Fokus Ikhsan Menawarkan Pakej Istimewa untuk Belajar di Mekah selama Sebulan .

 Kuala Lumpur 31 Mei 2025 telah diadakan majlis khas penerangan pengambilan pelajar untuk sesi pembelanjaran di mekah . Terdapat pelbagai pakej disediakan oleh syarikat Fokus Ihsan Enterprise untuk pengambilan pelajar pertama pada bulan ogos  ini dibuka. Pengambilan untuk mengikuti pembelanjaran selama sebulan adalah terhad kepada 30 sehingga 35 orang. Pakej pembelanjaran tersebut terbuka kepada semua orang beragama islam tidak mengenal usia umur. 

Pengarah urusannya, Ali ben Shafiee menjelaskan syarikat Fokus Ikhsan Enterprise (Fokus Ikhsan) telahpun bekerjasama dengan sebuah syarikat yang berpangkalan di Mekah, iaitu Iqraa  Arabic  untuk menawarkan Program Pengajian Bahasa Arab & Umul Kitab Al Quran bersama University Umm Al Qura di Mekah kepada rakyat di negara ini yang berminat. Syarikatnya dipertangungjawabkan untuk membawa Program ini dalam Malaysia. 


Ali Ben Shafiee juga berkata, program ini sangat istimewa dan akan memberi pengalaman unik serta kelainan kepada peserta dalam mengikuti pembelajaran Al Quran dan bahasa Arab di tanah suci itu selama sebulan. Sesi pembelanjaran akan dibuat secara atas talian dan bersemuka selama 40 jam, setiap tahap mengikut jadual yang disediakan. Selepas tamat pembelanjaran peserta akan diberikan sijil akreditasi yang diiktiraf  tanda penghargaan dan pencapaian dalam lulusan pembelanjaran di mekah. 



“Program ini terbuka kepada mereka yang berminat termasuk mereka yang tidak fasih berbahasa arab dan juga yang baru belajar membaca Al Quran kerana di sini peserta akan mengikuti kelas pembelajaran mengikut tahap kefasihan masing-masing.

“Saya yakin ini adalah antara satu-satunya program pembelajaran unik yang memberi peluang kepada peserta menginap di Tanah Suci sambil belajar Al Quran, Disamping itu peserta akan boleh melakukan Umrah sehingga 4 kali ketika berada disana , Tiada halangan untuk peserta menunaikan umrah, Ia adalah pajej yang amat Istimewa disamping belajar di mekah dapat juga menunaikan umrah ketika masa cuti belajar. Ini kerana waktu belajar adalah selama 5 hari seminggu dan 2 hari untuk pelajar mendapat cuti selama di mekah , dapat melakukan pelbagai aktiviti yang sah, dan dapat melakukan ziarah dan umrah, ramai yang pastinya bercita-cita besar untuk melaksanakan  impian tersebut.


“Program ini akan bermula pada bulan Ogos dan peluang pendaftaran telah dibuka dan dialu-alukan kepada mereka yang berminat dengan tawaran pakej yang menarik iaitu pada harga serendah RM15,800 untuk bilik berempat, RM17,800 untuk bilik bertiga dan RM19,800 untuk bilik berdua (jika ada permintaan).

“Jumlah kos ini termasuklah tiket penerbangan pergi dan balik, kemudahan hotel sepanjang tempoh pembelajaran selama sebulan,  serta makan dan minum Buffet daripada sarapan pagi hingga makan malam di hotel yang disediakan.  serta lawatan ke lebih 40 mercu tanda menarik dan beberapa tempat sejarah di Tanah Suci,” katanya pada sidang media.


Pada majlis tersebut, syarikat telah melantik Mantan Mufti Negeri Pahang, Iaitu Datuk Seri Dr Abdul Rahman Othman sebagai duta Program Pengajian Bahasa Arab & Umul Kitab Al Quran Malaysia bersama University Umm Al Qura di Mekah. 


Untuk informasi lanjut mengenai Universiti Umm Al-Qura.  Ia memiliki 50 tahun pengalaman dalam membangunkan sistem pembelanjaran dan telah mengajar lebih puluhan ribu pelajar di seluruh dunia. Ia adalah antara universiti islam yang terkenal , selain Universiti Al Azhar , universiti Jordan dan di Magribbi . Pembelanjaran di mekah ini penting dalam mengembalikan kegemilangan Mekah sebagai tempat tumpuan pembelanjaran Ilmu di seluruh dunia. Mengikuti kembali nenek moyang nusantara seperti ulamak terkenal Syed Daud al Fatani , Tok Kenali dan beberapa tokoh ulamak penting nusantara pernah menjejakkan kaki belajar di Mekah pada masa itu. 

Menurut Ali Ben Shafiee Untuk pertanyaan dan tempahan mengenai Pakej Program Pembelanjaran di mekah kini telah mula diterima pihaknya dan kebanyakan peserta adalah pesara dan juga merupakan pelanggan setia syarikat yang turut mengoperasikan perniagaan perkhidmatan pelancongan. 


Jelas beliau lagi , sepanjang hampir sebulan mengikuti program ini, peserta akan menikmati cuti selama dua hari seminggu dan ini memberi peluang kepada mereka untuk melaksanakan ibadah umrah atau berkunjung ke Madinah dan pelbagai lagi destinasi menarik di sana. Dimana pihak Fokus Ikhsan enterprise telah menyediakan visa pelancong khas untuk peserta yang belajar di mekah melaluinya .

“Sepanjang sebulan disana juga untuk peserta yang memerlukan mutawif untuk menunaikan ibadah umrah. Pihak Kami akan membantu mereka yang mahu menunaikan ibadah umrah dengan bimbingan daripada mutawif kami, jadi peluang mereka berada di Mekah selama hampir sebulan di sana memudahkan peserta  melaksanakan ibadah umrah hampir setiap minggu,” jelas Ali Ben Shafiee. 


Kepada yang berminat untuk mengikuti pakej  pembelanjaran sebulan di mekah boleh menghubungi kami di talian. 

Shafiee bin Ali 
(Ketua Pengurusan)

±60103871007

 untuk pertanyaan lanjut dan tempahan. Kami sedia untuk membantu merealisasikan impian bersama. Ini dalah peluang terbaik ,Jangan lepaskan peluang menarik ini kerana tempat adalah amat terhad setiap bulan. 

Comments