Majlis Hari Raya Korban dan Sesi Taklimat serta perkongsian mengenai Majlis Gema Selawat dan Martabatkan Al Quran di Puncak Menara yang akan diadakan.

 Ampang 15 Jun 2025 telah diadakan Taklimat Khas dan Majlis Hari Raya Korban di Rumah Pusat Jagaan Hasanah dan Galeri Nur Raudhah baru baru ini. Ia dihadiri oleh pelbagai rakan kongsi dan perjuangan bagi membentuk satu sekreatariat  Usahawan Asia World Wide, Antara yg hadir adalah dari Program belajar di mekah encik Ben, Ketua Yayasan Islah Ustaz Saiful Islam, Puan Anita Bikers, Koperasi Nusantara, encik Ariff Halo Jer, Encik Albark Yunus, Ketua Program Anak muda dan golongan Belia. Serta wakil NH Mall World Wide  dan pelbagai lagi.

Program dimulakan dengan sedikit perkongsian dari encik Ben mengenai pembelanjaran di mekah selama Sebulan. Ramai yg teruja mendengar taklimat yang disampaikan untuk berkesempatan belajar disana. Program panggilan awal kumpulan pertama untuk belajar di mekah adalah pada bulan ogos ini.



Taklimat perkongsian kemudian disampaikan oleh Ketua Koperasi Global Jaringan Nusantara, (KOGAJAN) bersama NGO Pedawam beliau menceritakan pelbagai aktiviti koperasi serta, cara untuk memiliki sebuah aset bersama, di dalam perkongsian yang bermanfaat. Kemudian Encik Ariff dari Halo Jer menerangkan tentang Program yang akan dijalankan pada bulan september ini bagi memartabatkan pameran artifak barang peningalan Nabi muhammad s.a.w. Beliau juga turut berkongsi maklumat tentang mengerakkan salah satu aplikasi ”Food delivery” yang diberi nama Halo Jer bagi menjana Kewangan untuk komuniti setempat. 



Turut hadir memberi taklimat perkongsian adalah dari Persatuan Ibu Tunggal yg turut memberi sokongan program yg akan di adakan Gema Selawat dan martabatkan Al Quran di menara. Sambil mendengar perkongsian tetamu yang hadir turut menjamu selera dengan juadah yang disediakan oleh Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai tuan rumah dalam Majlis menyatukan kembali ukhwah bersama.


Majlis kemudian beralih ke sesi Seterusnya, di dalam Rumah Pusat Jagaan Hasanah di ruang Gelri Nur Raudhah yang sebelum ini pernah menempatkan pelbagai Artifak peninggalan nabi muhammad s.a.w bagi mengambil keberkatan sebagai umatnya serta sebagai halba allah. Disitu beberapa tetamu yang hadir menceritakan perkongsian dan pengalaman mereka, Ia dimulakan dengan ucapan oleh Puan Anita Bikers, pernah melibatkan diri dalam pelbagai program Kembara Permotoran dari jelajah Borneo, Asean, Malaysia semuanya pernah dilakukan dengan jayanya. Kemudian perkongsian beralih kepada Encik Jafrien, sekarang ini akan mengadakan Majlis Sempena Merdeka tak lama lagi, Seterusnya Perkongsian dari Saiful Islam Ketua Yayasan Islah Global, pernah menganjurkan pelbagai aktiviti keagamaan sepanjang di Malaysia dan luar negara .



Kemudian perkongsian dari Albark Yunus mengenai penglibatan golongan Muda dan belia dalam pelbagai aktiviti yg akan dijalankan, seperti Larian "Marathon", antra projek akan dilakukan adalah Larian  dari Malaysia ke mekah dan pelbagai lagi aktiviti menarik. Perkongsian Seterusnya dari Puan asmah mengenai penglibatan beliau dalam membantu golongan Wanita dan ibu tunggal serta berkongsi tentang perniagaan Penapis Air terbaik dimana banyak manfaat akan dpt diperolehi dari mereka yg menggunakan mesin air ini untuk kesihatan selain dapat menjana kewangan.



Encik Dino juga berkongsi pengalaman beliau menjadi Krew Media, Jurufoto, videografi bagi mereka yang memerlukan khidmat beliau untuk Mendokumentasikan Program, sejarah dan pelbagai lagi.  Diakhir perkongsian Leftenan Malik mengupas lebih lanjut tentang Alifpay melalui pancaran projektor mengenai cara mendapatkan "Pasive income” melalui perniagaan bersama Alifpay.



Selepas semua para tetamu  tamat membuat perkongsian maklumat dan Ilmu. Kemudian Al Fadhil Ustaz Zawawi mejelaskan kesimpulan tentang Majlis yang diadakan pada hari ini. Al Fadhil Ustaz Zawawi menjelaskan Sempena maal Hijrah1447. 




Program kemudian diteruskan lagi dengan sesi menziarahi ke Menara Safuan bagi menyampaikan perkongsian penting dan mengeratkan silaturrahim serta ukhwah kebersamaan. Selepas habis solat Magrib berjemaah kemi meneruskan perjalanan ke menara Safuan untuk bertemu dengan Datuk Hassan takan strategik bagi menjayakan program Majlis Gema Selawat dan Martabatkan Al Quran di puncak menara. Pelbagai kata putus dan manfaat dari penjupaan yang diadakan di pejabat beliau, Sambil melawat Studio untuk mengadakan beberapa aktiviti akan datang, Bersama juga encik Zainy yang merupakan pengasas kepada aplikaks Grak Chat . Dimana aplikasi ini amat menarik untuk kegunaan harian kita. Kata sepakat bersama telah tercapai bagi mengebleng tenaga untuk aktiviti seterusnya .

NHmall Worldwide bersama koperasi Kogajan, Aliffpay, Grakchat, Fokus Ehsani & Travel, hallo jer, Yayasan Global Islah serta bersama beberapa Ngo dan rakan strategik lain nya dengan katavsepakat Akan mengadakan :



Majlis Gema Selawat Martabatkan Al Quran di Puncak bersama Pelancaran Komuniti  Sekreteriat , Gabungan Ngo, Koperasi, Konsartium dan Usahawan Malaysia Asia Worldwide. 
 
Bersama dalam sidang media pra Pelancaran Gema Selawat & Martabat kan Al Quran di puncak sempena. 
 

Pra-Pelancaran akan di adakan pada  
1 Muharram 1446 / 26 Jun 2025 (Jumaat)
di Menara TRX Kuala Lumpur
Sempena Juga Majlis Menyambut Maal Hijrah 1446

Pra-Pelancaran bersama Media ini penting sebelum acara puncak yang akan diadakan pada 12 Rabiulawal 1446 sempena Maulidul Rasul yang akan diadakan di Puncak Menara yang akan diberitahu. 

  Segala tugas tugas dan perancangan  akan diatur bersama , bagi membentuk pengurusan acara yang sistematik . Tetamu  yang hadir pada hari ini akan bersama membantu dalam membentuk satu komuniti skreatariat bagi membantu  menjayakan acara akhir utama di puncak menara nanti. 


Comments