Perbincangan Pakej Belajar di Mekah Selama Sebulan dalam bidang pengajian Al Quran sambil menunaikan Umrah.



 Kuala Lumpur 12 Mei 2025 Satu Perjumpaan perbincangan berkenaan penganjuran Program Pengajian Al Quran & Bahasa Arab dengan kerjasama Universiti Umm Qura X Fokus Ikhsan Enterprise telah diadakan di TRX baru-baru ini dengan kehadiran En Ali Ben Shafiee mewakili Fokus Ikhsan Enterprise dan Ustaz Zawawi mewakili NHmall Worldwide .Turut hadir bersama ialah Lt Kol(B) Muhammad Said Saidin mewakili rakan kerjasama bagi negara Brunei Darussalam dan pihak media.


Menurut En Ali Ben Shafiee,Fokus Ikhsan Enterprise sebagai pengelola tunggal di Malaysia bagi Program Pengajian Al Quran dengan Universiti Umm Qura di Mekah dan akan bekerjasama dengan pihak NHmall Worldwide untuk mencari peserta yang berminat untuk mengikuti pengajian intensif di Mekah ini.


Pengajian insentif selama 1 bulan di Mekah ini memberi peluang keemasan buat semua khususnya rakyat Malaysia untuk mendalami pelbagai ilmu khususnya berkaitan Pengajian Al-Quran dan Bahasa Arab dengan kerjasama Universiti Umm Quraa di Mekah melepaskan sijil penyertaan selepas tamat penyertaan pengajian insentif ini.


Penginapan (berkongsi 3/4 orang) dan makan minum turut disertakan dalam pakej sebulan Pengajian Al-Quran dan Bahasa Arab dan penyertaan tanpa mengira had umur peserta. 


Ustaz Zawawi juga menjelaskan berkenaan NHmall Worldwide yang telah mengadakan beberapa acara sebelum ini seperti majlis selawat dan qasidah di puncak Menara Kuala Lumpur, pelancaran laman e commerce ,pameran perniagaan dalam dan di luar negara dan merancang untuk mengadakan seminar & pameran Al Quran ratusan tahun dan Manuskrip Al Quran , khat Penulisan Ayat suci termasuk tulisan tangan menggunakan air Zam Zam pertama di dunia.


Melalui kerjasama antara Fokus Ikhsan Enterprise dan NHmall Worldwide ini diharapkan lebih banyak projek bersama dapat dijalankan pada tahun 2025 ini seterusnya pada masa akan datang. 

Comments