guru - Hari bersama Ibu Bapa' di ASIQS kali ini menyatukan dua dunia—ilmu dan ihsan meraikan progran Bersama. Iaitu Ilmu kehadiran dari UKM melalui program CODTIS, dan Ihsan dari Adina Charity Circle untuk misi kemanusiaannya, menjadikan acara ini lebih memberi kesan ihsan dan kesedaran kepada warga ASIQS yang hadir pada hari itu.





Para pelajar dan ibubapa yang hadir turut didedahkan dengan pelbagai peluang mencipta masa depan yang gemilang bersama UKM dan NGO.  Pada masa yang sama misi kemanusiaan dan ihsan turut diterapkan dan diangkat sebagai satu nilai yang harus ada dalam pembentukan peribadi khususnya warga ASIQS sendiri. 


Adina Charity Circle, merupakan  pertubuhan kebajikan yang semakin dikenali dengan kerja-kerja kemanusiaan serta membantu kanak kanak kanser. Turut hadir memeriahkan suasana dalam program ini. Adina Charity Circle sebelum ini banyak membantu pesakit peaskit kanser , untuk memberi semangat dlm kehidupan kepada mereka yg menghidapi penyakit ini meneruskan usaha untuk hidup lebih bahagia dan menegmbirakan kehidupan mereka melalui pelbagai aktiviti motivasi kepada mereka. 




Adina Charity Circle, Berada di bawah kepimpinan Puan Nurdieana Md Mardzi selaku Pengerusi, mengambil bahagian dalam acara ini dengan membuka sebuah booth interaktif yang sarat dengan aktiviti untuk kanak-kanak dan pengunjung.


Antara aktiviti menarik yang disediakan adalah :

 1) Permainan “Wheel of Hope” – pengunjung memutar roda dan menerima hadiah sambil mempelajari nilai-nilai murni.

2) Sudut Kreatif Kanak-Kanak – aktiviti mewarna, melukis dan mencipta origami.

3) Pohon Harapan – tempat untuk menulis doa, harapan atau pesanan kasih kepada mereka yang sedang melalui ujian hidup.

4) Pengunjung tidak hanya pulang dengan cenderahati, malah membawa pulang kesedaran dan semangat untuk turut menyumbang kepada masyarakat.


Program Khas Adina: Prihatin Terhadap Kanak-Kanak Mengidap Kanser

Salah satu inisiatif paling menyentuh hati oleh Adina ialah program “Adina Cares for Kids”, yang memberi sokongan kepada kanak-kanak penghidap kanser di hospital sekitar Lembah Klang.


Antara bentuk bantuan dan pengisian yang diadakan adalah :

1) Lawatan kasih dan pemberian kit penjagaan diri

2) Aktiviti seni dan bercerita bersama sukarelawan

3) Program “Hadiah Harapan” – menunaikan permintaan kecil kanak-kanak seperti mainan, buku atau pakaian impian mereka. 

4) Usaha ini bukan sahaja meringankan beban pesakit cilik dan keluarga mereka, malah membawa sinar harapan baru dalam saat sukar yang dilalui oleh mereka. 


Program CODTIS oleh UKM: Memasyarakatkan Ilmu Kesihatan


Serentak dengan Hari "Parents–Teachers Day", berlangsung juga Program CODTIS: Membina Jejak Keilmuan, anjuran Fakulti Sains Kesihatan (FSK), UKM. Program ini bertujuan mendekatkan masyarakat kepada bidang sains kesihatan dan kesedaran penyakit. 


Berikut adalah atur cara semasa Program CODTIS:


 9:00 AM – Bacaan Doa & Ucapan Aluan Oleh Encik Mudasir bin Abdullah (Ahli Lembaga Pengarah Bukan Eksekutif Al Badr Curriculum Sdn Bhd) , Oleh Prof Madya Dr. Ahmad Nazlim bin Yusoff (Pengerusi Pusat CODTIS)

9:20 AM – Tayangan Video yang memberi kesedaran tentang isu kemasnusian dan bantuan memerlukan.



Sesi Ceramah Dimulakan:


9:30 AM – Penceramah 1: Dr. Nurulamin bin Abu Bakar. Topik: The Role of Health Scientist in Healthcare in Malaysia

10:30 AM – Penceramah 2: Dr. Afifah binti Mohamed. Topik: Heart Imaging for Health

11:30 AM – Penceramah 3: Dr. Norhashimah binti Mohd Nursuddin. Topik: Breast Cancer Awareness – From Imaging Perspective


Turut diadakan dari awal bermula jam 9:00 AM – 12:00 PM: Adalah Pameran Kesihatan oleh CODTIS.


Pengunjung juga berpeluang menyertai pameran dan  pelbagai aktiviti:

1) Pemeriksaan X-ray Reader

2) Kesedaran Kanser Payudara dan Prostat + Pemeriksaan Sendiri

3) Neuropsychological Test mengenai ketagihan permainan video dan memori auditori

4) Pemeriksaan dan info tekanan darah


Slogan Adina: Menghidupkan Harapan

“Be part of the joy. Be part of the humanity. Together, we recreate happiness.”

Slogan ini bukan sekadar kata-kata bagi Pertubuhan Adina, tetapi ia menjadi semangat yang digerakkan melalui setiap aktiviti dan langkah mereka. Dalam dunia yang sering kita lupa untuk sikap kepedulian. Dengan kehadiran organisasi seperti Adina ia menjadi pengingat bahawa kebaikan dan ihsan masih wujud—dan ia boleh bermula dari kita semua.

”Ilmu dan Ihsan di Bawah Satu Bumbung”

Kesimpulannya dengan adanga Acara ini yang diadakan ia telah memberi impak kepeda masyarakat tentang kesedaran mengenai isu pesakit Kanser , memberi motivasi kepada mereka. ia juga akan menjadi inspirais kepada banyak institusi untuk memberi pendedahan ilmu dan meyemarakkan nilainmurni kasih sayang kepada masyarakat. 


Comments